1

Romance Series 449

Haurul melangkah keluar dari pintu utama hospital, dia sudah mengenakan baju yang sangat tebal tetapi kesejukan masih boleh dirasakan di balik lapisan bajunya.

"Hujan lebat!.
haurul mengeluarkan telefonnya dari beg galas yang dibawanya, sambil menghembuskan nafas yang sangat lemah dia mula menalipon Shah.

"toot, toot, toot, Maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.
tiada jawapan dari telefon Shah.

"Masih tak angkat!.
haurul melihat lapuran kesihatan ditangannya, lalu dia membuangnya kedalam tong sampah dan berjalan kearah taksi yang ada dihadapan hospital itu.

"toot, toot, Hello! hari ini hujan lebat dan sangat sejuk!. "Haurul mengalikan air matanya lagi.

"Ada apa yang awak perlukan? saya perlu kerja lebih waktu hari ini. "
Shah menjawab sambil duduk diatas katil dengan seorang wanita.

"Awak balik makan malam hari ni? awak dah lama tak balik!."
haurul melihat keluar tingkap kereta sambil mengusapkan air matanya.

"ada apa-apa yang tak kena? "sambil mengusap kepala wanita disisinya.

"awak balik rumah malam ni? saya akan masakkan makanan kegemaran awak. "haurul memainkan cincin dijari manisnya.

"jangan tunggu saya, saya tak balik malam ini, tak perlu masak, saya akan membuat pesanan makanan untuk awak, saya perlu pergi, saya sibuk! toot,toot,toot"
shah menggarukan kepalanya dan mengerutkan wajahnya, dan dia meletakkan panggilan itu.

"saya akan benarkan awak lakukan apa sahaja, asalkan ia membuat awak gembira, walaupun awak sudah lama tidak pulang kerumah. "
haurul hanya menutup mana dan menangis.

Ketika dirumah

"ding dong"

haurul berjalan dan membuka pintu.

"puan haurul, ini makanan yang ditempah tadi! "
penghantar menghulurkan makanan itu kepada haurul.

"terima kasih" haurul melemparkan senyuman kepada menghantar itu.setelah penghantar itu menjawab dan berlalu, haurul menutup pintu dan menuju ke arah meja makan.

haurul menatap bungkusan makanan itu, teringat ketika makan bersama shah, shah selalu memuji masakannya yang sangat lazat.

"tak mengapalah walaupun saya perlu lalui semua ini, " haurul tersenyum sambil mengelap darah yang mula mengalir dari hidungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience