Rate

5

Romance Series 817

keesokan harinya semasa dalam perjalanan ke sekolah nik melihat simon hampir2 mahu di langgar oleh kereta.nik segera menolak simon ke tepi hingga mereka berdua jatuh bersama di atas tanah.
Simon melihat wajah orang yang menyelamatkanya itu.
"kau tak apa-apa ke? lain kali jalan hati2 tau,okeylah aku masuk sekolah dulu nanti kau catit pula nama aku kalau lambat datang" kata nik tersenyum dan segera bangun meninggalkan simon yang masih terduduk di atas tanah.
Simon memegang dadanya terasa debaran di dalam hati apabila melihat senyuman nik adakah dia sudah jatuh cinta pada gadis nakal itu.
Di kelas simon tidak lepas memandang wajah gadis itu yang selalu berbuat bising di dalam kelas.mulanya memang dia tidak menyukai gadis itu tetapi setelah gadis itu menyelamatkannya perasaanya bertukar menjadi suka.
Ketika di dalam kelas nik sekali lagi menimbulkan masalah apabila tidak membawa buku teks.simon yang faham sangat apa yang akan berlaku segera meletakkan buku teksnya di meja nik.nik terkejut melihat perlakuan simon.cikgu helmi melihat buku teks ada di atas meja nik terus pergi ke meja simon yang tiada buku teks.simon di kenakan hukuman rotan dan langsung tidak kisah di rotan asalkan nik tidak di hukum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience