part 1

Romance Series 1651

Dringg...

Jam berdering menunjukkan jam 6 pagi. Alya terus matikan jam dan bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh.

Satu jam kemudian, Alya turun untuk bersarapan bersama keluarganya. Alya mengambil tempat duduk di meja makan tersebut.

“ Pa, Alya rasa nak masuk kelas tusyen la. boleh tak? ”tanya Alya.

“ kelas tusyen apa pulak?, study dekat rumah je. ” jawab Tan Sri Amran lalu menghirup kopi panasnya.

“Tah kau ni dik, study dekat rumah je” samput Akif

“Sibuk lah kau bang, suka hati adik lah” balas Alya

“ ala.. boleh lah pa, Safina pun dah masuk kelas tusyen tu. ” balas Alya lagi dengan nada sedikit memujuk.

“ Yelah. Dah tu nak bayar guna duit siapa? ” tanya Tan Sri Amran walaupun dia dah tahu apa jawapan anak perempuannya.

“ Duit papa lah, HAHAHA. ” jawab Alya sambil ketawa.

“Dah agak dah, yelah papa bayar. Dah makan sarapan tu. ” balas Tan Sri Amran.

Alya pun menyuapkan makanan ke mulutnya. Bahagia dia apabila sudah mendapat persetujuan daripada ayahnya.

Selapas selesai sahaja bersarapan, Alya terus bersiap untuk pendaftaran kelas tuisyennya.

“ papa, Alya keluar dengan safina kejap,nak pergi daftar kelas tusyen lepastu Alya terus balik. ”kata Alya

“ ok pergi lah. ”jawab Tan Sri Amran

“ duit pa “ balas Alya sambil tersengih melihat ayahnya.

“ ingatkan dah lupa tadi, kejap papa ambil. ” kata Tan Sri Amran

“ ok pa. ” balas Alya

“ nah ” kata Tan Sri Amran sambil menghulurkan duit

“ thanks pa, sayang papa. Nanti kalau Alya dah ada duit Alya bayar balik tau” jawab Alya

“ tak payah bayar balik, kalau dah ada duit nanti simpan je. Dah memang tanggungjawab papa, selagi papa mampu papa akan bayarkan ” balas Tan Sri Amran

“ thankyou pa ” kata Alya sambil memeluk ayahnya.

“ Alya pergi dulu ye, bye papa ” kata Alya lagi

Alya terus berangkat ke tempat pendaftaran tusyen itu.

Setelah sampai di tempat pendaftaran tersebut, dia ternampak seorang lelaki kacak berada di meja pendaftaran.

“ eh Fina, siapa laki tu? Handsome gile” tanya Alya kepada Safina

“ yang mana satu “ tanya safina balik kepada Alya

“ yang dekat meja pendaftaran tu lah “ jawab Alya

“ oh, tu cg tusyen ni, orang panggil dia sir Andy” balas Safina

“Oh cikgu ke, ingat student, muda sangat cikgu. Dah lah jom lah pergi” kata Alya lalu menarik tangan Safina ke meja pendaftaran.

“ hai, pendaftaran student baru dekat sini ke? ” tanya Alya dengan ramah mesra.

“ ye dik, awak student baru ke? ” kata petugas itu

“Haah, saya student baru” jawab Alya

“Fina awak buat apa dekat sini?” Tanya sir Andy kepada Safina

“Eh sir, ingat siape tadi. Tak buat apa-apa pun, saya teman kawan saya, dia baru nak masuk tusyen ni” jawab Safina.

“Ouh ni ke kawan awak?” Tanya sir Andy lagi

“Haah sir, nama dia Alya” balas Safina

“Oh, ambil subjek apa?” Tanya sir Andy kepada Alya.

“Saya ambil semua subjek teras dan subjek elektif saya ambil perniagaan saja” jawab Alya

“Oh student sir lah ni” kata sir Andy sambil tersenyum.

“Sir mengajar subjek apa?” Tanya Alya.

“Perniagaan dan ekonomi” jawab sir Andy

“okay lah sir kita orang balik dulu” selit Safina

“Awal, tak nak pergi makan dulu ke?” Tanya sir Andy

“Takpe lah sir, kita orang dah sarapan dekat rumah tadi, lain kali lah sir lagipun Alya dah janji dengan ayah dia nak balik terus lepas daftar” jawab Safina

“Haah sir, saya dah janji dengan ayah saya” balas Alya

“Oh takpe lah kalau macam tu” jawab sir Andy

“Okay sir kita orang balik dulu, jumpa kelas esok” kata Alya

“Ye” balas sir Andy

Alya dan Safina terus berangkat pulang ke rumah masing-masing.

Don’t forget to like comment and follow me☺️

Share this novel

Fatimah Ali
2023-11-11 10:41:26 

pernah terjadi


NovelPlus Premium

The best ads free experience