dua.

Romance Series 2584

"Nama saya adalah Hirai Momo dan saya berasal dari jepun. Saya harap kita dapat menjadi kawan." Aku pun terus memberikan senyuman yang cute aku tu setelah memperkenalkan diriku. Cikgu Saeron pulak menyuruh aku pergi ke tempat duduk aku yang berada di depan pengawas yang bernama Mina tadi tu. Aku pun terus menarik kerusi dan duduk.
Selepas 50 minit berlalu sewaktu cikgu tengah memberi ucapan, aku pula tertidur sekejap. Tetapi terbangun apabila aku disapa lembut oleh seseorang di belakang aku. "Bolehkah kita menjadi kawan?" aku pun terus tersenyum sampai ke telinga. Mananya tak, orang yang 'berpangkat tinggi' di sekolah ni nak menjadi kawan aku. "yep sure. you will become my 1st friend then" aku menjawab dengan penuh sopan sekali sambil aku merenung matanya yang berwarna coklat gelap itu.

______________________________
-SKIP-

Aku, Myoui Mina, telah mendapat kawan baru. "YahOOOoo!" aku menjerit semasa dalam perjalanan ke kantin bersama Momo dan Park Jihoon. Orang-orang di sekeliling dan mereka berdua memandang aku pelik. "Haih? kenapa dengan awak ni Mina? hairan orang tau tak?" cakap salah seorang kawan rapat aku. Jihoon. "Haihh kalau pasal nak membebel je kaulah yang nombor satu. Tapi nasib aku tak bagi kau rasa pelempang aku niiii. Beruntung jugak lah kau kawan aku...." kata aku kepada Jihoon. "Cuba jawab soalan aku tadi" tanya dia lagi. "ouh ye tak ye jugak. Aku tadi menjerit sebab teruja sangat ada kawan baru yang baik dan comel nii" Aku berkata sambil melihat reaction Momo di tepi aku yang tersipu-sipu malu.
"Eh. Bukan ke awak ni popular? mestilah banyak kawan." kata Momo kepada aku. Aku pun berlakon sedih. "Mhmm... Nasib tidak selalu menyebelahi aku. Datang-datang kawan baru, BAm! habis belakang aku kena cucuk guna mulut dia tu." aku yang berlakon sedih tu pun terus ketawa bersama mereka berdua. "Saya janji, saya tidak akan membenarkan siapa siapa yang berani untuk menyakiti kamu berdua. Mental ataupun Fizikal." Kata aku sambil mengangkat tangan kanan aku ke atas. Mereka berdua pun terus memeluk aku ketat dan berkata yang mereka tidak akan akan sesekali pun mengkhianati aku. Tetapi semua itu berhenti apabila seorang lagi kumpulan samseng datang ke arah aku.
"Hey kau! kaulah yang reportkan geng aku dengan polis tukan!" Kata seseorang yang tinggi dan berbadan boleh boleh jugak tegap. Aku pun memandang ke atas dengan mata aku yang tajam. "Eh kau?! Samseng mata sepet?! Kau nak apa ni Daniel? Rindu aku ehh" Aku senyum senget sambil aku melihat wajahnya yang dingin. "Eh, kau jangan nak buat cerita yang tidak berfaedah okay." "dan kamu berdua boleh tak pergi dulu? ada hal nak bincang." Aku pun mengganguk untuk memberi isyarat supaya mereka boleh pergi.

____________________________
Aku sebagai samseng sekolah, First time aku berjumpa dengan pengawas untuk meminta pertolongan. "Hey aku bukan nak cari pasal dengan kau," "tetapi aku nak minta tolong." kata aku. "Elehh ingatkan kau tak pandai nak cakap baik baik." "Apa yang kau nak minta tolong sangat tu?" pengawas yang bernama Mina itu bertanya. "AisHhh kau ni memang nak kena tekuk dengan besi agaknya." "Sudah kena, diminta pulak lagi. Tak pasal pasal sikit lagi aku kena gantung sekolah." aku membuat muka merajuk aku yang dapat cairkan hati perempuan untuk membuat dia tolong aku. Tetapi itu semua berlawanan. Sikit pun tak berkesan, patutlah orang dulu-dulu cakap dia ni tunggul ntah apa.
"aku nak kau tolong aku untuk mendapatkan si Momo aka your new 'bestie'" jawab aku selamba. Biasalah, playboy. Aku memandang muka redup si Mina. Lama-lama ku tengok, cantik juga mukanya.

______________________________
"Aku nak kau tolong aku untuk mendapatkan si
Momo aka you new bestie"
Aku yang dengar apa yang dikatakan oleh daniel tadi pun terus tercekik. Mhmm Buaya,buaya..... "Mhm.. kenapa hati aku rasa telah kena ketuk dengan kuali tadi eh? berderai pulak rasanya" kata Mina. "Manalah ku tahu, tetapi tu simptom simptom cinta. Kau ni, pasal peraturan nombor satu, tetapi pasal cinta satu ke belakang. Apalah nak jadi. Memasak pandai, Jaga hati orang pandai. Tapi kalau jadi isteri orang nanti?" Kata Daniel dengan penuh ejekkan. Aku pun terus tersentap apabila mendengar si Playboy itu berceramah. Aku pun terus memberi Daniel jelingan maut aku dan lalu berkata. "Okay Okaylah, aku akan tolong kau. Tetapi dengan satu syarat. Kau mesti berhenti jadi salah seorang dari geng geng sampah kau tu dan kau mesti belajar sampai kau dapat top 20 tahun ini. Kalau perangai kau masih sama, tetapi dah dapat top 20, tu suka hati kaulah." Kata aku dengan penuh malas. Daniel menghulurkan jari kelingkingmya dan berkata "Yep. aku akan patuhi janji kau selagi kau menunaikan hajat aku. Tetapi, bagaimana pulak kalau aku terjatuh cinta dengan kau?".

sorry kalau bahagian ni nampak pendek sangat. And sila tunggu untuk bahagian ketiga! ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience