Bab 3

Romance Series 13002

Keesokkan harinya,Ariana mencelik matanya perlahan-lahan.Dia merasakan tempat tidurnya begitu selesa sangat.Dan....pinggangnya???''Arghh...''.Ariana menolak tubuh Ikmal kuat.Tapi semakin kuat pulak pelukan itu.''Awak lepaslah.Saya nak bangun nie.Dan macam mana saya boleh tidur kata atas katil ni?''rayu Ariana.Terasa nak menangis sahaja.

Ikmal pada mulanya pura-pura tidur,melonggar pelukan itu.Dia bingkas bangun bila terdengar esakkan kecil itu.''Bukan itu ke yang kau mahu dari aku?'',soalnya.
''Kau yang recanakan ini semua,kenapa nak menangis bagai.''ujarnya sinis.Ikmal masih beranggap cikgu Ariana bersalah dalam hal ini.Hidupnya musnah gara-garanya.Kalau Dahlia tahu pasti kecewa dengannya nanti.Dahlia awek sekelas dengan si Ikmal yang amat dia cintai..

''Kan saya dah cakap,saya tak bersalah.Ini cuma salah faham.Dan bukan saya dalang dalam hal ini.''Ariana bingkas bangkit dari tempat pembaringannya selepas Ikmal melepaskannya.

Ikmal tergelak sinis.''Jadi akulah perangkap kau,gitu?''

Ikmal mendekati Ariana perlahan dengan pandangan tajam.Ariana menyedarinya mengundur setapak ke belakang.Apabila badannya bertemu dengan dinding.Si Ikmal mengepungnya rapat.Terasa nafas si Ikmal di mukanya.Dia memejam mata.Dan terdengar ketawa kuat dari suara tu.''Hahaha...patut tengok muka kau tadi macam mana.Ingat aku nak sangat kiss kau.Huh..jangan mimpi.''

Ariana berbahang mukanya.Malu!!..'Apasal aku pejam mata tadi..Cis..dia nie kan...'

Ikmal memhampiri lagi.Kali nie dia mencekam kedua-dua belah pipi Ariana.''Kau cuma jadi isteri aku atas kertas sahaja.Tak lebih dari itu.''ujar Ikmal angkuh.
''Kau tak layak bergandingan dengan aku.Kau tak setaraf,okay'',sambungnya lagi lalu melepaskan cekaman itu..Ariana mengerang kesakitan akibat pipinya dicekam sebegitu rupa.Sakit hingga mengalir air matanya.Dia memanglah seorang cikgu yang garang dan tegas diluar sana.Tapi sekarang tubuhnya yang lemah sebab tak makan dari semalam,dia tak berani nak melawan si Ikmal yang sering didendanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi olehnya..Tenaga dia dan ikmal berbeza dengannya.Sebab dia perempuan.

''Aku nak kau rahsiakan ini semua dari semua orang kat sekolah.Okay?''datar suaranya.
''Baiklah.''Ariana mengangguk perlahan.
Ariana telah dihantar pulang oleh Ikmal dengan kereta Myvinya di rumah sewanya.Orang kaya biasalah.Masih sekolah dah ada kenderaan sendiri.Ariana tiba jam 5 pagi.Sengaja dia meminta agar dihantar awal agar teman yang lain tidak mengetahui siapa yang menghantarnya pulang.Dan harap tiada teman bangun jam seawal ini.Huh!nasib baik semua orang masih diulit mimpi lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience