Assalamualaikum.
Cerita ringkas yang direka oleh RWH (bee).
Dilarang menciplak atau copy paste tanpa pengetahuan saya. Nama adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup ataupun yang sudah tiada.
Lagi beberapa hari untuk menyambut tahun baru. Saya lancarkan karya pendek yang fresh dari saya. Hanya untuk hilangkan bosan. Jangan ambil serius tentang apa yang berlaku dalam cerita ini.
*****
"Sudah 10 tahun kita bersama sekarang awak nak saya akhiri hubungan ni!?"
Suara lelaki tadi semakin tinggi di hadapan wanita yang digelar isteri selama 10 tahun. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja wanita yang dicintainya itu meminta untuk leraikan hubungan mereka.
"Saya merayu pada awak. Lepaskan saya, ini jalan yang terbaik untuk kita berdua."
Rayu isterinya, perlahan tangan suaminya meraih tangan milik Feela. Diusap lembut, beribu ucapan "maafkan saya" tidak lekang dibibir Naufal. Dia memujuk isterinya agar berbaik semula.
Tanpa sedar air mata isterinya jatuh sehingga paras dagu. Dia terlalu lemah untuk menghadapi rayuan suami yang dicintainya selama bertahun-tahun. Namun, Feela meleraikan genggaman itu. Afeela mengundur beberapa langkah kebelakang untuk menjauh daripada suaminya, Naufal.
"Maafkan saya Afeela.. tolong berikan saya peluang untuk selesaikan masalah kita.. saya akan buat awak bahagia semula.." - Naufal Nashem
"Tak perlu peluang kedua.. kebahagiaan itu sudah lama hilang, Naufal." - Afeela Ajla.
Meet me on Wattpad for the latest updates.
Share this novel