bab 2

Fantasy Completed 577

Chapter 2: EKORI

Mayura POV

aku rasa pelik dengan Mashita dan Mario ni. aku rasa macam nak tahu sangat pasal diorang.
takkan diorang pun ada kuasa?
mereka dah lama pupus.
lepas je peperangan tu,semua terhapus kecuali aku dan beberapa orang lagi.
berkemungkinan diorang ni salah seorang dari aku.
boleh jadi
bila diorang masuk kelas tadi,aku nak baca fikiran diorang tapi tak boleh.
takkan kena sekat kot. hanya orang yang tertentu sahaja boleh sekat.
aku kena ambik tahu pasal diorang.
aku nak tahu tentang diorang.
hari ni,Ain akan ekori diorang. so,aku kena duduk kat rumah jelah.

Mario POV.

aku dah lama perhatikan budak Mayura ni.
aku dapat rasakan yang dia ialah salah seorang daripada kumpulan aku. sebab aku ada perasaan yang rambut dan mata nya dia lebih kurang macam rambut dan mata seseorang yang aku sendiri tak ingat.
sebab dulu aku dan Mashita hilang ingatan.
nasib baik masa tu kitorang bersama.
ada juga aku kawan.
tapi,aku memang nak tahu tentang Mayura.
Yes,aku memang nak tahu tentang dia.
aku tak boleh bagitahu Mashita yang aku tahu serba sedikit pasal budak Mayura tu. kalau tak,dia akan pening kepala lagi.
tak nak lah bebankan dia.
aku perlu cari banyak benda pasal Mashita dan Mayura.

end POV

Mario hanya terdiam.
Manakala Mashita pula sudah tertidur.


"cuba tengok Mashita tu. dah tidur. apalah yang dia buat. Mario pula diam je. apalah masalah diorang."~Alya membisik.
disebabkan Alya,Ain,Shamila,Shamira dan Mayura berdekatan,mereka boleh bercakap bila bila masa.

Alya dan Ain bersama dihadapan sekali.
Shamila dan Shamira pula berada di belakang Alya dan Ain.
manakala Mayura pula berada di belakang sekali. bersebelahan dengan Mashita.

Mayura memandang Mashita yang sedang tidur disebelah nya.


"apasal aku rasa macam kenal diorang,hah?"~Mayura berbicara dalam hati.

setelah beberapa jam cikgu tidak masuk kelas, ramai yang sudah rasa bosan tapi ada juga yang gembira.


"Wey, beberapa minit lagi dah waktu balik. takkan cikgu tak nak masuk kelas kita kot...dah lama ni. "~Alya merungut.


"aku rasa tak sedap hati lah pasal ni. kalau jumpa cikgu,kita tanya nanti."~Ain.

"aku bosan lah..aku nak jalan jalan dulu lah. Shazril,aku nak jalan jalan. "~Mayura memanggil Shazril yang berambut putih,selaku ketua kelas.

Syazril memandang Mayura dan terus mengangguk.

Mayura keluar dan berjalan jalan.
tiba tiba dia berjumpa dengan seorang guru.

"cikgu,saya nak tanya sikit boleh?"~Mayura dari jauh.

cikgu itu terus berhenti .

"oh,Mayura. kenapa?"~Cikgu.

"saya nak tanya serba sedikit tentang Mashita dan Mario. cikgu tahu apa apa tak?"~Mayura.

"Cikgu tak tahu. maafkan cikgu."~Cikgu pergi dari situ.

"pelik ni..aku nak sangat tahu pasal diorang."~Mayura berkata sendirian.

"aku dah kata jangan cari pasal kami. kau memang tak reti bahasa ke?"~Mario datang dari belakang.

Mayura terkejut.
dia tidak dapat berkata apa apa.

"aku...aku..."~Mayura tidak dapat berkata apa apa.

"lebih baik kau jangan cari tahu apa apa tentang kami. apatahlagi Mashita. dia tak tau apa apa. aku tak nak dia di apa apakan.kalau kau berani cari tahu pasal aku atau Mashita,aku akan kerjakan kau gunakan apa yang aku ada. kau faham?"~Mario mengugut dan mencengkam leher Mayura.


"fa..faham.."~Mayura terangkat dan tidak dapat bernafas.

Mario melepaskan cengkamannya.
Mayura mengambil nafas.
Mario pergi dari situ.
Mayura masih lagi tidak berganjak.


"apa kena dengan Mario tu?aku nak juga tahu pasal korang. apa maksud dia yang Mashita tak tahu apa apa? takpe. kalau aku kena lagi,aku akan tunjukkan diri aku."~Mayura bermonolog.

Mario masih berada disitu.
bersembunyi di sebalik kelas yang sudah tidak digunakan lagi.
sekarang,Mario pula yang tertanya tanya siapakah Mayura.
Mayura dan Mario masuk ke dalam kelas. tetapi tidak bersama.


"Mayura,kau pergi mana?lama betul kau keluar."~Alya.

"aku jalan jalan lepastu tiba tiba sakit perut. tu lama. kau tahulah aku macam mana .."~Mayura menipu.

"pandai betul kau menipu,Mayura "~Shamira bermonolog.

Mayura tidak perasan akan perkara itu

tiba tiba
Kring.......

masa untuk pulang.
yang lain bertukus Lumus untuk pulang.

"jomlah balik. Ain,kau buat tau. kau sendiri yang plan."~Alya.

Ain tersenyum dan menunjukkan tanda ok.

dalam perjalanan pulang.

Mashita dan Mario berjalan bersama.
Ain mengekori mereka dari belakang.

Mario membisik kan sesuatu pada Mashita.
Mashita seperti terpinga-pinga.
Mario menggosok di belakang Mashita.
Mashita menjadi sedikit lega.

ketika itu,Ain masih lagi mengekori mereka

tiba tiba Ain dapat rasakan yang ada seseorang dibelakangnya.
Ain menoleh dan terjatuh kerana takut.

"kau..kau siapa,hah?"~Ain memberanikan diri untuk melihat orang itu.

seorang lelaki yang memakai hood biru menutupi mukanya.


"kau tak perlu nak kenal siapa aku. sekarang,aku nak kau balik rumah kau dan jangan ceritakan pasal sesiapa pun. kau faham?"~Lelaki itu mencengkam baju Ain.

Ain mengangguk .
cengkaman bajunya di lepaskan dan dia terus pulang kerumah tanpa menoleh ke belakang.
dia terlalu takut.

ketika Ain sampai di rumah,Ain terus demam kerana ketakutan.

berita tentang Ain telah tersebar.
ini kerana Ain sudah beberapa hari tidak datang sekolah.
Ain tidak datang selama 5 hari berturut turut.
dan, disebabkan itu ramai yang memulaukan Mashita dan Mario.
Mashita langsung tidak tahu apa apa tentang itu.
hanya Mario.


"Wey,korang ada dengar pasal Ain yang demam lepas je ikut Mashita dengan Mario balik hari tu?"~Alya memulakan gosipnya.

yang lain mengangguk.


"aku pelik lah dengan diorang ni cakap pun jarang. nak tegur tak?"~Shamila.


"aku pun pelik. kalau kau berani,tegurlah. tapi,aku rasa kau patutnya tegur Mashita dulu sebab dia tu tak macam Mario. dingin tiap hari."~Shamira.

"kau tegurlah,Mayura. kau kan sebelah dia..."~Shamila memandang Mayura.
disebabkan Mayura bersebelahan dengan Mashita,dia tidak boleh selalu sangat bercakap.

Mayura hanya menggeleng kan kepala tanda tidak mahu


"tegurlah,Mayura..."~yang lain memujuk.

Mayura terpaksa mengalah.
Mayura memandang Mashita.
Mashita sedang merenung ke arah langit biru.
memang cantik.

"Mashita..."~Mayura memanggil Mashita lembut.

Mashita memandang ke arah Mayura perlahan.

"kenapa?"~Mashita perlahan.

"saya nak tanya sikit boleh?"~Mayura.

Mashita tersenyum dan mengangguk perlahan.
cantiknya bila dia senyum.
Mayura bermonolog.

"kenapa awak selalu pandang langit?sedangkan tak ada apa apa yang menarik pun."~Mayura bertanya.

Mashita meletakkan jari telunjuk nya pada mulut Mayura.
Mayura pelik.

Mario keluar untuk ke tandas.
setelah nampak Mario keluar,Mashita melepaskan jarinya daripada mulut Mayura.


"kenapa?"~Mayura pelik.

"saya tak nak Mario dengar perbualan kita. dia tak suka saya berborak dengan orang lain. "~Mashita.


"jadi ..apa jawapan awak?"~Mayura.

"saya pandang ke langit sebab saya sukakannya. saya sendiri pun tak tahu. saya sedikit demi sedikit dapat ingat kembali memori saya yang lama..."~Mayura agak terkejut kerana Mashita jujur dengannya.
dan dia dapat membaca fikiran Mashita.


"kenapa awak jujur dengan saya?"~Mayura.


"sebab saya seperti saya kenal awak. seperti kita pernah berkawan dulu..."~Mashita menangis.

"ma..maafkan saya ..."~Mashita menutup mukanya dengan meja.

Mayura seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

kawan?

' aku dapat rasakan yang Mario ada kena mengena dengan semua ni. sebab lepas je keluar,aku dapat baca fikiran dia. '~Mayura bermonolog.

"terima kasih, Mashita sebab awak jujur dengan saya.."~Mayura berkata perlahan pada Mashita kerana Mayura dapat rasakan yang Mashita sudah tertidur.


'aku ada perasan yang setiap kali dia menangis,dia akan tertidur. macam seseorang yang aku kenal tapi masalahnya aku sendiri hilang ingatan masa tu...haduih...'~Mayura menjadi semakin serabut.


' makin lama makin diorang tahu tentang diri mereka. baguslah sebab aku sendiri nak diorang tahu tentang diri diorang. tapi,kalau pasal Mario aku tak tahu lah yang dia tu ingat tak lagi. diam memanjang. susah macam ni...sorry korang sebab masa tu aku terpaksa hilangkan ingatan korang...'~Shamira bermonolog.

tiba tiba Mario masuk dan menarik kasar tangan Mayura.
Mayura terkejut kerana ianya berlaku secara tiba tiba.
Mashita terkejut daripada tidur nya.
Mario membawa Mayura ke kelas sebelah.
kelas itu sudah tidak digunakan lagi.


"aku dah kata jangan masuk campur dalam urusan kami. kau memang tak faham?"~Mario memandang Mayura tajam.


"aku cuma berborak dengan dia je. lagipun,dia keseorangan. takde siapa yang nak berborak dengan dia. apatahlagi dia duduk sebelah aku je. takkan tu pun salah "~Mayura berterus-terang.


"dia ada aku. "~Mario.

"apakata kalau macam ni. dalam kelas aku jaga dia. kalau masa lain,kau jaga dia. dill?"~Mayura membuat perjanjian.

Mario tidak menjawab.


"aku masuk kelas dulu. kau bagitahu aku nanti."~Mayura beredar.


"macam mana ?"~Mario menggenggam tangan Mayura.


"kau tahu aku pun ada kuasa telepati. so,use it"~Mayura melepaskan genggaman tangannya.

Mario terkejut.
Mayura pergi dan masuk ke dalam kelas semula.
yang lain terkejut.


"kenapa korang tengok aku camtu?"~Mayura terkejut kerana seluruh kelas memandangnya. begitu juga Mashita. dia terbangun ketika Mario menarik tangan Mayura secara tiba tiba.


"kau tak apa apa ke?"~Shamila,Alya dan Ain meluru kearah Mayura.
mereka mahu memastikan tiada apa yang berlaku terhadap kawan mereka.
Shamira pula berada disebelah Mayura cuba untuk menenangkan Mashita yang terpinga-pinga.


"aku tak apa apa... jangan lah risau sangat.."~Mayura tersenyum. rakannya yang lain lega melihat Mayura tersenyum.

Mayura kembali duduk ditempat nya.
Begitu juga yang lain.

Tiba tiba Mayura dapat mendengar sesuatu.

' aku setuju dengan apa yang kau katakan tadi. janji kau kena jaga dia walau apapun yang terjadi.'~Mayura memandang kearah Mario.

Mario memandang ke arah nya.
Mayura mengangguk.


' nampak nya diorang dah berbaik. '~Shamira bermonolog.

Shamira memandang Mayura yang sedang memandang ke langit.


' aku rindu kau,Esym....'~Shamira.

tiba tiba ada seorang guru masuk.
guru tersebut memulakan pelajaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience