Rate

BAB 3

Romance Series 1619

Hari yang panas terik , Ayat mengelap mengelap dahinya yang kini sudah berpeluh . Dia melihat Zack yang asyik tersengih-sengih saja semenjak mereka keluar dari gelanggang futsal .

"hoi kau ni kenapa ?" Ayat menyinggung Zack yang asyik berangan . Kejap lagi jika dahi Zack lebam kerana terlanggar tiang Ayat juga yang dipersalahkan .

"kau ni berkecai mimpi aku , bila kau kejut kan aku"

"mimpi apa petang² ni ?"

Ayat sudah meletakkan tangannya didahi Zack . Manalah tau jika Zack betul-betul terkena demam panas yang menggangu kewarasan fikiran Zack . Mahu jenuh dia terpaksa menghantar Zack ke hospital .

"tadi aku nampak Ka"

"apa hairannya kau nampak dia ?" walaupun geram Ayat bertanya juga demi mengambil berat tentang kawan baiknya . Zack adalah kawan baiknya dari sekolah rendah . sudah seperti isi dengan kuku . rapat yang tak boleh dipisahkan

"aku rasakan , aku ada harapan dengan dia" Zack memberitahu dengan penuh semangat.

"harapan ?"

"ya harapan ! satu hari dia pasti sukakan aku!" Zack yakin dengan angan-angannya .

"Lantak kau la Zack . kau jangan lupa spm kita da nak dekat" Ayat mengingatkan . dia tak nak Zack mabuk kepayang sampai lupa nak belajar dan kandas dalam peperiksaan itu.

"memanglah spm makin dekat . mana pernah menjauh" Zack selamba menjawab .

Ayat da menepuk dahi nya . beginikah akibatnya kalau jatuh cinta ? serba serbi bengong belaka ! Zack jadi kreatif tak bertempat .

"kau jangan risaulah . belajar-belajar juga , bercinta pun tak salahkan ?" Zack masih mahu menang dalam hujahnya .


Tak sampai hati Ayat nak bagitahu kepada Zack yang cintanya hanya bertepuk sebelah tangan . Tepuklah sekuat mana pun tetap takkan berbunyi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience