Rate

You are mine.

Short Story Completed 1658

*Shamim, aku suka kau.*
Ok, sent ! Berdegup kencang hatinya saat menghantar pesanan ringkas menggunakan aplikasi WhatsApps kepada jejaka yang bernama Shamim itu. Kali ini dia nekad.

Tak sampai beberapa minit bunyi beep tanda mesej baru masuk. Nama Shamim tertera di skrin telefon.
‘Eh, dia dah balaslah.’
Bicara hatinya dengan penuh berdebar menantikan jawapan daripada jejaka tersebut.

*Bashira, kenapa tiba-tiba kau cakap macam ni dekat aku? Kita kawan je kan? Kau tak patut suka akulah. Aku anggap kau sebagai kawan je tak lebih daripada tu. Aku minta maaf.*

Tersentak hatinya saat membaca ayat daripada jejaka tersebut. Hiba. Sedih. Malu. Ya, itu perasaanya saat itu.

‘Yaaa, aku perlukan kau sekarang ni’.
Hatinya berbisik sambil terus menghantar mesej kepada sahabat baiknya, Mareeya.

* * * * * * * *

“Salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan, kita sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tuan-tuan dan puan-puan diminta untuk berada di tempat masing-masing dan membuka tali pinggang keledar anda setelah lampu isyarat tali pinggang ditutup. Terima kasih kerana memilih penerbangan bersama kami. Sekian, terima kasih.”

Setelah kapal terbang tersebut berhenti di atas landasan, tali pinggang dibuka. Beg galasnya diambil dan dia terus berjalan keluar dari perut kapal terbang tersebut. Dia menuju ke arah lorong arrival selepas menuntut beg bagasinya untuk menanti seseorang. Dia duduk di bangku bersebelahan Restoran Chicken Texas sambil memerhati manusia yang lalu lalang di hadapannya.

‘Ya Allah, rindunya dengan bau Malaysia. Alhamdulillah. Finally, sampai juga aku. Dah lama aku tak balik.’ Hatinya berbisik. Bunyi telefon kedengaran.

“Assalamualaikum, hello. Ya ibu. Amim dah sampai dah ni. Nanti Amim balik sendiri ya sebab Amim nak jumpa seseorang dulu.” Beritahunya sambil tersenyum.

Setelah talian dimatikan, tangannya menyeluk poket sweater hitamnya lalu mengeluarkan sebuah kotak. Dia bermain-main dengan kotak tersebut langsung mengingatkannya tentang peristiwa dulu.

* * * * * * * *

“Nama apa?”, soalnya kepada gadis dihadapannya.
“Err. Nama saya Bashira. Awak?”.
“Saya Mareeya”.
Balas gadis berlesung pipit satu itu kepada pemilik nama Bashira.

Ya, Bashira binti Ubaidilah. Pemilik nama yang membawa maksud berita gembira, berasal daripada Kedah. Seorang gadis yang sangat lasak tetapi sensitif. Seorang gadis yang sangat baik hati dan sangat rapat dengan keluarganya. Bashira merupakan seorang yang sangat aktif di dalam kelas dan kelakar dalam kalangan rakan-rakannya yang rapat. Seperti maksud namanya, dia seakan-akan berita gembira bagi Mareeya.

Mareeya Alisaa iaitu seorang gadis yang bertudung labuh dan sangat peramah dalam kalangan rakan-rakan yang mengenalinya tetapi tidak bagi orang yang tidak mengenalinya. Gadis yang sangat garang dengan lelaki dan agak pasif di dalam kelas. Sejak mula masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor, Bashira dan Mareeya berkawan dan akhirnya menjadi sahabat baik. Ke mana sahaja mereka pergi pasti akan bersama.

“Shira, semalam kan aku ada discussion PP tau. Masa tengah buat kerja aku tu kan, aku dengar Safura cakap pasal kau dengan Shamim. Dia cakap yang Shamim suka kau. Sejak bila kau dengan dia ni? Tak beritahu aku pun.”
Ayat yang tidak disangka-sangka terkeluar daripada mulut Mareeya ketika dia berehat sementara menunggu masuk ke bilik kuliah bersama Bashira.

“Apa? Weh, kau jangan buat main Mareeya. Kita baru masuk kot kat sini. Kenal pun tak, nak suka apanya. Pelik-pelik betullah kau ni. Reka je semua tu.” Bashira membalas dengan reaksi terkejutnya.
“Betullah Shira. Buat apa aku nak rekanya. Aku dengar sendiri Safura cakap macam tu. Aku terkejut kot masa aku dengar tu. Iyalah, kita baru je beberapa minggu masuk sini. Macam-macam lah.”
“Kau percayalah cakap diorang tu Yaa. Diorang saja je tu cakap macam tu. Nak buat gosip murahan.” Bashira ketawa.

Baginya perkhabaran itu tidak logik dek kerana mereka baru sahaja masuk ke kolej tersebut beberapa minggu.

‘Kenal pun tidak nak suka bagai.’ Bisik hati Bashira.
Mareeya merenung Bashira sambil mengangguk tanda setuju.
‘Betul jugak apa yang Bashira kata. Ermm. Apa-apa jelah.’ Mareeya berbisik sendiri.
Mareeya malas nak menyambung perbualan mereka lagipun mereka ada kelas pada waktu seterusnya.

……………………………………..

Kelas pada hari ini bermula seperti biasa pada jam 8 pagi. Seperti kebiasaan, Bashira dan Mareeya akan duduk di barisan paling belakang sebaris dengan Shamim.

“Haa Shira. Tempat kau memang kat tepi dia kan. Haha. Aku rasa kau berjodoh ni Shira.” Mareeya mengusik Bashira. Sejak peristiwa tersebut, hampir setiap hari Mareeya mengusik Bashira tentang Shamim. Bashira selalu memarahi Mareeya sampaikan satu masa dia mengalah dan biarkan apa sahaja yang diusik Mareeya.

“Yaa, kau janganlah. Kan aku jatuh hati kat dia kan. Susah pulak. Aku taknak lah jatuh hati bagai ni.”
“Haha. Iyalah iyalah. Aku tak usik dah. Kau ni. Haha. Aku gurau je Shira. Aku tak maksudkan betul-betul pun lah.”

*Yaa, jom petang ni kita pi padang. Riadah. Nak tak?*
*Hah? Pergi padang? Lepak sana ke? Ok. Jumpa depan blok Vega lah.*

Mareeya dan Bashira serta beberapa rakan yang lain duduk di atas rumput berhadapan dengan padang Astaka. Di hadapan mereka kelihatan pelajar-pelajar yang sedang bermain bola tampar, bola jaring dan tidak kurangnya juga beberapa orang pelajar lain lagi sedang berlari di atas trek di sebelah kanan padang Astaka. Manakala, disebelah kiri, kelihatan pasukan Rugbi sedang berlatih bagi persiapan kejohanan rugbi antara kolej matrikulasi dan kelihatan Shamim turut serta bersama mereka.

“Haa. Bashira, tengok kat siapa tu?”
“Eh, mana ada aku tengok kat siapa-siapa. Ada-ada ja kau nih.”

Mareeya ketawa mendengarkan kata-kata Bashira. Dia sengaja mengusik Bashira dek kekhusyukan Bashira melihat pasukan rugbi berlatih. Mereka senyap buat seketika.

“Yaa, aku ada sesuatu nak bagitahu kat kau ni. Tapi… Aku malu lah. Hehehe.”
Tiba-tiba Bashira bersuara selepas beberapa saat mulut mereka terkunci. Mareeya dapat mengagak apa yang akan keluar daripada mulut Bashira. Tetapi, dibiarkan dahulu.

“Laa. Kenapa nak malu pula. Bagitahu jelah. Kau takut aku perli kau ke apa?”
“Haha. Agaklah. Kau tu bukan boleh kira sangat. Kalau gelakkan aku nombor satu. Haha.”
Mareeya ketawa. Ya, itulah diri dia. Dengan sahabatnya seorang itu sahaja yang tahu macam mana perangainya yang sebenar.

“Apa? Bagitahu je lah. Aku ni bukan orang asing pun dengan kau. Bagitahu je. Aku janji aku tak perli kau, atau ketawakan kau. Cepatlah bagitahu aku.”

“Haha. Ermm. Tapi aku malulah. Haha. Ermm. Aku kan… Aku kan.. Aku rasa.. Aku..”
“Aku rasa.. Aku rasa.. Apa dia kau ni? Haha.” Mareeya ketawa.
“Haha. Yalah. Yalah. Ermm. Aku rasa kan.. Aku rasa.. Ermm. Aku rasa aku suka dia lah. Hehe.” Bashira menekup mukanya sambil diperhatikan oleh Mareeya.

Mareeya cuba untuk tidak ketawakan Bashira. Mareeya terus menerus sengaja mengusik Bashira.

“Suka dia? Suka kat siapa? Amboi kau. Pandai ye sekarang. Kau suka kat siapa ni? Omar? Akmal? Tam? Haha.”

Mareeya berjeda, sengaja dia menanyakan soalan percuma kepada Bashira. Dia tahu isi hati Bashira saat ini kerana dia dapat mengagak setelah melihat perbuatan dan tingkah laku sahabat baiknya itu beberapa hari kebelakangan ini. Bashira mengecilkan matanya kepada Mareeya.

“Kau saja je kan nak kenakan aku. Kau tahukan siapa yang aku maksudkan kan? Sengaja la tu nak kenakan aku. Haiih. Yalah yalah. Aku rasa aku dah jatuh suka dekat Shamim tu. Haa. Puas hati kau, aku cakap straight terus macam ni?”
“Hahaha. Iya. Iya. Alah, aku saja je nak kenakan kau. Aku tahu kau dah jatuh suka dekat si Shamim tu. Aku tengok kau pun aku dah tahu kau dah start suka kat dia. Haha.” Galak Mareeya ketawakan Bashira.

“Tengok. Tadi janji dengan aku tak nak ketawakan aku. Kau macam nilah. Dahlah. Tak payah lah ketawakan aku lagi. Kau ni. Dahlah. Janji dengan aku, kau tak bagitahu kat siapa-siapa pun tau. Janji dengan aku tau. Janji!”

“Haha. Kaulah. Kan cakap straight dari awal, takdalah aku ketawa sampai keluar air mata ni. Kan tak pasal-pasal menangis aku kat sini. Haha. Iya. Iya. Aku janji. Inshaa Allah. Aku janji tak bagitahu kat orang lain.”

Termeterailah perjanjian mereka disaksikan rumput-rumput nan hijau yang mengelilingi mereka serta bersaksikan manusia-manusia yang leka beriadah di padang astaka tanpa mengetahui isi perjanjian yang dimeterai oleh mereka.

* * * * * * *

Setelah sekian lama memendam perasaan yang hanya diketahui sahabat baiknya, kini dia nekad. Nekad untuk meluahkan perasaan sebenarnya terhadap lelaki itu. Letih sudah hati dan perasaannya mengharapkan balas daripada lelaki itu. Harapan demi harapan diberikan kepadanya. Setiap hari kehidupannya dilalui dengan penuh tanda tanya. Apa perasaan sebenar lelaki itu terhadapnya. Cinta? Kasih? Sayang? Atau sekadar kawan biasa? Harapan cintanya untuk dibalas diletak setinggi gunung. Tanpa sedar bahawa pengharapannya itu akan membawa kepada keremukkan hatinya. Dia nekad!

*Shamim, aku suka kau.*

Ok, sent ! Berdegup kencang hatinya saat menghantar pesanan ringkas menggunakan aplikasi WhatsApps kepada jejaka yang bernama Shamim itu. Kali ini dia nekad. Tak sampai beberapa minit bunyi beep tanda mesej baru masuk. Nama Shamim tertera di skrin telefon.

‘Eh,dia dah balaslah.’
Bicara hatinya dengan penuh berdebar menantikan jawapan daripada jejaka tersebut.

*Bashira, kenapa tiba-tiba kau cakap macam ni dekat aku? Kita kawan je kan? Kau tak patut suka akulah. Aku anggap kau sebagai kawan je tak lebih daripada tu. Aku minta maaf.*

Tersentak hatinya saat membaca ayat daripada jejaka tersebut. Hiba. Sedih. Malu. Ya, itu perasaanya saat itu.

‘Yaaa, aku perlukan kau sekarang ni.’
Hatinya berbisik sambil terus menghantar mesej kepada sahabat baiknya, Mareeya.
“Bashira, kau kenapa? Kenapa kau nangis ni? Bashira?”

Soal Mareeya setelah tangisan kedengaran di hujung talian. Mareeya terus menelefon sahabat baiknya itu selepas mendapat mesej daripada Bashira. Dia dapat mengagak sesuatu sedang berlaku kepada Bashira. Sedaya-upayanya mencuba untuk menenangkan sahabat baiknya supaya dapat berfikir secara rasional dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada Bashira.

Disebabkan berbeza blok kediaman membuatkan perbualan mereka ketika itu agak terbatas dan terpaksa menggunakan telefon sebagai perantara.

“Mareeya. Aku malu. Aku sedih. Hati aku sakit!” Esakkan yang agak kuat kedengaran di hujung talian.
“Ok. Cuba kau bertenang dulu. Apa yang terjadi sebenarnya ni? Cuba kau cerita kat aku betul-betul. Apa yang dah jadi dekat kau ni sampai kau menangis ni?”

“Aku.. Aku.. Tadi aku mesej Shamim. Aku luahkan perasaan aku dekat dia. Tapi dia tolak. Aku ingatkan dia suka kat aku sebab hari-hari dia macam bagi harapan dekat aku. Aku malu sangat. Mana aku nak letak muka aku ni? Yaa, aku sedih sebab dia tolak aku. Lagi aku malu sebab aku dah luahkan apa yang aku rasa dekat dia. Macam mana aku nak hadap dia dalam kelas ni? Yaa.. Aku.. Aku.. Aku sedih sangat. Aku malu. Kenapalah aku boleh berani nak luahkan perasaan dekat dia. Kenapa?”

“Shira, kau dah luahkan perasaan dekat dia? Kenapa kau tak minta pendapat aku dulu. Kan dah jadi macam ni. Tengok, kau nangis sampai macam ni sekali. Kan dah sakit hati kau. Kau sabarlah ye. Nak buat macam mana. Dia bukan saja-saja tolak kau Shira. Mungkin dia dah ada orang lain. Kau sabar ya.”

“Memang dia dah ada orang lain pun. Dia bagitahu aku, dia anggap aku sebagai kawan je. Tak lebih daripada tu. Tapi.. Kenapa dia bagi harapan dekat aku? Aku malu tau Yaa.”

“Ermm. Yang pasal bagi harapan tu, mungkin sebab dia nak lagi rapat dengan kau kot. Takpun, layanan dia kat kau dengan layanan dia dengan orang lain sama je kot Shira. Kau je yang anggap dia bagi harapan. Kau janganlah nangis lagi. Taknak macam ni ok. Perkara dah jadi. Kau dah luahkan dah pun. At least, beban perasaan yang kau tanggung selama ni dah terlepas. Kau dah lega dah sebab kau dah luahkan perasaan kau kat dia. Terima atau tak, tu pihak dia. Kita tak boleh nak paksa seseorang untuk terima kita. Mungkin, kau boleh belajar daripada kesilapan kau. Supaya lepas ni takdalah kau terburu-buru lagi nak buat keputusan. Ok? Kau sabar ya!”

“Ermm. Ermm. Ok. Ermm. Mungkin salah aku juga. Sebab aku tak fikir elok-elok sebelum aku nekad nak luahkan perasaan aku dekat dia. Ermm. Takpalah Yaa. Inshaa Allah aku sabar. Thanks tau. Sorry aku ganggu kau malam-malam. Aku cuba untuk kuat. Inshaa Allah”.

Perasaan terkejutnya masih lagi belum hilang. Buntu akalnya saat menerima mesej daripada gadis itu.
“Ya Allah, macam manalah dia boleh hantar mesej macam tu dekat aku. Aku tak pernah kot ada perasaan dekat dia. Kenapa tiba-tiba?” Shamim berbicara sendiri.

Apa yang dia tahu, hatinya sudah dipikat oleh orang lain. Bukannya gadis itu. Ya, dia tahu selama ini, dia seakan memberi harapan kepada gadis itu. Dia sendiri tidak mengerti apa yang dilakukan olehnya tapi satu sahaja yang dia tahu, dia punya sebab tersendiri kenapa dia berkelakuan sebegitu.

* * * * * * *

Selesai sahaja Solat Isyak, dia berjalan keluar daripada Surau As-Sufi iaitu satu-satunya surau yang seakan-akan masjid yang berdiri teguh di dalam kawasan Kolej Matrikulasi Selangor. Beberapa langkah selepas itu, dia terpandang ke atas iaitu ruangan solat bagi muslimah.
‘Eh, macam kenal. Bukan ke tu Mareeya? Sorang-sorang ja? Selalunya ada Bashira, tapi dia seorang diri ja. Erm. Bagusnya datang jemaah dekat surau. Tapi sebelum ni, memang aku selalu nampak dia berjalan keluar dari blok menuju ke surau. Alahai. Tenangnya aku tengok dia.’
Bisik hati kecilnya sambil memandang ke atas melihat gadis itu. Untuk beberapa saat mereka bertentangan mata dek kebetulan gadis itu turut memalingkan wajah ke arahnya. Kaku untuk beberapa saat. Jantungnya berdegup pantas.

‘Perasaan apa ni?’ Bisiknya. Dia terus tersedar saat Mareeya melarikan wajahnya ke arah lain dan ketika itu juga bahunya disentuh oleh rakannya dari belakang. Dia meneruskan langkah untuk keluar dari surau.

‘Ya Allah. Kenapa tiba-tiba berdebar sangat ni?.’ Bisik hatinya. Teringat dia satu kata-kata yang dikirim oleh seseorang kepadanya.;
Kenapa dalam ramai-ramai, Allah gerakkan dan detikkan mata hati kita untuk pandang dia? Mesti ada sebab. – Prof Muhaya

Sebab? Ada sebab ke? Buntu seketika memikirkan perkara itu. Dia terus berbaring di atas katilnya sambil meletakkan tangan atas dahinya. Penat. Ya, penat memikirkan perkara yang baru sahaja berlaku dan debaran hatinya masih lagi belum hilang.

“Tidurlah Shamim. Tidurlah wahai hati dan mata. Aku penatlah nak fikir pasal tadi. Tidurlah.”
Bicaranya sendiri. Beberapa saat kemudian, dengkuran halus kedengaran. Lena betul tidurnya diulit mimpi, semoga peristiwa tadi menjadi pengakhiran yang indah buat dirinya.

* * * * * * * * *

“Bashira, kau nak ikut aku tak hari ni jemaah kat surau?”.
“Ermm. Aku cutilah hari ni, tak boleh nak ikut kau. Sorry Yaa.”
Mareeya mengangguk. Dia tahu, sahabat baiknya itu masih lagi bersedih tentang kejadian dua tiga hari lepas. Alhamdulillah, mujurlah sahabatnya itu dapat mengawal perasaannya saat berdepan dengan Shamim di dalam kelas.

Mengikut pemerhatian Mareeya, Shamim pula kelihatan agak serba salah untuk berbicara dengan Bashira. Mungkin sedikit terkesan dengan kejadian tersebut. Namun, mereka berdua masih lagi duduk di barisan belakang tempat yang sama seperti sebelum ini dalam kelas.

‘Moga-moga semuanya baik-baik sahaja. Janggal pulak aku tengok diorang berdua ni.’

Doanya dalam hati memohon kebaikan untuk mereka berdua. Kejadian tersebut menjadi rahsia antara mereka bertiga dan sampai bila-bila akan menjadi rahsia buat mereka.

Seperti kebiasaannya; beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib, dia akan keluar dari bilik menuju ke surau untuk berjemaah. Kali ini tanpa Bashira kerana Bashira kurang sihat, tambah pula tengah abc.
Tapi perasaannya kali ini lain dari sebelum ini. Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku, terlintas ayat itu di hatinya.
Seusainya solat Maghrib berjemaah, dia berehat seketika sebelum meneruskan dengan membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Isyak.

Sebelum sempat meneruskan niatnya, telefonnya bergetar menandakan mesej masuk. Dia meletakkan telefon pintarnya dalam mod senyap supaya tidak menganggu insan-insan lain yang turut berada di situ di samping menghormati tempat yang dia berada kini. Dia bercadang untuk membaca mesej tersebut dahulu sebelum meneruskan niatnya untuk membaca Al-Quran.

*Mareeya, nanti lepas Isyak aku nak jumpa kau boleh? Depan pintu utama surau kita yang ada meja tu.*

‘Ok. Mamat ni tiba-tiba mesej aku ni kenapa?’
Soal hatinya sebelum berkira-kira untuk membalas pesanan ringkas tersebut.

*Ok. Lepas Isyak selepas diorang habis baca Surah Al-Kahfi dan Al-Mulk.*

Ok. Sent! Dia membalas mesej tersebut kerana berfikir kemungkinan jejaka tersebut ingin berjumpa dengannya pasal Bashira. Moga semuanya baik-baik sahaja, doanya langsung meneruskan pembacaan Al-Quran bagi menenangkan hatinya yang agak tidak keruan saat itu.

Selesai sudah bacaan Al-Kahfi dan Al-Mulk yang telah dibimbing oleh salah seorang imam di surau tersebut, Omar Mokhtar yang merupakan imam “favorite” dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan di kolej tersebut. Lunak sungguh suaranya saat mengalunkan ayat-ayat indah daripada Allah di samping dikurniakan wajah yang putih bersih dan kacak. Sudah menjadi kebiasaan bagi surau tersebut untuk membacakan surah-surah amalan itu setelah selesainya solat Isyak.

Seperti dijanjikannya tadi, dia terus menuju ke ruang pintu utama surau tersebut. Kelihatan lelaki itu sedang berdiri di tepi tangga sambil memandang ke langit yang disinari cahaya bulan dan bintang. Sengaja dilewatkan beberapa minit supaya tiada insan-insan yang mengenalinya melihat dia berbicara dengan lelaki tersebut.
Berbicara hanya di dalam kelas sahaja tetapi tidak di luar kelas; bak orang asing jika berjumpa selain di dalam kelas. Ya! Itu prinsipnya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dan mengapa.

“Shamim, kenapa nak jumpa aku ni?” Soalnya sebaik sahaja dia sampai di situ.
“Eh, Mareeya. Haa. Erm. First sekali, maaf sebab aku minta nak jumpa dengan kau. Sebenarnya aku ada sesuatu nak bagitahu dekat kau.”

Kini mereka saling bertentangan dan hanya beberapa inci sahaja jarak yang memisahkan mereka. Mareeya melangkah setapak kebelakang dek kurang selesa dengan keadaan itu. Ini merupakan kali pertama baginya berbicara dengan seorang lelaki sedekat itu dan berbicara hanya antara mereka berdua sahaja.

“Errr. Ermm. Hal apa sampai nak jumpa ni? Kenapa tak bagitahu dalam WhatsApps ja?”
“Err. Errr. Sebenarnya aku nak bagitahu yang.. Yang aku.. Ehemm.. Ehemm. Sebenarnya aku nak bagitahu dekat kau yang aku sebenarnya… Sebenarnya aku…” Terketar-ketar suaranya saat ingin meluahkan kata-katanya kepada Mareeya.

“Haha. Kau kenapa? Gagap ke apa? Haha. Nak bagitahu apa sebenarnya ni? Cepatlah, aku dengar ni.” Ketawanya kedengaran saat mendengarkan apa yang ingin Shamim cuba sampaikan kepadanya.

Shamim tersenyum. Itulah kali pertama dia melihat gadis itu ketawa dan betul-betul di hadapannya. Membuatkan hatinya lagi kuat dan berani untuk meluahkan kata-katanya kepada gadis itu.

“Hehe. Tak. Sebenarnya aku nak cakap yang aku sebenarnya. Aku sebenarnya suka kat kau. Kau dengar dulu apa yang aku nak cakap. Aku tahu kau dengan Bashira sahabat baik, tapi aku tak tahulah. Yang aku tahu aku mula-mula suka kau masa kita bertentang mata masa sem lepas dekat surau. Hati aku tenang sangat tengok kau masa tu. Serius aku cakap aku dah jatuh suka dekat kau. Ya, aku tahu kau dengan Bashira sahabat baik dan aku yakin mesti kau tahu yang Bashira luahkan perasaan dia dekat aku. Tapi aku betul-betul suka kau. Mareeya, aku minta maaf sebab baru hari ni aku luahkan perasaan aku dekat kau. Dah nak habis matrik baru aku luahkan sebab aku tak nak apa-apa jadi dekat korang berdua kalau aku bagitahu kau awal-awal.”

Diam. Kaku. Mati terus senyuman yang terukir di bibirnya tadi. Ya, itulah keadaan dia pada ketika itu. Bagaikan berada di dunia lain saat mendengar apa yang terkeluar daripada mulut lelaki itu. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan saat ini. Tapi, hanya satu sahaja harapan dia; berita ini tidak akan sampai pada Bashira. Itulah satu-satunya harapan dia saat ini. Dia tidak mahu kerana dia, persahabatannya dengan Bashira akan hancur begitu sahaja. Dia sanggup melakukan apa sahaja buat sahabatnya asalkan sahabatnya tidak bersedih.

“Ehemm. Ermm... Ermm.. Kau tahu kan aku dengan Shira sahabat baik. Kau tahukan apa yang akan dilakukan oleh seorang sahabat kepada sahabat baiknya. Kau tahu kan?”

“Err.. Err.. Aku tak bermaksud pun Mareeya. Tapi.. Entahlah, aku tak tahu. Apa yang aku pasti, aku suka kau. Jawapan? Kalau boleh aku nak tahu macam mana penerimaan kau tentang apa yang aku katakan tadi.Tapi kalau kau perlukan masa, aku ok. Aku akan tunggu jawapan dari kau. Kalau itu yang kau nak. Kau ambillah banyak mana masa yang kau nak. Aku tunggu.” Terketar-ketar suaranya saat ini.

“Dahlah Shamim, aku nak balik blok dulu. Assalamualaikum”.

Dia terus pergi meninggalkan lelaki itu sendiri. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia meninggalkan lelaki itu tanpa jawapan. Padahal, dia boleh saja terus cakap tidak tetapi kata-kata itu tidak terkeluar daripada mulutnya. Perkara utama buatnya kini adalah Bashira. Tak dapat dibayangkan olehnya jika Bashira mengetahui tentang perkara ini.

Terkaku sebentar dia di situ. Kelu lidahnya saat melihat Mareeya pergi begitu saja tanpa menoleh ke arahnya kembali walau sesaat. Nak kata menyesal sebab luahkan perasaan dia pada gadis itu; tidak. Nak kata sedih sebab ditinggalkan tanpa jawapan; ya! agak sedih. Tapi, dia lebih lega kerana dapat luahkan perasaan yang dipendamnya selama ini. Ya, keakraban dirinya dengan sahabat baik gadis itu punya sebab. Gadis itulah sebab utama dia akrab dengan Bashira.

‘Aku harap ada pengakhiran yang indah buat kita, Mareeya. Aku yakin.’ Bicara hatinya sendiri.

* * * * * * * * * *

“Shamim, you should stop playing with that box. I know you miss her so much. But please, stop playing with it. I think the bracelet will broke into pieces. Haha.”
Adam Linley, jejaka British yang semakin akrab dengan dirinya kini. Dia satu-satunya yang lebih tahu kisah disebalik gelang itu.

Gelang yang bertatahkan mutiara biru yang dibelinya di salah sebuah kedai jewellery di tengah-tengah bandar UK saat dia sedang bersiar-siar dengan rakan-rakannya pada hujung minggu masa pertengahan semester 3 dahulu.
“Haha. I’m just thinking about her right now. How’s she doing ya?”
“Of course she’s sleeping. It’s 12 am in Malaysia now.” Adam menjongketkan keningnya ke arah Shamim.

Senget bibirnya tersenyum mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut Adam itu. Dia merenung ke depan melihat manusia-manusia yang sedang berkelah dan beriadah dengan insan-insan kesayangan mereka. Petang itu, dia mengajak Adam untuk pergi ke Hyde Park untuk menghilangkan tekanan yang dialaminya sejak akhir-akhir ini, memandangkan final exam tinggal lagi beberapa hari sebelum dia pulang ke Malaysia.

“Do you think she will accept me if I tell her my true feelings bro?” Tiba-tiba soalan itu yang terkeluar dari bibirnya.
“Ermm. I don’t know. But for what I know, if you’re really want her, you should do something bro! Maybe, you can do something that can helps both of you to be together?”
“I don’t know what to do. The incidents still remains in my heart. I’m still afraid if she will reject me again.”
“Shamim, she didn’t tell you that she had rejected you before right? She only left you after she heard your confession. Not more than that. You should be proud of yourself because you’re a loyal man. Be in love towards the same person. Don’t you?”
“Ya, but I feel like….”
“Mim, even in your religion also tell you to keep patient in whatever happen to you. If she meant to you, whatever both of you had been through, you two will together. No matter what!”

Teringat Adam dengan apa yang Shamim pernah memberitahu kepadanya. Walaupun dirinya seorang atheis, tetapi apa yang pernah diberitahu oleh rakan-rakannya yang berbeza agama selalu akan tersimpan di dalam dadanya sebagai tanda penghormatannya kepada rakan-rakannya.
Shamim kaku sambil merenung ke arah langit selepas mengiyakan apa yang dikatakan oleh Adam.
‘Betul juga apa yang kau cakap Adam. Semoga ada pengakhiran yang indah buat aku dan dia.’ Bicara hatinya.

Doa yang sama dilafazkan olehnya sejak peristiwa lalu sampailah sekarang. Di bumi United Kingdom ini.

* * * * * * * *

“Yaaa, cepatlah. Kau kat mana? Aku dah nak sampai KLIA ni. Kau ni!”
“Iya. Iya. Aku on the way ni. Jalan jammed ni haa. Sabarlah, sat lagi aku sampailah. Nak ajak aku jumpa siapa entah yang terburu-buru sangat ni.”
“Amboi, sempat lagi membebel dekat aku. Cepatlah. Kesian orang tu nanti tunggu kita. Aku dengan tunang aku ni. Kitorang dah sampai, betul-betul depan pintu masuk KLIA ni. Cepat tau. Aku letak phone ni. Dalam 5 minit lagi kau mesti kena sampai ok. Bye!”
Terus dimatikan telefonnya. Senyum sendiri dia saat itu.
‘Moga ada pengakhiran yang indah buat kau dan dia Yaa.’ Bisik hatinya.

*Aku tengah tunggu Mareeya kejap. Dia on the way. Kau kat mana? Kita nak jumpa kat mana ni?*

*Aku dah lama sampai dah. Aku tunggu kau dekat Chicken Texas lah. Aku tengah makan ni. Lapar! Hehe.*
Mereka berbalas mesej buat seketika.

Sekian lama tidak berjumpa, hari ini merupakan hari yang penting buat mereka berdua dan moga untuk Mareeya juga. Moga perancangan mereka berjaya kali ini. Perkara yang tidak terjangka juga, bahawa dirinya berjaya melupakan peristiwa lalu dan memulakan hidupnya dengan lebih tenang selepas masing-masing membuat haluan sendiri. Paling tidak terjangka, dia kini menjadi tunangan orang. Syukur dengan kehidupannya sekarang.

“Bashira! Kau ni, dah lah tak bagitahu aku nak jumpa dengan siapa. Suruh aku cepat-cepat pula tu. Aku baru sampai dari Terengganu semalam kot. Pagi ni dah suruh aku ikut kau dah datang sini. Aku punyalah banyak kerja lagi nak kena siapkan dekat UMT nung. Kau ni.”
“Haha. Dah habis membebel dah? Habis dah? Dahlah tak bagi salam, bersalam pun tak. Kita baru jumpa hari ni kot. Bersalam lah dulu dengan aku. Bukan main susah nak jumpa kau.”

Mereka ketawa lalu bersalaman serta berpelukkan buat seketika sambil diperhatikan oleh tunang Bashira. Bashira terus mengajak Mareeya menuju ke Restoran Chicken Texas seperti dijanjikan dengan Shamim sebelum ini.

“Yaa, aku tinggal kau kat sini ya. Kau masuk dalam kau pergi dekat lelaki yang pakai sweater hitam. Dia nak jumpa kau. Aku dengan tunang aku hantar kau sampai sini ja. Kitorang nak pergi dating kat tempat lain. Make sure kau jumpa lelaki tu ok. Dah lama dah dia tunggu kau tu.”

“Hah? Seriously, Shira kau nak tinggal aku kat sini ja? Aku sorang-sorang? Kau biar betul? Aku mana tahu lelaki yang mana satu. Aku mana kenal. Dahlah kau tak bagitahu aku siapa. Tiba-tiba. Kau kan saja nak dera aku.”
Laju bibirnya membebel ke arah sahabat baiknya itu. Sahabat baiknya itu hanya ketawa mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Tiba-tiba suasana bertukar menjadi lebih serius.
“Yaa, aku tahu kau banyak berkorban untuk aku selama kita berkawan ni. Dan aku tahu pasal kau dan Shamim. Aku tahu apa yang dah jadi. Aku minta maaf dekat kau, disebabkan perasaan aku pada Shamim dulu, kau korbankan perasaan kau sendiri demi kebahagiaan aku. Kali ni, aku tak nak kau mengelak dah dari mencapai kebahagiaan kau. Kebahagiaan kau, kebahagiaan aku juga. Aku dah jumpa kebahagiaan aku. Dan sekarang ni, aku nak kau cari dan jumpa kebahagiaan yang kau idamkan selama ini. Aku sayang kau sangat-sangat sebab tu aku buat semua ni.”

Diam seketika dirinya.
“Aku tak faham lah Shira. Apa ni? Jap, kau tahu pasal aku dan Shamim? Macam mana kau tahu ni? Kenapa minta maaf dengan aku? Kau takda apa-apa salah pun dengan aku. Apa ni? Aku tak faham. Kebahagiaan apa ni? Kau janganlah dera aku Shira!”
“Haha. Mana ada aku dera kau. Kau dengar cakap aku ni, kau akan faham bila kau jumpa orang tu nanti. Kau cari kebahagiaan kau ok. Aku sayang kau. Aku pergi dulu.”

Tidak lama selepas itu, dia ditinggalkan. Terkebil-kebil sebentar dirinya. Beberapa saat selepas itu, terus laju kakinya melangkah menuju masuk ke Restoran Chicken Texas sambil matanya merayau-rayau mencari batang tubuh lelaki yang bersweater hitam.

“Nah! Jumpa pun. Tapi betul ke lelaki tu? Kalau salah macam mana? Tapi dia sorang ja yang pakai sweater hitam. Ermm. Betul lah tu dia. Langgar ja lah. Kalau salah orang pun, malu kejap ja”. Bicaranya sendiri.

“Assalamualaikum, Encik?” Sapanya kepada lelaki yang duduk membelakanginya itu.
“Waalaikumussalam. Ya, saya.”
Terkaku sebentar tubuhnya saat memandang lelaki yang berada di hadapannya kini. Shamim. Nama itu terlintas di hatinya kini.
“Err. Mareeya. Alhamdulillah, jumpa juga kita kat sini kan.” Shamim menghadiahkan senyuman kepada Mareeya.

“Haa. Err. Shamim. Err. Kau ke orang tu? Orang yang Shira maksudkan tu?”
“Hehe. A’ah. Akulah tu. Duduklah dulu. Ke nak tinggalkan aku sorang-sorang lagi sekali macam dulu?”
“Haa. Errr. Sorry pasal kejadian tu. Tak maksud pun. Kau apa khabar? Baru sampai Malaysia ke?”
“Haha. Ya, aku faham. Ermm. Iya. Baru jugalah sampai, dah habis makan dah pun. Hehe.”
“Haha. Sorry lambat, jalan jammed tadi. Shira cakap kau nak jumpa aku sebab ada sesuatu. Apa dia sesuatu tu?” Gilirannya pula menghadiahkan senyuman ke arah jejaka di hadapannya kini walaupun dalam jantungnya kini berdegup hebat.
Hanya Tuhan je tahu apa yang dirasainya saat ini.
“Ohh. Yang pasal tu ya. Ermm. Nah!”
Kotak kecil yang berbalut riben biru itu dihulurkan kepada gadis itu. Terkelu sebentar gadis di hadapannya. Beberapa saat kemudian, huluran disambut tetapi kotak itu tidak dibuka sehinggalah isyarat kepastian daripada gadis itu disambut dengan anggukkan.

“Gelang. Cantik! Aku punya ke?” Soalnya dalam nada bergurau.
“A’ah. Kau punya. Sebagai tanda daripada aku. Tak salah kan?”
“Tanda? Tanda apa?”
“ Erm. Untuk kedua kalinya aku nak luahkan dekat kau yang aku suka kau. Kau dengar dulu apa yang aku nak katakana ni.”
Mareeya menunggu bicara yang keluar dari bibir jejaka itu dengan tenang.

“Aku nak jadikan kau sebagai insan yang akan temani aku sampai hujung hayat aku dan sehingga syurga. Aku nak kau selalu ada disisi aku dan sentiasa berada dibelakang aku untuk sentiasa menyokong aku. Aku nak kau jadi insan yang paling istimewa dalam hidup aku selain ibu dan abah aku. Aku nak kau jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita nanti. Please, Aku tak nak kau mengelak lagi. Lari dari aku, aku tak nak. Bashira dah ceritakan semuanya kepada aku. Tentang perasaan kau, tentang soal hati kau, tentang pengorbanan kau sebagai seorang sahabat. Aku tahu segalanya. Aku harap kali ini, kau dapat bagi jawapan yang pasti buat aku.”

“Ermm. Aku..” Belum sempat Mareeya meneruskan kata-katanya, Shamim mencelah.
“Saya dah tunaikan janji saya untuk tunggu awak Yaa. Saya pun dah minta izin daripada mak ayah awak. Saya harap kali ni, awak tak biarkan saya tunggu awak lagi!”

Mareeya terkejut saat mendengar apa yang dikatakan oleh jejaka yang sudah berjaya masuk ke dalam hatinya sejak zaman matrikulasi lagi.

“Ermm. Bashira bagitahu kau semuanya? Err. Macam mana dia boleh tahu? Jap, hari ni. Ya, hari ini. Korang berhubung ke selama ni? Kiranya kau tahu semuanya tentang aku daripada Bashira? Korang dikira bersekongkol tahu tak? Jap, satu lagi. Mak ayah! How come? Ma.. maa.. Macam mana kau boleh berhubung dengan mak ayah aku ni? Since when?”

“Haha. Rileks lah awak. Macam yang saya cakap tadi. Bashira! Dia yang tolong saya selama ni untuk dapatkan awak. Pasal mak ayah awak pun, Bashira yang tolong saya. Awak jangan marah dia ok. Saya yang beriya minta tolong daripada dia. Banyak jasa dia tu!. Hehehe.” Galak tawa Shamim ketika memberi penjelasan kepada Mareeya.

Mareeya menjegilkan matanya ke arah lelaki dihadapannya kini, tanda geram dengan tindakan yang dilakukan oleh mereka berdua. Tak pernah dirinya menyangka bahawa mereka masih berhubung sampai sekarang dan merancang semuanya dari awal sampi akhir.

“Haha. Lagi satu, Bashira yang nak kita disatukan. Dia bagitahu sudah sampai masanya untuk dia melakukan sesuatu yang boleh menggembirakan hati awak. Tu yang dia rancang semua ni dan kebetulan memang saya nak lamar awak sesampainya saya di Malaysia. Dan, ya! Hari ini. Hari ini lah masanya. Awak terima tak?”

Berubah sudah panggilan yang digunakan oleh lelaki itu terhadapnya. Tertunduk malu dia seketika. Sudah lama dipendam perasaannya terhadap lelaki itu. Akhirnya, sampai sudah masanya kini.

‘Terima kasih Shira. Kaulah sahabat dunia akhirat aku. Aku dah jumpa kebahagiaan aku. Terima kasih sahabat.’ Bicara hatinya saat itu.

Shamim melihat Mareeya menyarungkan gelang yang dibelinya di United Kingdom sebagai tanda Mareeya sudi menerimanya. Mereka berdua sama-sama tersenyum.

“Semoga ada pengakhiran yang indah buat kita.”

Tak pernah dirinya menyangka bahawa doanya dimakbulkan oleh yang Maha Esa. Alhamdulillah. Rupanya inilah perkara yang berlaku disebalik kata-kata yang diterimanya 5 tahun yang lalu.

Kenapa dalam ramai-ramai, Allah gerakkan dan detikkan mata hati kita untuk pandang dia? Mesti ada sebab. – Prof Muhaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience