17. Will you hate me?

Romance Completed 1572856

Selepas waktu pejabat, Miya bergegas pulang ke rumah, dan bersiap-siap untuk keluar makan malam dengan Adrian. Mengenakan fish-tail dress berwarna oren pastel separas lutut ,bercorak bunga, dan tanpa lengan, Miya hanya bersolek ringkas seperti biasa. Rambutnya yang panjang itu dikerintingkan di hujungnya dan dibiarkan lepas. Selepas berpuas hati dengan penampilannya, dia menyembur pewangi lalu mencapai tas tangan.

Baru sebelah kaki menyarungkan sandal bertali, telefonnya berbunyi. Mengeluarkan telefon itu dari tas, nama Adrian tertera di skrin. Cepat-cepat dia menjawab panggilan itu. Namun belum sempat dia berkata ‘hello’, Adrian terlebih dahulu bersuara, “Saya tunggu dekat bawah.”

Talian diputuskan.

Miya “…”.

Kenapa pula Adrian tiba-tiba menukar plan? Sebelum ini Adrian menyuruhnya terus pergi ke restoran dan menunggunya di sana. Sekarang Adrian mahu menjemputnya pula.

'Suka hati dia je.'

SAMPAI di lobi, dia melihat Maybach hitam milik Adrian sudah menunggunya di situ. Akram yang berdiri di luar segera membukakan pintu kereta untuknya. Mengucapkan terima kasih, tubuhnya diloloskan ke perut kereta. Adrian kelihatan sedang bercakap dengan seseorang di telefon.

Adrian menoleh ke arah Miya sebaik sahaja selesai bercakap dengan Richard di telefon. Haruman Versace Bright Crystal dengan bauan bunga yang segar dan bersih membuatkan Adrian terbuai seketika. Dia sukakan haruman yang digunakan Miya itu. Lembut dan tidak terlalu menusuk.

“Saya nak settlekan satu urusan dulu,” ujar Adrian.

“Okay,” ujar Miya tanpa banyak soal. Sebenarnya dia malas menyoal, kerana dia tahu dia tidak layak, walaupun dia mahu bertanya ke mana Adrian mahu pergi. Kata-kata Adrian semalam cukup pedih dan masih berbekas di hatinya sehingga hari ini. Dia tidak mahu mendengar kata-kata seperti itu lagi.

Benar, dia nampak tenang, tetapi di dalam hati, hanya dia dan Tuhan yang tahu.

“Where’s Lora?” tanyanya apabila Adrian tidak mengambil Lora hari ini.

“Dia tidur rumah Datin Fauziah malam ni,” jawab Adrian.

“Oh.”

Senyap. Adrian bersandar pada tempat duduknya dan menunggu jika Miya mahu memberitahunya tentang insiden Amelia menamparnya tengah hari tadi. Tetapi, Miya langsung tidak bersuara. Adrian kecewa. Dia mahu Miya bercerita dengannya. Dia mahu Miya meluahkan perasaannya. Sama ada sedih, kecewa, marah, gembira, dan semuanya. Tetapi Miya lebih memilih untuk berdiam.

IQMAL dan Amelia beriringan keluar menuju ke tempat letak kereta sebuah restoran selepas selesai makan malam. Ketika tangan baru menarik pemegang pintu, bahunya tiba-tiba ditepuk dari belakang. Belum sempat menoleh, tubuhnya ditekan rapat ke pintu kereta. Amelia pula dipegang oleh seorang lelaki dan diugut supaya tidak menjerit.

“Who the hell are you?!” Berteriak berang, Iqmal meronta cuba melepaskan diri tetapi tenaga lelaki itu terlalu kuat dan tidak terlawan olehnya.

“They are my people.”

Serentak Iqmal dan Amelia menoleh ke arah sumber suara.

Adrian muncul dari sebalik tiang dan menghampiri mereka.

Pucat wajah Amelia seperti melihat hantu. Laju degup jantungnya mengalahkan orang dikejar anjing. Dengan keadaan dia dan Iqmal saat ini, serta wajah Adrian yang dingin tidak bersahabat membuat hatinya mula jadi tidak enak.

Apa Adrian tahu dia menampar Miya siang tadi?

“Adrian Liew!” Iqmal cuba melepaskan dirinya daripada Richard. Memulas tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Namun semakin banyak dia bergerak, semakin kemas tubuhnya dikunci membuat dia akhirnya mengalah. “What do you want?”

“What I want?” Adrian berkata perlahan. Sebatang rokok dia keluarkan sebelum menyalakannya. Lalu dengan santai menyedut, dan menghembuskan asapnya. “I want you to stay away from Miya Liany.”

“I don’t understand," kata Iqmal. Sudah mula takut, tetapi cuba berlagak seolah tiada apa-apa yang berlaku.

"Really? Your girlfriend is jealous. She slapped Miya because she found a lot of Miya’s photos in your phone.”

Menegang tubuh Iqmal. Tajam mata menatap Amelia. Raut wajahnya yang mengerikan membuat Amelia tidak berani menentang sorot matanya.

“I tak suka orang ganggu hak I, Iqmal. Kita pun bukan orang asing. I harap you ingat pesan I. Jauhkan diri dari Miya.” Adrian tidak meninggi suara, apatah lagi menunjukkan reaksi marah.

Iqmal tertawa sumbang. Siapa Adrian untuk memberinya amaran begitu? Dia berhak dan dia bebas untuk mendekati sesiapa sahaja yang dia suka. Lagipun, dia yang mengenali Miya lebih dahulu, bukannya Adrian.

“Siapa kau nak menjauhkan Miya daripada aku?” Iqmal menjawab kasar.

“She’s mine,” jawab Adrian bersahaja. Menyudahkan sedutan terakhir, puntung rokok dicampak ke tanah sebelum dipijak dengan tumit kasutnya.

“I don’t believe it. Selagi dia belum berkahwin, dia bukan milik sesiapa.” Iqmal memporovok, cuba memancing Adrian memberitahu status hubungannya dengan Miya. Dia kenal Miya. Miya bukan perempuan murahan yang sebarangan mengikut lelaki ke hotel walaupun ada anak kecil bersama. Ya, kecuali Miya dan Adrian sudah berkahwin. Tetapi jika benar, mengapa perkahwinan itu tidak dihebohkan? Apa yang mereka cuba sembunyikan?

“Terpulang. Kalau you ganggu Miya lagi, I takkan diam. You know who I am.”

Adrian berlalu setelah memberi isyarat kepada Richard yang lantas diangguk faham oleh orang kepercayaannya itu. Satu tangan menahan tubuh Iqmal pada kereta, satu tangan lagi meraba saku seluar Iqmal dan merampas telefonnya.

"What are you doing?"

Tidak menjawab, telefon itu diserahkan kepada Amelia. "Unlock it.”

Amelia teragak-agak. Pucat wajah kerana takut melihat dua lelaki sasa yang kelihatan seperti algojo di zaman silam.

“What do you want?!” Iqmal menengking.

“Unlock it, b***h!” Arahan diulang dengan mada lebih keras.

Terketar-ketar Amelia mengambil telefon Iqmal dari tangan Richard lantas menaip kata laluan untuk membuka kunci skrin.

“Amy!! What the hell are you doing?!!” tempelak Iqmal. Tidak sangka Amelia tahu kata laluan telefonnya. Dalam hati segala kata makian dan sumpah seranah dia hamburkan pada Amelia. Miya tidak pernah menyentuh telefonnya. Malah, Miya tidak pernah mengambil tahu urusan peribadinya. Ya, kerana itulah dia berpeluang menjalin hubungan dengan Amelia.

Rampas semula telefon Iqmal dari tangan Amelia, Richard membuka galeri foto dan melihat banyak gambar Miya yang diambil secara curi. Paling terkini, gambar Miya bersama Adrian dan anaknya di pantai tempoh hari. Beberapa gambar itu dihantar kepada Adrian sebelum dia membuang semua gambar Miya dari galeri foto. Setelah selesai, dia memulangkan semula telefon itu kepada Iqmal.

Amelia ditatap nyalang, persis seekor harimau yang sedang menunggu untuk menerkam mangsanya.

Amelia tunduk, telan ludah berkali-kali membuang rasa gugup. Terasa lemah longlai seluruh tubuh. Menggeletar lutut hampir rebah. Kalau tidak kerana dia dipegang oleh salah seorang lelaki itu tentu dia sudah jatuh terjelepok.

Richard melepaskan tubuh Iqmal. Lurus telunjuk dihala ke arah Iqmal, sebelum beralih kepada Amelia. “You two, stay away from Miya Liany."

Ketap bibir, Iqmal membetulkan kemejanya yang berantakan gara-gara dicengkam Richard. Saat ini dia tidak berani melawan kerana tidak bersedia. Tunggulah, satu hari nanti dia akan bertindak.

ADRIAN membuka mesej yang baru diterimanya. Selepas memberi amaran kepada Iqmal, dia kembali ke kereta dan membiarkan Richard dan Steven menguruskan Iqmal dan Amelia.

Beberapa gambar masuk melalui aplikasi Whatsappnya dari nombor Iqmal Hakimi. Semuanya gambar Miya. Dilihat gambar itu satu persatu. Gambar Miya bersamanya dan Lora di PD dari pelbagai sudut.

Tangan terkepal, gigi bergemertak menahan marah. Iqmal benar-benar menghantar orang mengekori Miya.

‘Celaka betul.’

Sebolehnya dia tidak mahu bergaduh atau mengeruhkan keadaan dengan Iqmal kerana hubungan mereka dalam perniagaan agak baik. Tetapi, jika Iqmal terus-terusan mengganggu Miya, dia akan bertindak. Apa yang menjadi miliknya, tetap akan menjadi miliknya.

Dua puluh minit kemudian, mereka sampai di restoran. Oleh kerana tempahan telah dibuat lebih awal, mereka tidak perlu menunggu lama untuk makanan sampai. Miya bukan jenis yang memilih makanan, jadi tidak sukar untuk Adrian menempah makanan untuknya.

Beberapa minit pertama, mereka masing-masing menikmati makanan dengan senyap. Benar-benar tiada obrolan.

Adrian menunggu jika Miya mahu bercerita tentang kejadian siang tadi. Namun Miya terus membisu membuat Adrian tidak mampu lagi menahan dirinya daripada bertanya.

“Kenapa Amelia tampar awak?” Pertanyaan yang dia sudah tahu jawapannya, tetapi dia mahu mendengar dari mulut Miya sendiri.

Miya yang baru hendak menyuap ikan kod panggang ke mulutnya, terhenti. Aangkat muka, dia memandang Adrian yang sedang menatapnya teduh. Gugup dengan tatapan itu, dia tunduk, kembali menyuap makanan lalu mengunyahnya perlahan.

“How did you know?” tanyanya tenang.

“I’m expecting an answer,” balas Adrian.

“It’s just a misunderstanding,” jawab Miya, tanpa memandang Adrian.

“Salah faham apa?”

Miya terdiam seketika. Sebenarnya dia masih terluka dengan kata-kata Adrian semalam, dan sebolehnya dia tidak mahu bercakap banyak dengan lelaki itu. Dia bukan marah atau merajuk. Tetapi dia hanya terluka dan perlukan sedikit masa untuk mengubati luka itu. Berdepan dengan Adrian begini membuat fikirannya sentiasa memutarkan kata-kata Adrian semalam. Terasa dirinya begitu kerdil dan hina di mata Adrian.

“She found my photos in Iqmal’s phone,” jawab Miya perlahan. Mendatar dan tanpa nada.

Adrian kecewa. Bukan kerana gambar Miya berada di dalam telefon Iqmal. Tetapi kecewa kerana Miya gagal menunjukkan perasaannya. Dia tahu Miya marah, sedih, kecewa, dan semuanya bercampur baur, tetapi kenapa Miya tidak meluahkannya?

“Sakit?” tanya Adrian.

“Just one slap won’t affect me.”

Berkerut dahi Adrian dengan jawapan Miya itu.

“Kenapa tak tampar dia balik?”

“I’m not like her and I won’t hurt people.”

“Tapi dia tampar awak dulu.” Adrian tidak berpuas hati.

“That’s why I said, I’m not like her.”

“Macam mana kalau dia tampar awak lagi ?”

“I’m not that weak to let her slap me again and again. She did it once, I considered it as a mistake.”

“Kenapa awak ni baik sangat?” Akhirnya hanya pertanyaan itu yang keluar dari mulut Adrian kerana dia sudah mati kata. Wujudkah manusia lain yang seperti Miya? Tidakkah dia marah kerana Amelia menamparnya atas kesalahan yang dia tidak lakukan? Bukan salah Miya gambar-gambar itu berada dalam telefon Iqmal.

“No, I’m not,” jawab Miya bersahaja.

Adrian diam. Dipandang Miya seketika, dan menyambung makan apabila melihat Miya tidak berminat untuk bercakap tentang perkara itu. Terlalu sukar untuk dia menyelami apa yang tersimpan di dalam hati Miya.

Suasana sunyi menyelubungi sehingga mereka selesai menikmati hidangan utama. Sementara menunggu pencuci mulut dihidangkan, Adrian bersuara: “I’m sorry for what I’ve said to you last night.”

Miya mengangkat muka dan memandang Adrian tanpa perasaan. Dia tidak sangka Adrian akan meminta maaf tentang itu. Dia terluka. Sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan mata dan kata-kata Adrian itu terngiang-ngiang di telinganya sehingga hari ini. Dia sedar dia hanya isteri sementara. Adrian tidak mencintainya. Tetapi kata-kata Adrian itu terlalu pedih untuk ditelan.

“Never mind. You were right. Saya takkan dapat gantikan tempat Dahlia dan saya tak pernah terfikir untuk buat macam tu,” jawab Miya perlahan. Tenang dan bersahaja. Tanpa sebarang ekspresi pada wajahnya.

Adrian “…”

“Dari hari pertama kita kahwin awak dah ingatkan saya dan saya tak pernah lupa. I have a good memory,” sambung Miya lagi.

Wajah Miya yang tenang dan bersahaja itu membuat Adrian semakin sesak dihempap rasa bersalah. Terasa dirinya begitu jahat kerana melemparkan kata-kata sebegitu kepada Miya. Kenapa Miya tidak marah? Kenapa Miya tidak merajuk? Kenapa Miya tidak melenting?

Betul, Miya tidak akan dapat menggantikan tempat Dahlia di hatinya, tetapi entah mengapa dia merasakan dia tidak sepatutnya berulang kali mengingatkan Miya tentang perkara itu.

Entahlah. Kadang-kadang dia keliru dengan mulut dan perlakuannya yang tidak selari dengan kata hati.

“Awak buat saya rasa macam saya jahat sangat.”

“Tak. Saya tak ada niat nak buat awak rasa macam tu. Dahlia bertuah to have you as her husband. Masih setia dengan dia walaupun dia dah tak ada.”

Bungkam Adrian dengan kata-kata Miya. Dipaku pandangannya pada wajah Miya. Entah Miya benar-benar ikhlas atau hanya memerli.

Tertawa Miya melihat reaksi Adrian.

“You’re also good to me. Walaupun awak tak cintakan saya, but you're so generous to me...treat me to this fancy dinner, give me a car and a home, forced me to take your credit card. Thanks anyway,” ujar Miya.

Ikhlas dengan setiap kata-kata yang keluar dari bibirnya, dia sedar, walau sebanyak mana dia terluka dengan kata-kata Adrian, dia tidak boleh mengharapkan Adrian untuk melayannya sepertimana Adrian melayani Dahlia. Cuma setahun. Dia akan bertahan. Selain dari kata-katanya yang kadang-kadang melukakan, Adrian tetap seorang suami yang bertanggungjawab.

Adrian terdiam. Turun naik halkumnya menelan ludah. Miya berbicara seolah-olah dia sedikit pun tidak terusik atau terkesan dengan semua perkara yang berlaku di sekelilingnya walaupun perkara itu melukakannya. Kenapa?

IQMAL bersandar pada tempat duduk keretanya. Dada berombak turun naik, tangan lurus memegang stereng. Dia dan Amelia masih di tempat letak kereta. Suasana sunyi dan tegang menyelubungi. Amelia tidak berani bersuara. Tidak pernah dia melihat Iqmal setegang itu.

“Why did you slap her?” tanya Iqmal perlahan. Tetapi ekspresi wajahnya tidak setenang suaranya.

Amelia diam. Dia tidak berani menjawab.

“Answer me.” Iqmal masih mengawal suaranya walaupun dia berang kerana Amelia tahu kata laluan telefonnya. Dan dia juga berang kerana Amelia menampar Miya. Miya tidak pernah mengganggu Amelia, dan Miya tidak pernah menyakiti Amelia. Kenapa Amelia bergitu berdendam dengan Miya?

Amelia masih diam. Belum habis gigil berdepan dengan lelaki-lelaki suruhan Adrian tadi, kini dia perlu menghadapi kemarahan Iqmal pula. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya kepada Iqmal. Terlalu mengikut perasaan, sehingga bertindak di luar kawalan.

“Why??!!!!” Suara Iqmal melengking kuat. Merah padam wajahnya, memandang Amelia seperti mahu menelannya hidup-hidup.

Tidak pernah dia melihat Iqmal semarah itu. Apatah lagi sorot mata Iqmal seperti orang kerasukan.

“Speak!!” Dicengkam pipi Amelia dan menekan rahangnya sekuat tenaga membuat Amelia menjerit sakit.

Berusaha keras dia menolak tangan Iqmal tetapi gagal. Semakin dia berusaha, semakin kuat Iqmal menekan rahangnya. Akhirnya dia hanya mampu menangis. Laju air matanya menuruni pipi, membasahi tangan Iqmal, membuat Iqmal tersedar. Dilepaskan tangannya dari pipi Amelia dengan kasar membuat wajah teman wanitanya itu tertoleh ke samping.

“I tanya sekali je lagi. Why did you slap her?” tanya Iqmal.

“B..Because I..I saw a lot of her..photos in your phone..” Tergagap-gagap Amelia menjawab, berselang-seli dengan sedu sedannya.

Mendengar jawapan Amelia itu, Iqmal pantas mencapai telefonya dan membuka galeri foto.

Kosong!

Ketap rahang, mata dipejam rapat. Semua gambar Miya sudah tiada. Termasuk gambar-gambar Miya ketika mereka masih bersama dulu.

“Shit!! Damn it!! Damn! Damn! Damn!” Iqmal bagaikan orang hilang akal. Menjerit sambil memukul stereng keretanya.

Perlakuannya itu membuat Amelia bertambah takut. Semakin menjadi-jadi tangisnya dan kedengaran begitu jengkel di telinga Iqmal. Kalau diikutkan hati marah, mahu saja Iqmal menampar muka Amelia dan menyumbat mulutnya dengan kunci stereng.

“Get out,” ujarnya. Suaranya mendatar dan tanpa nada.

“W..What?” Amelia bagaikan tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Iqmal.

“Are you deaf? I said…get out!!!” jerit Iqmal.

“Iq..Iqmal..You can’t do this to me. I..I’m sorry..”

Iqmal malas bercakap banyak. Keluar dari kereta lantas menuju ke tempat duduk penumpang. Kasar dia menarik Amelia keluar sebelum masuk semula ke kereta dan meninggalkan Amelia di tempat parkir itu. Langsung dia tidak mempedulikan jeritan dan tangisan Amelia.

“Berapa lama awak bersama Iqmal?” tanya Adrian tiba-tiba. Wajah Miya dipandang untuk melihat reaksinya, tetapi Miya hanya tenang. Langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan pada wajahnya. Seolah-olah Iqmal bukan seseorang yang pernah menghuni hatinya.

“Saya tak nak cakap tentang dia,” jawab Miya.

“Why? Awak masih sayangkan dia? Masih teringatkan dia setiap kali awak dengar nama dia? Masih tak dapat…”

Belum sempat Adrian menghabiskan kata-katanya, Miya segera memintas: “Once I removed a person from my life, jangan kata nak tengok muka dia, dengar nama dia pun saya tak nak, let alone say his name.”

Adrian terdiam. Miya nampak lembut, tetapi hatinya ternyata keras.

“I’m a vengeful and I won’t forgive easily. So don't make me hate you,” ujar Miya dengan nada bergurau. Tersenyum nipis, dia menghirup minumannya yang masih bersisa.

“Will you hate me after we divorce?” tanya Adrian.

“No.”

“No?”

“It’s in the contract. I know you’ll divorce me after a year. Kenapa pulak saya nak benci awak? I just don’t like being betrayed. As long as you're honest with me, don’t make fool of me, I won’t hate you,” ujar Miya.

Jelas. Sesiapa pun tidak suka ditipu dan diperbodohkan. Tetapi, benarkah Miya tidak akan membencinya apabila mereka bercerai nanti?

Adakah Miya tidak akan terkesan dengan perceraian itu? Tidak adakah sekelumit perasaan dalam hati Miya untuknya?

Sebelum dia menikahi Dahlia, ramai gadis cuba mendekati dan menggodanya. Selepas kematian Dahlia, dia kembali menjadi tumpuan wanita yang mahu mengahwininya dan menggantikan tempat Dahlia.

Tetapi Miya langsung tidak menunjukkan minat kepadanya? Walaupun Miya tidak pernah menolak untuk bersamanya di ranjang, tetapi dia tahu Miya melakukannya kerana dia tidak mampu menolak. Berbanding Dahlia, Miya lebih senang didominasi. Miya tidak pernah cuba menggodanya. Dia yang selalunya akan tergoda dengan Miya. Kelembutan Miya dan tubuhnya yang mempesonakan itu membuat dia tidak dapat mengawal dirinya setiap kali. Walau sedalam dan sekuat mana pun cintanya terhadap Dahlia, dia sering kali tewas dengan perasaannya apabila berdepan dengan Miya.

SEPANJANG malam Adrian tidak dapat melelapkan mata. Kata-kata Miya tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Never mind. You were right. Saya takkan dapat gantikan tempat Dahlia dan tak pernah terfikir untuk buat macam tu.”

“Dari hari pertama kita kahwin, awak dah ingatkan saya tentang tu dan saya tak pernah lupa."

‘Saya tak pernah lupa.’

Adakah itu satu sarcasm atau Miya benar-benar memaksudkannya? Miya tidak nampak seperti wanita yang sarkastik atau sinis. Miya sangat sopan dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata. Miya sangat ringkas tetapi jelas dengan apa yang dia mahukan dan perkatakan. Miya bukan jenis wanita yang komplikated.

Tetapi…

Kenapa kata-kata itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya? Membuat hatinya sedikit terganggu. Adakah Miya sebenarnya terluka dengan setiap kata-kata dan perbuatannya, tetapi dia tidak meluahkannya?

Memiringkan tubuhnya ke kiri, dia memandang Miya yang sudah lena dengan membelakangkannya. Selimutnya yang sudah londeh hingga ke paras pinggang, mendedahkan bahagian belakangnya yang putih jernih. Dirapatkan tubuhnya ke arah Miya dan memeluknya erat. Digesel-gesel hidungnya mencium bau rambut Miya yang wangi.

Tiada respon dari Miya. Benar-benar lena tidurnya. Mungkin kerana cuaca yang agak sejuk ataupun kerana senaman berat sebelum tidur tadi.

Adrian tersenyum. Selagi Miya masih isterinya, selagi Miya masih menjadi miliknya, dia akan menikmati tubuh Miya sepuas-puasnya. Dia cintakan Dahlia, tetapi dia tetap lelaki normal yang ada ada keperluan fizikal dan seksual. Bodohlah dia jika melepaskan peluang untuk bersama dengan wanita cantik seperti Miya.

Teringat Adrian gambar-gambar Miya bersama Iqmal. Senyuman Miya begitu berseri dan dia kelihatan benar-benar bahagia bersama Iqmal ketika itu. Mengapa Miya tidak pernah tersenyum begitu di depannya? Adakah Miya tidak bahagia dengannya?

Ah, apa yang dia fikirkan? Dia berkahwin dengan Miya bukan untuk bahagia, jauh sekali untuk mencintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience