PART 1

Others Series 899

Loceng sekolah tanda rehat telah berbunyi. Semua pelajar turun berebut-rebut menuju ke kantin. Nurul menarik tangan Alia. "Jap lah. Kau ni badan je kurus. Makan tahap gaban."
Alia berhenti sekejap sambil menarik nafas.Terasa dadanya mahu pecah. Nurul sudah jauh di depannya. " Woi!!!! Cepatlah!" Kedengaran suara Nurul memanggil.
Dek kerana tidak tahan, dia sekadar berjalan menuju ke kantin. Tidak larat mahu mengejar Nurul. Sejak kebelakangan ni, dia mudah letih walaupun hanya sekejap.
Beberapa minit kemudian, masa rehat tamat. Nurul menggengam tangan Alia yang sejuk. "Eh, kau demam beb? Tangan kau sejuk semacam." Nurul mula risau.
Alia hanya memberi senyuman tawar walaupun kepalanya mula pening. "Tak adalah beb.... Aku pening sikit je." Dia menyakinkan Nurul.
Kelas berjalan seperti biasa. Nurul pula asyik memerhatikan kelakuan Alia yang dari tadi meletakkan kepala di atas meja. Padahal sahabatnya yang satu itu paling rajin.

****************
Alia menyuruh Nurul untuk tidak menunggunya. Nurul hanya mengganguk faham. Namun hatinya terasa sangat risau dengan Alia.
Alia masuk ke dalam tandas. Dia mula terbatuk-batuk. Alia lari ke arah singki dan mengeluarkan apa yang ada di dalam tekakanya. Terasa begitu pedih.
Alangkah terkejut bila mendapat tahu bahawa yang keluar dari mulutnya adalah....darah! Dia sendiri tidak percaya. Apa semua ini?! Matanya mula bertakung sambil memandang dirinya di dalam cermin yang agak pucat.

#Sila komen kalau tak best. Saya Ni baru Form 2. Kalau salah tolong komenkan.....

Share this novel

Zai Zai
2023-08-17 09:02:12 

up lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience