bab 11

Other Series 1354

Di Silver Gold High,

" Aisya, sampai hati kau buat aku macam ni. Aku kecewa dengan kau. Dulu kau jugak nak aku, kau cakap kau sayang aku, kau cakap kau takkan tinggalkan aku namun semua tu hanya lah... Dusta. " Ungkit Nazrul seorang diri di dalam kelas 5 Violent.

" Woi, kau gila ke hah cakap sorang-sorang! Kau tu budak hot kot kat sekolah ni. Bunga bukan sekuntum, bro. If kau tak boleh move on pun, jangan biarkan fans kau nampak yang kau ni macam orang tak waras. Dah lah tu. Jom tukar baju sukan. Nanti cikgu marah, kita yang akan kena denda. Orang lain dah pergi tukar baju dah. " Ujar Fikri, kawan baik Nazrul sambil menepuk bahu Nazrul dengan kuat.

" Entah lah, bro. Aku menyesal sebab tolak Aisya dulu. If I know this thing will happen, aku takkan tolak dia. " Kesal Nazrul sambil menangis teresak-esak. Fikri mencuba sedaya upaya untuk menenangkan Nazrul. Dia tahu bahawa situasi itu amat sukar untuk dilalui oleh sahabat karibnya itu.

Afiq, ketua kelas 5 violent meluru masuk ke kelas itu secara tiba-tiba.

" Nazrul, Pengetua panggil kau. Dia nak bagitahu kau something important sekarang. But I don't know apa yang dia nak dari kau. Kau ada langgar peraturan sekolah ke? Jangan weh. Buruk nama kelas kita aku tak kisah. Pasal reputasi kau tapi aku kisah jugak pasal kelas kita. " Ujar Afiq dengan nada menjerit . Afiq juga merupakan salah seorang ahli dari geng Nazrul. Geng Nazrul ni kesemuanya pengawas sekolah.

" Seingat aku lah, aku tak ada pun langgar peraturan sekolah. And lagi satu, kau kata sekarang kan? So bye, aku pergi dulu yer. Jangan rindu aku tau sebab aku tak sayang kau. " Ujar Nazrul sambil menayangkan senyuman sinis kepada Afiq.

" Aku bukan gay lah bodoh! Weh tunggu, aku nak ikut. Jahat lah kau ni. " Ujar Afiq sambil berlari mendapatkan Nazrul. Fikri hanya mampu tersenyum melihat teletah tidak matang kawan-kawannya itu.

" Eh, pengetua panggil aku jelah. Pengetua tak panggil kau pun. Kalau tiber tu, janganlah tunjuk sangat. Malu aku nak mengaku yang aku ni, ada kawan macam kau. " Perli Nazrul.

" Hanat punya kawan. Tak apa kalau macam tu. Siap kau! Aku balas nanti tapi sekarang ni aku nak ikut kau. Boleh kan sayang aku nak ikut kau? " Rayu Afiq.

" Ewww, geli aku dengar kau panggil aku macam tu. Kau ni kan, nama je ketua kelas tapi perangai macam setan. Okay jom. Aku kira sampai tiga kalau kau masih tercegat kat situ, aku tinggal. Siapa sampai pejabat dulu, dia menang! " Jerit Nazrul sambil berlari meninggalkan Afiq di belakang.

" Woi! Mana adil kau start dulu. Sah-sah lah kau menang. Lagipun kau kan pelari pecut nombor satu sekolah ni. Woi, tunggu aku. Kejap, kau nak ikut Fikri? " Ujar Afiq.

"Tak apalah. Kau pergilah teman Nazrul tu. Aku tak nak. Nanti siapa nak bagitahu cikgu yang kau dan nazrul pergi mana, kan? "Ujar Fikri dengan sopan. Diantara mereka bertiga, fikri lah yang paling beradab dan matang.

Di hadapan bilik pengetua,

" Ermm Afiq, boleh awak tunggu kat luar tak? Saya nak bercakap dengan nazrul secara private sekejap. " Soal Encik Arif.

" Eh, dah tentulah boleh cikgu. Saya akan tunggu di sini. Saya rela tunggu 100 tahun untuk cikgu. " Ujar Afiq dengan nada berlawak sambil melabuhkan punggung di atas sofa.

" Nazrul, saya panggil awak ni sebab saya ada dapat surat dari Angel High-school dan dalam surat ni ada semua jawapan tentang pertemuan saya dengan awak hari ini. Kalau boleh, awak baca dekat rumah lah sebab Amalia tak nak orang lain baca. So, awak dah boleh masuk kelas semula. " Ujar Encik Arif.

" Baiklah cikgu. Terima kasih. Saya masuk kelas dulu. " Ujar Nazrul.

" Naz, cikgu cakap apa dengan kau? Macam sesuatu yang serious je? " Soal Afiq.

"Tak de cakap apa-apa pun. Cikgu suruh kita tunjukkan contoh yang baik terhadap junior-junior sebab kita macam banyak main-main sejak kebelakangan ini. Lagipun, kita kan dah nak SPM. " Ujar Nazrul.

" Ye, ke? Kenapa kau nampak macam menipu je? Sebab aku ada terdengar perkataan 'surat'. Mustahil pasal tu je. " Soal Afiq bertubi-tubi.

" Ouh, tu cikgu sedang bercakap dengan staff. " Ujar Nazrul.

To be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience