Rate

Epilog

Spiritual Series 187

"Mei, sudah siap ke belum air minumnya?" Suara Encik Tan kedengaran lantang dari ruang tamu. Sejak kesihatan isterinya kurang baik Encik Tan sering mengarah Mei Ling melakukan pelbagai pekerjaan rumah walaupun dihadapannya telah dihidangkan seteko kopi O dan beberapa pau berinti kacang merah namun dia tetap mahukan sesuatu yang lain.

"Ya sebentar" Mei Ling menyahut dari ruang dapur, dia mengacau herba teh Tasly itu dengan air panas untuk diberi minum kepada ibunya yang sejak kebelakangan ini mula mengalami pening-pening kepala yang teruk.

Encik Tan bersandar ke sofa, letih seharian berkerja dibengkelnya. Matanya dipejamkan seketika menghilang rasa penat berkerja sambil mulutnya tidak berhenti mengomel tentang perkerjaan anak bangsunya yang kurang cekap. Dari kejauhan terdengar bebelan Encik Tan yang tidak habis membezakan Mei Ling dengan kakaknya, Xiu Ying. Seakan-akan dia tidak pernah berusaha melakukan yang terbaik seperti kakaknya.

Mei Ling mengeluh perlahan, sesekali dia terfikir apakah dia hanya anak angkat dalam keluarga ini, mengapa bapanya sering membanding -bandingkannya dengan kakaknya. Dia kemudian tersedar dan menggeleng kepala laju cuba untuk membuang fikiran negatifnya itu,

Walaupun bapanya terlihat seperti pilih kasih tetapi tidak ada sedikit pun perasaan benci olehnya kepada bapanya mahupun kakanya. Mungkin bapanya sedikit tegas dengan kerana mahu menjadikan dia seorang yang lebih kuat. Dia sedaya upaya untuk bersangka baik. Dia mengankat dulang yang berisi minuman nescafe dan teh herba itu dengan hati-hati ke ruang tamu.

Dari kejauhan terdengar bunyi enjin kereta, Encik Tan mengankat kepalanya sedikit menjenguk dari sebalik tingkap rumahnya. Terlihat kereta Pesona berwarna Silver berhenti tepat di depan rumahnya.

" Mei tengokkan siapa yang datang tu. "Arah Encik Tan.

Mie Ling patuh, dia segera meletakkan dulang minuman itu di atas meja di ruang tamu lalu membuka pintu rumahnya dengan tergesa-gesa. Satu sosok tubuh gadis berpakaian lengkap baju kurung dan bertudung litup memandangnya dengan senyuman nipis dan pandangan mata yang sukar ditafsir.

Mei Ling mengerutkan keningnya seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya "Kakak?" Mei Ling memandang kakaknya dengan perasaan yang bercampur baur, terkejut, gembira dan juga bimbang.

"Xiu Ying? "Encik Tan berdiri menghampiri mereka berdua di depan pintu dia memandang sosok anak kesayangannya itu dari atas ke bawah.

"pakaian apa kamu pakai ni?" wajah ceria Encik Tan berubah menjadi bengis.

"Papa.. " Xiu Ying cuba untuk menyalam tangan bapanya, namun lekas ditarik oleh bapanya.

"Papa maafkan saya izinkan saya jelaskan segalanya." Xiu Ying memandang wajah bapanya dengan wajah yang penuh penyesalan.

"Papa tak akan benarkan kamu berjumpa ibu kamu dengan pakaian begini, tanggalkan sekarang." Encik Tan berniat menarik tudung yang dipakai Xiu Ying namun Xiu Ying cepat mengundurkan dirinya.

Xiu Ling menarik nafas panjang. Xiu Ying memandang wajah bapanya. "Papa.. Saya sudah masuk islam. " Dia memang nekad untuk memberitahu hal ini terus kepada bapanya serta sudah bersedia menghadapi risiko tersebut.

Seketika tamparan kuat mengenai pipi Xiu Ying, "apa yang kamu katakan ini langsung tak masuk akal. setelah hampir tiga tahun kamu tidak pulang sekarang kamu balik katakan kamu dah Islam! Kamu fikir papa akan terima saja perubahan kamu ini?! " Encik Tan menengking penuh amarah.

"Papa dengar penjelasan saya dulu. Ini adalah agama yang betul, yang sepatutnya kita ikuti dari dulu. Saya tak akan tinggalkan agama ini, kerana saya sudah bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad adakah pesuruhNya. " Xiu Ying cuba menjelaskan semampunya.

Encik Tan tidak mahu mendengarkannya malah menarik tangan Xiu Ying kasar menjauh dari rumahnya. Ini adalah buat pertama kalinya dia memperlakukan Xiu Ying itu dengan penuh kekerasan.

" jangan kamu merepek disini. Sekarang papa bagi kamu pilihan kamu kembali kepada agama asal kamu atau papa tak akan benarkan kamu jejak lagi rumah ini." Encik Tan memberi peluang terakhir buat Xiu Ying.

Puan Wang keluar dari bilik dan berjalan perlahan ke ruang tamu sambil tangan kanannya tidak lekang dari memicit-micit kepalanya. Mei mana minuman teh mama? "Seketika matanya memandang satu wajah yang amat di rindukan namun dia masih dalam keadaan bingung dia menghampiri sosok tubuh itu dengan langkah yang perlahan.

"Papa, siapa itu?" puan Wang bertanya mahukan kepastian.

Xiu ying tidak mampu menahan sebak di hatinya air mata berlinang melihat wajah ibunya, cepat langkahnya menghampiri ibunya "Mama ini saya Xiu Ying "Xiu Ying megambil kedua belah tangan ibunya lalu menciumnya bertalu-talu "mama tolong maafkan saya mama, tolong terima agama islam saya. Saya akan berkahwin mama jadi tolong... "Belum sempat Xiu Ying menghabiskan ayatnya suara Encik Tan memotong perbicaraannya.

"sudah! jangan kamu berniat menghasut ibu kamu kepada agama kamu, sampai bila-bila papa tak akan menerimanya "dia menolak tubuh Xiu Ying menjauh dari isterinya.

"Jangan kamu dekat dengan ibu kamu lagi dan jangan berani tunjukkan muka kamu dekat kampung ini lagi. berambus! kau bukan anak aku lagi." Encik Tan menolak tubuh Xiu Ying kasar sehingga tubuh Xiu Ying tertiarap ke tanah.

Xiu Mei bertindak menghalang tindakan bapanya yang mula tidak terkawal dia memeluk tubuh kakaknya erat

" papa sudah jangan pukul kakak lagi. Papa.. tolong berikan kakak peluang untuk jelaskannya." Mei Ling tidak rela melihat kakak kesayangan diperlakukan dengan kejam. Air mata kedua beradek itu mula mengalir deras.

"Diam!! Jika kamu mahu ikut jejak langkah dia, kamu pun boleh berambus dari sini." gertak Encik Tan marah.

Mei Ling terdiam lama terkedu dengan ugutan bapanya. Mendengarkan ucapan dari mulut suaminya tubuh Puan Wang mula tidak seimbang, pandangan mula menjadi kabur lalu badannya rebah ke lantai , tubuhnya tidak mampu untuk menangani kejutan yang terlalu besar ini.

Ibu!! "Mei Ling melepaskan pelukan eratnya dari tubuh Xiu Ying dia kemudian berlari mendapatkan ibunya.

"Ibu, kenapa ni ibu" Mei Ling mula cuak dia menahan tubuh ibunya dari terus rebah ke lantai.

Mie Ling memandang wajah Xiu Ying yang jelas terlihat kebimbangan yang melampau namun Xiu Ying tidak mampu untuk datang lebih dekat kepada ibunya. Kaki kirinya terseliuh kuat. Malah dia takut diapa-apakan lagi oleh bapanya dia sedaya upaya untuk bangun.

" Jika kamu lebih sayangkan kakak kamu ini dan tergamak untuk meninggalkan ibu kamu ini, pergilah kamu dan jangan kembali lagi. " Encik Tan cuba untuk menambahkan rasa serba salah pada hati Mei Ling.

wajah Mei Ling ditundukkan, air matanya turut dikesat kasar menggunakan lengan kanannya. "Maafkan saya, papa. Saya tak akan meninggalkan ibu ."

Mei Ling berwajah hampa, dia tunduk akur dengan ugutan bapanya walaupun berat hatinya untuk melepaskan kakak kesayangannya itu pergi dia mahukan penjelasan lebih lanjut tentang tindakan berani kakaknya itu. Encik Tan kemudian menghampiri isterinya yang sudah tidak sedar di pangkuan Mei Ling, dia mendukung tubuh isterinya dan berlalu meninggalkan Xiu Ying dan Mei Ling masuk ke dalam rumah.

Mei Ling bergegas membantu kakaknya untuk berdiri. "kakak apa yang kakak buat ni?" Mei ling memandang wajah kakaknya penuh kerisauan.

Tangan Mei ling digapai dengan kedua belah tangannya. "Mei, tolong terima agama islam, ini adalah agama yang benar. kakak bakal berkahwin tidak lama lagi kakak perlukan restu mama dan papa, bantu kakak Mei ling. kakak tak putus asa dan kakak tak akan tinggalkan mama dan papa lagi"

Mei Ling memandang wajah kakaknya penuh rasa sebak dan bersalah namun Xiu Ling tetap tersenyum walaupun dalam hampa dia faham adiknya pasti berada dalam delima seperti dirinya dulu. Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan. Kekesalannya dirasakan menggunung kerana tidak berpeluang menjaga ibunya dengan baik.

."Mei, masuk!" seketika suara tegas Encik Tan mengejutkan kedua beradik itu dia merentap tangan Mei Ling dan ditarik masuk ke rumah sebelum dia mengunci pintu rumah itu rapat.
ini.

"Berambus sekarang jangan tunjukkan wajah kamu lagi. kamu dah tiada kaitan dengan keluarga ini. Lakukan sesukahati kamu dan jangan harap papa akan maafkan kamu." tengking encik Tan dari dalam rumah.

Xiu ying sedaya upaya berjalan ke arah pintu rumah. dia mengetuk pintu rumah bertalu-talu.
"papa maafkan saya, izinkan saya berjumpa mama. saya merayu.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience