Rate

I

Romance Series 4360

Pertama sekali aku susun sepuluh jari, minta maaf. In case kamu tekan untak baca novel bergenre Romance tapi ini yang kamu dapat. Masih ada masa untuk kamu back off.

Untuk pengetahuan umum, catatan yang bakal aku coretkan nanti bukanlah berkenaan kisah cinta sweet sweet puppy love, cinta beruk, atau apa-apa kisah cinta yang kamu tahu.

Aku bagi kamu masa 10 saat untuk back off.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Tahniah! Siapa yang masih stick di sini, aku kirimkan al-Fatihah buat kamu semua. Semoga bahagia dunia akhirat.

Lagi sekali, sebelum kamu rasa betul-betul menyesal,

Let me give a quick warning before you get started.

Aku menulis bukan kisah cinta yang masa kecil si A berjumpa dengan B, semasa besar berkapel dengan C, bertunang dengan artis D, berkahwin dengan Dato' B, family tiri Dato' B benci pada A, A lari rumah, Dato' B cari A, family tiri Dato' B accident, A jaga family tiri Dato' B, family tiri Dato' B menyesal lalu minta maaf pada A, mereka hidup happily ever after. No. Tu bukan yang aku nak coretkan di sini.

Actually catatan ini bukanlah bertemakan agama pada mulanya tapi kalau kamu sudah menguap melihat perkataan agama itu, kamu juga boleh back off. Bukan menghalau tapi aku tak naklah memaksa kamu untuk teruskan pembacaan yang akan membosankan kamu.

Secara serius, aku ada blog. Sudah menuliskan hal yang sama di atasnya. But well, aku bukan famous seperti Vivvy Yusuf atau Hanis Zalikha. Setakat 2-3 orang yang membaca, so aku ke sini. Kalau dapat 100 views pun sudah cukup hebat.

Ok, now kamu mahu perkenalan diri aku atau mahu teruskan kepada catatan?

Perkenalan diri dulu ya? A quick one. Tak kenal maka tak cinta, bukan?

Aku masih menuntut ilmu di institut pengajian tinggi, anak nelayan, beribukan seorang suri rumah sepenuh masa, anak sulung daripada lima.

Mungkin itu cukup untuk perkenalan diri.

Catatan aku ini adalah peringatan dan boleh jadi, ianya pengajaran atau boleh jadi juga, ianya sebagai hiburan kepada kamu.

Hidup aku tak pernah perfect. Mungkin tak seteruk yang disangka but mungkin boleh jadi iktibar untuk kamu dan sempadan buat aku.

Ok, kisahnya begini.

Dulu aku budak yang baik tahu? Pakai tudung. And I'm proud with it. Masa itu aku sekolah rendah. Macam budak nerd, pakai spek, tudung klepet. Mulut aku ni sucinya Ya Tuhan, sampai perkataan b.o.d.o.h tu pun aku tak pernah nak sebut. Nak sebut perkataan aku-kau pun, so not me.

Aku kawan pun dengan budak baik-baik je. Kalau dulu, kawan-kawan lelaki dalam kelas cracked dirty jokes, aku tak pernah faham. Ya Tuhan, suci yang amat masa tu.

Naik tingkatan 1, aku masuk sekolah menengah. My Mom ingat aku dapat masuk sekolah agama, so Mom dengan gigih jahit tudung labuh untuk aku. But then, aku masuk sekolah yang agak....

Sosial?

Mulanya biasa-biasa je la. Still naif. But then aku daftar masuk asrama. Dapat satu dorm dengan budak-budak sukan.

Kamu boleh bayang tak, dalam masa seminggu, perkataan bodoh itu sudah jadi mainan mulut. Dahsyat tak dahsyat pengaruh kawan ni, dalam masa seminggu je, I don't even knew myself.

Betapa lemahnya iman aku waktu tu, solat pun start tinggal. Aku solat kalau ada orang je. Kalau bab dirty jokes tu, kira pro la ni. Habis semua benda dah tahu. Tudung labuh still pakai. Duduk kelas AA (aliran agama), kena la tunjuk baik.

Sebab kawan dengan budak-budak tak elok, mencuri pun dah pandai. Apatah lagi menipu ni. Bab kelentong nombor satu. Nak-nak muka aku ni muka stok orang alim, orang baik. Munafik tak munafik aku waktu tu, Tuhan je yang tahu.

Bukan semua budak sukan tak elok, tapi yang tak elok tu yang aku ikut. Ada je yang baik, tapi macam tu lah, insaf sekejap je, lepas tu start menyetan balik.

Pergi kelas macam biasa la, belajar, bergaul. Tapi aku tak bercakap dengan orang lelaki, sebab aku rasa aku tak menarik waktu tu.

Aku pernah terfikir nak gunting tudung labuh aku waktu tu sebab nak tarik perhatian orang lelaki, terfikir pandangan orang lain, tak jadi buat.

Sebab pandangan orang lain, bukan sebab dosa, bukan sebab pandangan Tuhan, bukan sebab maruah mak ayah tapi sebab pandangan orang.

Tapi ramai je yang sukarela nak gunting tudung labuh aku, sebab mereka kata perangai aku tak selari dengan pakaian aku-- dormmates aku la ni. Siap ejek tudung labuh aku lagi. Nak marah, kawan kan? So, aku juga ejek tudung labuh yang aku selalu pakai tu.

Semua sebab iman. Bukan sebab kawan. Iman aku yang lemah waktu tu.

Tak boleh nak gunting tudung untuk tarik perhatian lelaki, aku try cara lain pulak.

Aku buat cerita aku boleh nampak makhluk halus. Macam-macam cerita aku buat.

But yeah, tak famous pun. Tapi orang dah makan dengan kata-kata aku yang aku ni boleh nampak makhluk halus.

Lepas tu, aku tukar trick pulak. Aku buat cerita yang aku ni dah tunang.

Pergh, baru Form 1 ni! Kuatnya kelentong Ya Tuhan!

Masa tu, ramai weh lelaki datang dekat. Tanya aku, macam mana boleh kenal lah, nak tengok gambar lah... Macam-macam.

Aku pun tak faham kenapa aku buat benda-benda macam tu dulu. Jahil yang amat. Plus, aku bukan setakat nak tarik perhatian orang lelaki je masa tu, aku nak bagitahu semua orang yang kenal bahawasanya hidup aku ni sangat menarik. Sebab hakikatnya aku cemburu dengan hidup mereka yang perfect. Mereka anak orang kaya, aku apa ada?

Mungkin itu juga sebab aku start mencuri. Sebab aku nak cope dengan mereka. Tak nak kalah. Belanja mereka makan, sampai duit kering dalam poket. Takpe, asal orang kata aku ni kaya. Bodoh ke tak bodoh aku waktu tu, Tuhan je yang tahu.

Mungkin itu dulu setakat ni. Insya Allah, kita jumpa lagi bila start cuti Chinese New Year or ealier than that. Harapnya panjang umur la. Just drop some comments-- aku tak kisah. Tapi jangan sampai kamu bergaduh sesama sendiri. Kalau nak memaki tu, ingat Tuhan dulu. Lupa nak bagitahu, ini cerita waktu aku lalui Zaman Jahiliah, Zaman Kegelapan. Haha. Sekarang? I don't know. Tidak terlalu gelap mungkin?
Cuma aku harap aku cerita ni, aku boleh beri peringatan kepada orang lain, aku boleh ingatkan diri sendiri yang aku ni bukanlah suci mana. Aku jijik. Kelas jijik aku tu lebih bawah dari najis. Mungkin itu sahaja. Assalamualaikum ya muslimina wal muslimat. Salam sejahtera juga kalau ada antara kamu ini yang tidak beragama Islam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience