Izara agak serba salah untuk menjawab pertanyaan sepupu suaminya itu.
"Aku nak cakap apa ni, mak mentua aku waktu macam ni akan duduk dekat dalam bilik. Untuk temankan abah sebab sekarang ni waktu makan abah.Cakap je apa yang patut,yang penting dia tak tahu aku ni isteri Haziq," bisik hati Izara.
"Saya ni kerja dekat rumah ni sebagai pembantu untuk tolong uruskan Encik Rahim. Bibik dia tak sihat jadi sebab tu saya kena gantikan dia bukakan pintu pagar ni," kata Izara menerangkan.
"Oo,awak ni kerja sebagai orang gaji jugalah di rumah ni" kata Ikwan sambil matanya memerhatikan Izara.
"Saya bukan orang gaji la. Saya ni kerja membantu Puan Samsiah uruskan suami dialah. Orang gaji tu bibik je dekat rumah ni. Saya ni lebih kurang pengasuh je" kata Izara kurang suka bila di katakan sebagai orang gaji.
"Apa-apa je lah...Mana Mak Long dan Pak Long?" tanya Ikwan pada Izara.
"Pak Long dan Mak Long? Dekat sini mana ada Pak Long dan Mak Long," jawab Izara sambil mengerutkan keningnya.
"Pak Long dan Mak Long tu kedua orang tua Haziq la. Diorang ada dekat mana aku nak jumpa ni...Macam manalah Mak Long dan Pak Long boleh bagi kau ni kerja dekat rumah ni," keluh Ikwan.
"Encik Rahim dan Puan Samsiah ada dalam bilik dekat hujung sana tu. Puan Samsiah dan Encik Rahim terima aku kerja dekat sini sebab diorang suka dekat aku la. Pak Cik apa tahu," kata Izara membuat muka tidak suka pada Ikwan.
"Aku nak pergi jumpa diorang dulu", kata Ikwan sambil berjalan ke arah bilik yang di katakan oleh Izara.
Izara pula mengekori Ikwan sepupu suaminya itu menuju ke bilik mentuanya. Sampai di depan pintu bilik, Ikwan mengetuk pintu bilik tersebut sebelum masuk.
Tok,tok,tok bunyi ketukan tangan Ikwan di pintu.
" Masuklah,pintu tu tak berkunci pun",kata Samsiah membenarkan orang yang mengetuk pintu bilik itu masuk ke dalam.
Pada mulanya Samsiah menyangkakan Izara menantunya yang mengetuk pintu tersebut. Tapi bila melihat orang yang membuka pintu itu ada anak saudaranya ia itu Ikwan. Samsiah agak terkejut juga,apa lagi bila melihat Izara menantunya ada di belakang Ikwan.
"Kenapa Mak Long terkejut bila nampak muka Ikwan ni. Perempuan ni orang gaji baru Mak Long ke?",kata Ikwan sambil matanya melirik ke arah Izara yang berjalan menghampiri katil Rahim.
"Perempuan ni bukan orang gaji dekat rumah ni. Perempuan ni anak kawan Pak Cik Rahim dekat kampung. Dia tinggal dekat rumah ni sebab nak bantu Mak Long uruskan Pak Long kamu ni," kata Samsiah pada anak saudaranya itu. Samsiah berharap Ikwan tidak akan curiga tentang status Izara.
"Kan saya dah cakap,saya ni hanya bantu mak urus abah je" kata Izara tanpa sengaja menyebut mak dan abah pada kedua mentuanya.
"Alamak,tersebut mak dan abah la pula depan sepupu suami aku ni", bisik hati Izara sambil tangannya menutup mulut.
Sementara wajah Ikwan nampak mengerut dahi dan keningnya sambil berfikir bila mendengar Izara menyebut abah dan mak.
" Ikwan janganlah salah sangka pula. Izara ni dah biasa panggil Mak Long dan Pak Long dengan pangilan mak dan abah", kata Samsiah cuba untuk membuat anak saudaranya itu tidak memikirkan yang bukan-bukan.
"Oo,patutlah pun... Mak Long keadaan Pak Long macam mana sekarang?,"tanya Ikwan sambil matanya melihat ke arah Rahim yang terbaring di atas katil.
"Macam ni lah keadaan Pak Long kamu Ikwan. Hanya mampu baring je,nak duduk pun dah agak susah sebab bahagian perut dia akan rasa sakit,"jawab Samsiah sambil tangannya mula mengurut bahagian kaki suaminya itu. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa suaminya kerana terlalu lama terbaring di atas katil.
"Terima kasih, sudi datang tengok Pak Long ni"kata Rahim dengan nada yang agak lemah.
"Sama-sama... Ikwan sengaja singgah nak tengok keadaan Pak Long. Lagi pun hari ni Ikwan ada urusan tadi tak jauh dari kawasan ni. Mana Haziq tak nampak pun dari tadi?"kata Ikwan sambil tangannya menyalami Samsiah dan Rahim.
"Haziq dia kerja,nanti dia sampailah tu. Sebab selalunya bila tenghari dia akan balik untuk makan tengahari,"kata Samsiah pada anak saudaranya itu.
Sementara di depan rumah kelihatan kereta Haziq masuk ke dalam pagar. Haziq agak terkejut bila melihat ada kereta kepunyaan sepupunya Ikwan terparking di halaman rumahnya. Ini bermakna Ikwan ada di dalam rumahnya. Hati Haziq mula risau memikirkan Izara isterinya.
Haziq memarkir keretanya di dalam garaj. Selesai mematikan enjin kereta ia pun segera keluar dari dalam kereta dan masuk ke dalam rumah. Masuk ke dalam rumah Haziq lihat tiada sesiapa di ruangtamu dan dapur. Ini bermakna semua orang pasti berada di dalam bilik orang tuanya. Haziq bergegas berjalan ke arah bilik orang tuanya.
Dari jauh Haziq melihat pintu bilik orang tuanya terbuka. Semasa ia ingin masuk ke dalam bilik tersebut,Haziq dapat melihat ada Ikwan dan Izara di dalam bilik tersebut. Haziq juga melihat Ikwan asik bersembang dengan mak dan abahnya. Sementara ia melihat Izara hanya mendiamkan diri saja.
Huk,huk,huk...Bunyi batukkan yang sengaja di buat oleh Haziq. Supaya orang di dalam bilik mengalih perhatian ke arahnya.
Mendengar bunyi batukkan,Izara,Ikwan dan kedua orang tua Haziq memadang pada bunyi orang yang batuk yang ada di muka pintu. Izara rasa gembira bila melihat suami yang ia cintai sudah pulang untuk makan tengahari. Apa lagi ini kali pertama ia memasak untuk suaminya itu. Kegembiraanya hilang bila melihat Si Ikwan sepupu Haziq juga ada di rumah ni pada hari ni.
"Kenapalah Pak Cik tua sorang ni boleh datang pula hari ni. Kacau daun sungguhlah. Ala, aku nak panggil apa suami aku ni depan Ikwan", bisik hati Izara sambil tangannya tiba-tiba mengaru kepalanya yang tidak gatal.
" Haziq kamu balik nak makan tengaharikan. Bolehlah ajak Ikwan ni makan sekali. Hari ni bibik tak sihat jadi Zara masak hari ni,"kata Samsiah sambil memadang pada anak lelakinya itu.
"Ya, Haziq balik ni nak makan tengahari la. Oo hari ni Zara yang masak", kata Haziq sambil memadang pada isterinya itu.
Izara pun menganguk dan memberi senyuman pada suaminya itu,tanda memang dia yang memasak untuk hari ni.
" Kalau macam tu jomlah kita pergi makan. Aku pun nak rasa masakan orang gaji baru kau ni. Orangnya pun nampak muda dan cantik juga",kata Ikwan sambil menarik tangan Haziq.
"Hei,saya dah kata saya ni bukan orang gaji tapi sebagai pengasuh jaga Encik Rahim. Tak faham-faham juga", kata Izara tidak suka dikatakan sebagai orang gaji.
" Sama je macam orang gaji juga betul tak Haziq?"kata Ikwan sambil berjalan menuju ke meja makan.
"Rasanya tak sama,tugas Izara cuma tolong mak jaga abah je. Bibik tu barulah orang gaji. Tapi sebab hari ni bibik tak sihat baru Zara buat tugas bibik tu," kata Haziq setuju dengan apa yang dikatakan oleh Izara.
"Kan aab...Pak Cik kan", kata Izara yang hampir tersasul ingin menyebut abang tapi terus menyebut Pak Cik pada Haziq.
Haziq dan Ikwan masing-masing memadang pada Izara. Izara agak hairan kenapa kedua lelaki ni pandang dia semacam je macam dia ada buat salah pula.
" Oo,kamu panggil Haziq Pak Cik ya. Kalau macam tu kamu panggil saya abang lah,"kata Ikwan pada Zara sambil mula menarik bangku di meja makan untuk duduk.
"Hei,tak ingin saya nak panggil awak tu abang. Saya akan panggil awak Pak Cik tua je. Lagi pun umur awak tu lagi tua pada Pak Cik Haziq," kata Izara agak kurang setuju dengan Ikwan.
"Sudahlah tu, sekarang ni kita makan dulu. Tak baik nak berdebat depan makanan", kata Haziq yang sudah pun melabuhkan pungungnya di bangku.
Mendengar apa yang dikatakan suaminya itu. Izara pun mengambil pingan dan nasi di atas meja. Selepas itu Izara pun meletakkan nasi ke dalam pingan suami dan dirinya. Lauk dan sayur yang ia masak sudah ada di atas meja.
Bila melihat Izara hanya meletakkan nasi di dalam pingan Haziq sahaja. Ikwan mula bersuara pula.
"Pingan abang kenapa tak letak nasi?" soal Ikwan pada Izara.
"Nah nasi,letak je la sendiri. Zara mana nak tahu Pak Cik tua nak banyak mana nasi tu" kata Izara sambil tangannya meletakan bekas nasi dekat dengan Ikwan.
"Tak payah gaduh depan makanan ni.Nah kau ambil je pingan aku yang dah letak nasi ni. Pingan kosong bagi je dekat aku,biar aku letak sendiri je nasi tu", kata Haziq sambil tangannya mengambil pingan yang masih kosong di depan Ikwan dan menukarkan pingan yang sudah ada nasi.
" Pak Cik tua bangka ni ada-ada je la",bisik hati Izara.
Pingan Ikwan sudah ada nasi, apa lagi ia pun terus mengambil ayam goreng dan sayur. Lalu selepas membaca Bismilahirahmannirahim,ia mula menyuap masuk ke dalam mulutnya.Tiba-tiba Ikwan bersuara.
"Kenapa sayur ni masin sangat ni. Ayam ni dah kenapa tawar je tak rasa apa? Kau ni pandai masak ke atau saja nak perkena aku ni" kata Ikwan agak marah kerana merasa ayam dan sayur tu ada rasa tawar dan terlajak masin.
Haziq hanya tersenyum kecil melihat sepupunya itu. Sedangkan Izara gelabah bila mendapat tahu makanan yang ia masak kurang menjadi.
"Tadi rasanya aku letak garam banyak dekat ayam tu kenapa pula ayam tu yang tawar. Sayur tu aku letak sikit je garam tapi kenapa pula rasa masin terlajak je ni", bisik hati Izara.
Izara memadang pada Haziq yang dengan selambanya makan makanan ia masak tadi. Izara cuba memakan sayur dan ayam yang ia masak. Memang benar ayam rasanya agak tawar. Tapi sayur tumis yang ia masak terasa agak masin.
" Pak Cik tak payah makanlah. Zara rasa masakan Zara tak menjadi,"kata Izara pada Haziq suaminya.
"Tak pa boleh je makan ni" kata Haziq sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Kau ni dah kenapa makanan yang macam ni pun kau makan juga? Aku nak balik la nak makan dekat kedai lagi sedap", kata Ikwan sambil kakinya mula melangkah keluar dari rumah Haziq.
Bersambung...
Share this novel