Rate

01

Romance Series 1507

Malam yang sepi ditemani dengan bunyi cengkerik.Zeenat yang berumur 5 tahun yang dibesarkan oleh pakcik dan makcik saudaranya termenung di depan pagar rumah yang terbuka sedikit.

Dia dibesarkan oleh pakcik dan makcik saudaranya,Pak Su dan Mak Su dari kecil lagi kerana orang tuanya telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia sewaktu dia bayi.

Layanan yang teruk selalu diberikan terhadapnya.Zeenat tidak pernah mengenal erti kasih sayang.Dia didera dan diseksa pada umur yang sangat muda untuk mengenal erti kekerasan.

Air mata mengalir dengan sangat deras disapunya dengan tangan.Zeenat menoleh ke belakang melihat pintu rumah yang tertutup rapat. Dia baru saja dihukum untuk duduk di luar sepanjang malam kerana dia tidak sengaja telah memecahkan pasu bunga Mak Su nya.

Pipi yang gebu itu diusapnya perlahan.Pipinya ditampar oleh Pak Su.Marah benar pakciknya itu tatkala dapat tahu yang pasu isterinya pecah.Rumah saja besar tetapi Tuhan saja yang tahu keadaannya.

Tiba-tiba seorang wanita yang rambutnya kelihatan tidak terurus muncul di hadapan pagar.Zeenat yang menangis tersentak.Wanita itu tersenyum manis.Zeenat direnungnya dalam.

Segala pergerakan Zeenat terkunci.Zeenat menghalakan pandangannya untuk merenung mata wanita itu."Kenapa sayang menangis ni?"soal wanita itu perlahan sambil tersenyum tetapi ianya agak menyeramkan.

15 tahun kemudian
Zeenat tersentak dan terjaga dari tidurnya.Kejadian 15 tahun itu berulang lagi dalam mimpinya.Zeenat tercungap-cungap."Kenapa sayang menangis ni?"Soalan itu terulang-ulang di kepalanya tanpa dipinta.

Zeenat memejamkan matanya rapat dan cuba untuk melupakan mimpinya tadi.Dia sudah berpeluh-peluh.Jam loceng di atas meja sebelah katilnya dikerling."Dah masuk subuh.."Zeenat bangkit dan meloloskan dirinya di dalam bilik air untuk mengambil wuduk.Lantas menunaikan solat fadhu subuh.

"Aku dah lambat ni..".Zeenat menacap solekan yang tipis pada kulit mukanya.Cukup dengan bedak yang tipis dan gincu berwarna merah jambu itu sangat menyerlahkan seri wajahnya.

Rambut yang ikal mayang berwarna perang sedikit, panjang lebih sedikit daripada paras bahunya diikatnya seperti ekor kuda.Wajahnya pada cermin ditenung kejap.Zeenat tersenyum."Let's go for work now".

Zeenat keluar dari pintu rumah.Pintu gril itu dia tidak lupa kunci sebelum menyarungkan kasut tumit yang hanya mempunyai ketinggian sebanyak 1cm.

Pintu kereta Myvi itu ditutup kuat lantas kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

Pinggan yang berisi bihun itu tidak terusik oleh Akiff.Dia hanya mendengar leteran ibunya yang mahu dia menamatkan zaman bujangnya.Perkara yang sama diulang-ulang.

"Mama bukannya apa Kif..mama cuma takut mama tak sempat nak tengok kamu naik pelamin je".Akiff mengeluh panjang."Ma..Akiff tak ready lagilah..",jawab Akiff.

Datin Aini menggeleng-gelengkan kepalanya.Penat dia menasihatkan anaknya ini.Akiff kini berusia 26 tahun dan sangat sesuai untuk berumah tangga.Keras hati,dingin dan kepala batu itulah Akiff,anak yang dilahirkannya tanpa suami disisi.

Suaminya meninggal dunia sewaktu dia masih mengandungkan Akiff."Mama penat tau besarkan kamu Kif..".Akiff tersenyum sinis."Bukan mama bagi Kif dekat Aunty Sal ke",ujarnya sinis.

Datin Aini tersentak.Memori yang cuba dipadam kini kembali diungkit oleh bibir Akiff."Apa kamu cakap ni Akiff?"Rahang Akiff kelihatan bergerak-gerak.

"Aunty Sal yang besarkan Kif..bukannya mama",kata Akiff.Datin Aini menggenggam tangannya.Hatinya mula sebak. "Kif tolong diam..""Kenapa sedih ke..betul kan..mama bagi Kif dekat Aunty Sal"."Diam Kif!"jerit Datin Aini.

Akiff senyum sinis."Mama tak kira..kamu kena kahwin tak lama lagi..Mama sendiri yang akan carikan!"ujar Datin Aini geram.Akiff tersentak. "Suka hati mamalah!"jerit Akiff keras.Akiff bangun lantas bergerak keluar dari rumah.

Kolam matanya terasa panas.Datin Aini menangis teresak-esak.Rumah yang besar kini sepi tanpa sekarang bunyi kecuali esakan tangis daripada Datin Aini.

Penulis novel melayu.Hanya mencuba

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience