~jumpa gangster~

Family Series 1357

setelah sampai ke rumah nenek alice, alice kehairanan alice melihat rumah itu bersih seperti ada orang yang tinggal di sini, di dalam hati alice tertanya tanya *siapa yang jaga tempat ini* alice bertanya kepada suraya "su ada orang ke tinggal dekat sini?" dan suraya menjawab "tak ada siapa pun, hantu kot" alice terus terkejut "ye ke!?". su ketawa kan alice kerana perangai alice tidak pernah berubah masih cepat percayakan orang. Ris pun memegang kepala alice dan berkata sambil membawa beg alice ke depan pintu rumah "ish kau ni percaya sangat cakap kawan kau tu, jangan percaya cakap dia, ibu yang jaga tempat ni sampai lah bersih. kalu kau percaya cakap dia sampai ke esok kau tak boleh tidur" suraya dengan sakan ketawa kan alice kerana perangai alice. suraya membiarkan alice berehat di rumah kerana perjalanan alice yang panjang membuat dia keletihan "alice, aku dah nak balik dah, kau rehat dulu ya, kalau kau nak apa-apa kau beritahu kami". alice berterima kasih kepada mereka "terima kasih su, ris kerana ambil dan hantar aku sampai ke rumah dan terima kasih kepada mak tihah" ris pun menjawab "tak ada masalah" mereka segera beredar dari situ. alice masuk ke dalam rumah dia meletakan begnya di dalam bilik dan dia terlelap hingga ke siang hari dia terlupa menelepon ibunya yang dia sudah sampai ke rumah nenek. su dan ris balik ke rumah mereka dan memberitahu yang alice sudah balik ke sini dengan selamat. akhirnya mak tihah kembali tenang apabila mendengar kata mereka yang alice selamat sampai ke rumah.pada siang hari, alice bangun dan dia membersih di dalam rumah yang sudah lama tidak dihuni. selepas itu dia ingin memasak tetapi barang dapur sudah tidak boleh diguna, lalu dia menelepon suraya untuk teman kan dia ke pasar, dan membeli barang keperluan di dapur. suraya menceritakan apa terjadi di kampung itu. "alice aku nak cerita, yang apa terjadi dekat sini, kita ade bos besar iaitu gangster kawasan" alice ingat ia hanya lah orang biasa tetapi, semasa alice membeli ikan dekat pasar di gerai pakcik suraya mereka ternampak beberapa orang lelaki meminta duit dengan paksa, suraya pun memberitahu "itu lah mereka yang dipanggil gangster mereka mengacam penduduk di sini, aku tak berani nak melawan sebab mereka cederakan ibu aku" alice terkejut dangan sikap suraya yang kuat sudah menjadi penakut, alice: "bahaya sangat ke mereka". suraya:"ya, aku takut masa tu, nasib ada abang ris".dan sekumpulan lelaki itu menuju kepada mereka "suraya......" mereka memanggil suraya dengan lembut dan salah daripada mereka menyentuh suraya, itu menyebabkan alice tidak tahan kerana kawannya hanya berdiam. salah daripada mereka adalah ketua kumpulan atau pun penolong ketua gangster kawasan, "hai awak, orang baru ke" tanya ketua kumpulan tersebut kepada alice, suraya menepis tangan lelaki tersebut dan perkenalkan alice dengan lelaki tersebut "alice perkenalkan ini ketua kumpulan mereka nama dia jo dan kru-kru dia, jo and the geng kenalkan ini alice, ok dah jangan kacau kami, kamu semua boleh pergi dari sini" suraya meminta alice untuk tidak membuat masalah dengan mereka. "alice, aku nak kau jangan buat masalah dengan mereka, faham?" bisik suraya kepada alice.

bersambung.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience