10

Fantasy Completed 761

"KAI!!! KENAPA KAU TAK BAGITAHU YANG PEREMPUAN TU IALAH ADIK AKU?!" tengking Kwangmin kuat. "Ma-maaf, saya tak tahu perempuan tu ialah adik boss" Kai sudah menelan air liurnya. Bila² masa saja nyawa dia boleh melayang. "Abang..." panggil Onda sayu. Kwangmin terus berpaling ke arah Onda. "Onda, ni bukan apa yang adik fikirkan" ujar Kwangmin perlahan. Onda hanya menunduk manakala Mingi pula ketawa halus. "Onda, kau nak ikut abang kau or nak ikut aku pulang?" tanya Mingi. Onda mengangkat mukanya, Kwagmin menatap Onda lama. "Kwangmin, kalau kau lepaskan aku apa jadi dekat Mingi?" tanya Onda dingin. Kwangmin sedikit terkejut sebab Onda memanggilnya dengan nama bukannya 'abang'. "Abang..." Kwangmin tak dapat habiskan ayatnya. Dia memandang Mingi dan Onda silih berganti sebelum membuat keputusan. "Lepaskan dia" arah Kwangmin. 2 orang bodyguard mendekati Onda untuk melepaskan ikatannya. Tapi, Onda mengelak yang membuatkan Kwangmin pelik. "Kau nak buat apa dengan Mingi kalau aku dilepaskan?" tanya Onda sambil melihat dalam mata Kwangmin. "Aku...Aku lepaskan kau dengan dia" balas Kwangmin perlahan. Onda mengeluh panjang lalu memberikan 2 bodyguard takdi membuka ikatannya. Selepas itu, Onda pun bangun berjalan ke arah Mingi. "Kwangmin, kau ingat ni. Nyawa Mingi ialah nyawa aku juga, jadi kalau kau bunuh Mingi samalah macam kau bunuh aku" ujar Onda lalu menarik tangan Mingi pergi dari situ. Kwangmin sedikit terkesan dengan kata² Onda, sama juga seperti Mingi. Mingi dapat rasakan yang kata² Onda tu ada double meaning, tapi dia taknak buat andaian sendiri. Di dalam kereta, mereka berdua hanya diam. "Apa maksud kau takdi tu?" Onda terus memandang muka Mingi dengan hairan. "Harh?" "Yang kau cakap tu. 'Kalau kau bunuh Mingi, samalah macam kau bunuh aku'. Kau.." belum sempat Mingi menghabiskan ayat, Onda memotong. "IYA KALAU KAU PIKIR AKU SUKA KAU MEMANG BETUL! Aku suka kau masa hari pertama kita buat janji" ujar Onda yang membuatkan Mingi terkejut. Bukan sedikit terkejut, tapi memang terkejut. "Tapi aku kecewa" Mingi berpaling ke arah Onda dengan muka berkerut. "Wae?" "Kata² kau takdi, buat aku sakit" balas Onda lalu menyandarkan badannya di kerusi sambil menutup matanya tahan nangis. Mingi cuba ingat balik apa yang dia cakap takdi. 'Ok², kau tembaklah perempuan tu. Dia takde makna pun dekat aku' Terus besar mata Mingi bila dia dah ingat apa yang dia cakap. Mingi terus berhentikan keretanya di tepi jalan. "Onda, look at me" Mingi terus memusingkan badan Onda menghadap badannya. Mingi mengangkat muka Onda. "Aku terpaksa cakap camtu, cuba bayangkan kalau aku tak cakap camtu? Maybe sekarang kau dah takde depan aku ni" ujar Mingi dengan muka bersungguh. Onda menundukkan kepalanya. "Tapi, janganlah cakap 'dia takde makna pun dekat aku', ayat tu paling sakit" ujar Onda sedih. "Aku terpaksa" ujar Mingi. "Kau..." belum sempat Onda menghabiskan ayatnya, Mingi terlebih dahulu mencium Onda di bibirnya. "Aku dah cakap aku terpaksa" ujar Mingi lalu sambung mencium Onda. Onda yang mula² terkejut, perlahan² menikmati ciuman tersebut. "I love you Mingi" "I love you too" *************** -Aip², tak habis lagi lah cerita...Dieorang baru confess, takkan dah habis kan?? >_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience