Pertemuan

Young Adult Series 1982

Pukul 1.30pm bas sekolah pun tiba dihadapan simpang masuk perumahan ppr Taman Sri Mawar. Maira Aafiyah atau Maira seorang gadis berumur 16 tahun peramah, tinggi lampai, memiliki kulit sawo matang dan senyuman yang manis ditambah memiliki lesung pipit ditepi bibirnya. Dengan dalam keadaan yang sedikit kelam kabut hendak turun dari bas sekolahnya, dia sedikit terhuyung hayang ketika berjalan menuju pintu pagar taman perumahan nya. "Hmmm, penatnya harini!" dengus Maira dalam hati sambil berjalan membibit fail kopentensi sekolahnya. Dia yang belajar disekolah menengah Teknik mengambil jurusan kanak-kanak kerana minatnya yang mendalam ingin menjadi seorang guru tadika dan memiliki sebuah taska persendirian. Langkah demi langkah ea mendekati blok rumahnya, dilihatnya dari kejauhan ada sekumpulan remaja lelaki bermain ping-pong bersama abang kandung Maira, Aimin. Aimin merupakan abang sulung Maira. Maira juga mempunyai seorang lagi abang bernama Aidin anak kedua dari tiga beradik. Sesampainya Maira dibawah flat rumahnya, Aimin memberikan bet kepada Maira kerana dia hendak naik ke rumah mereka yang berada ditingkat satu. Maira yang juga memiliki keahlian dalam permainan ping-pong juga pernah mewakili kelasnya dalam pertandingan peringkat sekolah.

Maira langsung meraih bet dari Aimin dan terus memukul bola ke arah lawan. Di depannya bediri seorang remaja lelaki yang terpaku melihatnya.
"Handsome" kata hati Maira berbicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience