" Aku terima nikahnya dengan Suri Marissa binti Mohammad dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai" lafaz Izz Ryzzal dengan gemuruh.
"Sah semua?" Soal Tok kadi pada saksi-saksi.
"Alhamdulillah Sah, Izz Ryzzal kamu telah menjadi suami yang sah kepada Suri Marissa. Maka bertanggungjawab dan amanah dalam menjaga seorang isteri. Didiklah dia sebaik mungkin." pesan Tok kadi pada Izz Ryzzal.
" Ya baiklah Tok, In sha Allah" ujar Izz dengan yakin.
************************
Malam pertama.
"Assalammualaikum isteri ku sayang"
Suri tersipu malu mendengarnya.
"Walaikummusalam suamiku yang nakal"
Izz lalu memegang kedua tangan kecil lembut Suri.
"Thank you sayang, sebab diterima i jadi suami you."
Izz menarik tubuh kecil itu dan memeluknya dengan erat.
"No izz, terima kasih sebab menepati janji. Tapi Suri tertanya-tanya tau, macam mana Izz memujuk mak?" soal Suri.
Izz tersenyum sinis teringat malam itu.
*********************
(Throwback memories)
"Mak, Izz nak melamar Suri minggu depan."
"Kau biar betul! mak tak setuju". Mak jah terasa sangat marah dengan anak lelakinya yang tidak pedulikan perasaannya. Mak jah sudah lama berkenan dengan anak Wak Tukiran.
"Cuba buka mata kau tu izz, mak rasa lufiya tu lagi layak jadi isteri kau. Mak dah berbincang dengan wak, dia dah setuju nak kahwinkan kau dengan anak dia. Lufiya tu baik, manis, pandai ambil hati aku".
Izz ryzzal tersenyum mendengarnya kerana ada sesuatu yang Mak jah tidak ketahui.
"Mak, Izz ada sesuatu nak tunjukkan pada mak".
Izz membuka telefon, dan menunjuk instagram milik Lufiya zariha. Terpapar gambar milik Lufiya yang tidak bertudung dan memegang tangan seorang lelaki kelihatan begitu mesra sekali.
"Apa ni, Lufiya ke ni? Tapi kenapa... Mak tak faham"
Mak jah terkejut dan terkedu melihat gambar-gambar yang ditunjukkan.
"Ya mak, Lufiya mempunyai teman lelaki, dan lelaki itu kawan baik Izz mak. Mereka dah bersama lama. Tapi sebab perjanjian mak dan ayahnya mereka tidak boleh bersatu. Amer tu kawan baik Izz mak, dan dia jauhkan diri dari Izz disebabkan hal remeh ni." ujar Izz hatinya sangat pilu memikirkan perkara ini.
"Mak minta maaf, mak tak tahu pula macam ni jadinya"
"So, boleh kan Izz kahwin dengan Suri?"
Mak jah termenung dan berfikir lama tentang ini. Hatinya masih belum terbuka untuk terima Suri sebagai menantu. Tetapi Mak jah harus buat keputusan yang betul kerana Izz Ryzzal satu-satunya anak lelakinya.
"Boleh, tapi ada syarat." Mak jah senyum sinis.
"apa syaratnya mak?" soal izz tak sabar mendengar.
"selepas kahwin kau kena duduk rumah mak, boleh tak ?"
"hm boleh la boleh la, asalkan mak bagi kahwin. Yes! jom mak lamar dia" Izz melompat kegembiraan.
*********************
"Izz...izzz!!!" Suri cuba sedarkan diri Izz yang sedang mengelamun.
" eh eh sorry sorry !"
" laaaa mengelamun pula diaa, Suri tanya tadi macam mana izz pujuk mak" soal Suri dengan nada manjanya.
" hehe adalah caranya Suri tak perlu tahulah, yang penting kita dah jadi suami isteri." Izz mencubit pipi gebu Suri.
" ouch sakitlah Izz, aduhh" jerit Suri.
"eh eh apa panggil panggil suami dengan nama, panggil la abang ke, kanda ke"
"nak panggil apa ya"
" call me kanda, kanda sayang" usik Izz.
"eee haha okay juga, duhai kekanda ku sayang"
"aduhhhh berdebar jantung kanda ni tau sayang, jom sayang kita buat pahala" Izz lalu menarik tangan Suri dan menutup lampu.
*******************
keesokan paginya.
"Bertuah punya menantu, dah pukul berapa nak bangun ni, aku dah siap buat sarapan ingat ke ada orang nak menolong" bebel Mak jah diawal pagi. Kelihatan sungguh dia tidak menyukai menantunya Suri.
"Selamat pagi mak, ada apa yang suri boleh tolong"
"haa bangun dah. Tolong makan ni aku dah penat masak pagi pagi. pergi pergi panggil laki kau"
"ya mak." wajah suri dari ceria bertukar suram.
Suri masuk ke bilik dan duduk atas tilam. wajahnya begitu suram sehingga kelihatan jelas. Izz perasan tentang perubahan isterinya.
" why sayang? tadi kemain happy lagi. tiba-tiba moody pula" soal Izz.
" hm kanda, bila kita nak pindah rumah?"
izz terkedu mendengar. Izz teringat syarat yang ditetapkan oleh Mak jah untuk menetap dirumahnya sampai bila-bila.
"hm sayang, in sha Allah kanda akan usahakan, buat masa sekarang sayang sabar dulu ya dengan karenah mak. Mak tu nampak garang tegas tapi dia baik. sayang bagi masa sikit untuk mak terima sayang ya". Izz cuba menenangkan Suri.
" hm baiklah kanda, jom makan!" wajahnya ceria kembali. Pandai Izz memujuk hati isterinya.
" Jom sayang" Izz memegang tangan Suri. Suri sangat bahagia bersama Izz.
**********************
( selepas 2 bulan)
"Tahniah! kamu berdua akan menjadi ibu ayah tak lama lagi" Doctor mengesahkan bahawa Suri telah mengandung.
" Alhamdulillah Ya Allah, Terima kasih Doctor" ujar Izz perasaannya sangat teruja dan terharu dengan berita itu.
Tetapi Suri tidak kelihatan gembira mengenainya.
Jauh ke dalam hati Suri, dia merasa gembira tetapi apabila memikirkan keadaan dirinya yang terpaksa tinggal dirumah mak mertua menjadikan dirinya tidak bebas seperti dikunci didalam penjara yang mewah.
"its okay sayang mama, mama akan jaga kamu" Suri mengusap lembut perutnya mengharap sesuatu yang baik akan berlaku nanti.
thank you for reading
Share this novel