Rate

BAB 1

Romance Series 4879

TERMENGAH- MENGAH dia kini yang terpaksa menyorok di sebalik terowong permainan yang ada dalam taman permainan itu.Penat! Memang dia cukup penat dihina, di caci dengan pelbagai kata tohmahan hanya kerana wajahnya yang hodoh.
Ya, kerana parut sejarah hitam itulah yang membuatkan hidupnya tak ubah seperti pelarian.Selendang hitam yang menutupi keseluruhan kepalanya itu masih tidak dapat menyembunyikan parut itu.
" Mama....Sampai hati tinggalkan Meera....Meera terseksa mama.....Meera terseksa....!," laungnya keseorangan.Airmata kian berhamburan keluar membasahi pipinya.
" Hah!! ni dia ...Kawan- kawan aku dah jumpa dah nenek kebayan....!," teriak salah- seorang budak dari kumpulan budak yang mengejar dia tadi.
Meera nyata terkejut, selendang makin kejap dipegangan tangannya supaya ia tak melorot." Pergi dari sini ! pergiii !! ," teriak Meera benar- benar sakit hati ." Eheh ! Tunjuk garang pula dia....! Dahlah wajah pun buruk macam nenek kebayan...! ," bentak kanak- kanak berkepala botak itu tersenyum mengejek.Kayu ditangan sengaja dia kuis- kuis tubuh itu walaupun Meera menghalang.Terkekeh- kekeh budak itu ketawa lucu.
" Nenek kebayannn!! "
" Bukanlah tapi shrekkk"
" Nenek kebayannn!! "
" Shrekkk..."
" Diammmm!!!," laung Meera lantas berlari meninggalkan kumpulan kanak- kanak nakal itu.
Dia berlari ditemani sedu- sedan, berkali- kali tangannya menyeka airmata yang deras mengalir.
" Argh!!! Shitt!! !," bentak pemuda yang sedang memandu laju itu.Hatinya yang baran bertambah darjah kepanasan pabila melihat kemesraan pasangan dalam kelab tadi.

kereta kian berdesup laju membelah malam yang kelam.Meera yang masih berlari sambil tertoleh ke belakang tidak perasan bahawa dirinya makin ke tengah jalan.

Meera pantas menoleh tatkala silau lampu tinggi menyilaukan pandangannya kini.Bulat matanya kini dan mulut ternganga akibat keterkejutan yang melanda dirinya kini.

" Arghhh!!!," laungan gadis itu bergema kuat pabila tubuh kurusnya dirempuh sebuah kereta yang juga berwarna gelap.Tangannya bersilang menutup mata dari terkena silau.

Meera rebah atas aspal jalan dengan darah pekat mengalir deras dibelakang kepalanya kini.Hidungnya juga makin mengeluarkan darah pekat.

" Allah !! Apa yang telah aku lakukan ini ??," soal pemuda berkenaan resah." Tolong ! Tolong ! Tolong!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience