Bab6

Fantasy Completed 20146

Sebaik sahaja habis kuliah Humaira terus balik ke rumah sewanya. Dia mahu merebahkan badan di atas tilam bujangnya yang sedikit empuk itu. Tidak lama kemudian, dia terdengar orang mengetuk pintu rumahnya berkali-kali. Dengan malas dia menuju ke pintu rumahnya.


“ALAMAK! habislah aku gaji tak masuk lagi” jerit Humaira di dalam hati.

“Masuklah, Puan Santi kita bincang di dalam” pelawa Humaira

“tidak mengapa , cuma saya nak esok kamu kemas barang dan keluar dari sini” arah Puan Santi.

“tapi puan…” belum sempat Humaira menghabiskan kata- katanya Puan santi sudahpun menghalang.

“Saya tidak kira, esok ada penyewa baru akan datang ke sini.” Puan santi terus berlalu meninggalkan rumah sewa Humaira. Eh, silap bakal bekas rumah sewa Humaira.

“argh, rungsingnya aku. Aku nak balik!!!” bentak Humaira. Dia tidak boleh balik selagi dia tidak jumpa calon yang boleh terima dia walaupun dia seorang rakyat biasa. Kalau dia balik juga dia harus mengawini pilihan keluarganya iaitu Putera Izzudin. Dia tidak mahu kahwin dengan Izzudin.

“Puteri, janganlah rungsing cuba puteri katakan kepada kami masalah yang sedang puteri hadapi sekarang ini. Mungkin kami boleh tolong” sapa satu suara

“betul, puteri ceritalah pada kami. Kami sedia untuk mendengar” kali ini suara yang lain pula menyapa Humaira dari jendela

“Beta tidak tahu lagi hendak kemana lagi ros, tas. Beta tidak boleh balik selagi beta tidak jumpa calon yang sesuai” balas Humaira. Ya, dia boleh berkata- kata dengan pokok-pokok malah dengan binatang juga dari dia kecil lagi. Tetepi tiada siapa yang tahu akan kebolehan yang sedia ada di dalam diri Humaira.

“puteri tidak boleh mengalah bergitu saja , puteri harus kuat.” Kata ros. Ros ialah kata singkatan bagi Bunga ros

"betul tu puterikan seorang gadis yg kuat dan tidk mudh mengalah" sokong pokok kertas dia luar jendela. dia sangat menyayangi kedua dua pokok itu kerana mereka selalu bangkitkn semangat dlm dirinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience