Bab 1

Romance Series 5826

•SEKELAS DENGAN LAILA

Cuaca yang cerah untuk tahun baharu. Haris bersiap sedia berangkat ke sekolah. Tahun ini sudah tahun 2019, ini bermakna Haris sudah berumur 16 tahun.

Haris terus menuju ke kereta untuk kesekolah. Dia menaiki kereta yang dipandu oleh Pak Razi.

Semasa Haris turun dari kereta dia ternampak sosok seseorang yang seperti dia kenali.

"Macam kenal je?" bisik Haris didalam hati.

Tanpa fikir panjang Haris terus berjalan masuk ke gerbang sekolah untuk menuju ke kelas.

Apabila dia memasuki kelas, alangkah terkejutnya dia apabila melihat Laila Arissa, seseorang yang pernah memalukannya di sekolah rendah dahulu. Dia segera pergi ke meja guru untuk mencari senarai nama murid. Nombor 32, Laila Arissa binti Ahmad Zahid.

"Aduh, asal aku kena satu kelas dengan minah ni pulak?!" bisik hatinya.

Seorang guru memasuki kelas itu. tidak syak lagi, itu Puan Maimunah guru kelas 4 PD 2.

"Haris, apa awak buat kat situ? awak boleh duduk depan Laila." ujar puan Maimunah.

"Baik Cikgu."Kata Haris sambil menggarukan kepalanya.

Dia berbalik badan dan bertanya pada Laila.

"Laila! Laila!" Bisik Haris pada Laila.

"Ye, kenapa." jawab Laila.

"Macam mana kau boleh ada kat sini? Bukan kau masuk Tigs ke?" Tanya Haris.

"Owhh, aku pindah sini sebab..." tidak sempat Laila menghabiskan ayatnya.

PUMPPP!!!

Tiba-tiba Puan Maimunah mengetuk meja dengan pembaris.

"Kamu berdua borak apa kat belakang tu?" Tanya Puan Maimunah.

"Hehe, takde papelah Cikgu." Jawab Haris dengan selamba.

"Saya nampak lagi kamu berdua sembang lagi kat belakang tu, saya baling maker ni ke kamu berdua. FOKUS!!!" Kata puan Maimunah.

Semasa rehat, Haris terus mencari Laila untuk mengetahui mengapa Laila berada di SMKDSE. Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang makan di bawah pokok Jati.

"Itu pasti Laila!" Bisik Haris didalam hatinya.

"Laila!!!" Jerit Haris.

"takyah jerit-jerit." kata Laila.

"Suka hati akulah!"ujar Haris.

"Tak, kau sebenarnya nak apa?" tanya Laila.

"Ni aku nak tanya sikit, macam mana kau tiba-tiba ada kat sekolah ni" tanya Haris.

"Owhh aku pindah ke sekolah ni sebab yuran Tigs tu melebihi kemampuan ayah aku untuk bayar, so ayah aku suruh pindah SMKDSE." Jawab Laila panjang lebar.

"owhh, macam tu...eh jap jap kalau engkau pindah sekolah, kenapa tak ada pengenal diri dulu ke apa ke?" tanya Haris.

"aku dah masuk sekolah dari tahun lepas lah... waktu bulan November. siapa suruh kau tak datang sekolah?" jawab Laila.

"Haris!" suara seseorang memanggil nama Haris.

Farisya datang mendekati Haris dan bertanya "awak buat apa kat sini, penat saya cari tau." ujar Farisya.

Dia segera membawa Haris pergi dari sini.

"Hmmm...awek si Haris lagi lah tu" bisik Laila.

Bab 1 I hope you guys like itʕっ•ᴥ•ʔっ more updates soon(~‾▿‾)~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience