BAB 3

Romance Completed 7804

"Assalamualaikum" suara Ku Irma yang baru balik dari hospital pelik bila semua orang tengah berkumpul keliling Ku Iz, Ku Ifrad yang baru balik dari pejabat juga pelik bila semua orang kelilingi anak lelakinya. Pelik benar situasi itu.

"Ayah! Abang dapat bunga ros putih la!" Jerit anak bongsu Tan Sri Ku Ifrad lalu memeluk badan ayahnya erat. Terkejut ayahnya mendengar berita gembira itu.

"Dik! Kau nak jaja cerita ni sampai seluruh dunia ke?" Marah Ku Iz geram. Adik dia ni memang kepochi dan kaki bising.

"Amboi! Kisah abang ni sehebat King William ke?"soal Ku Intan membalas kata2 abangnya.

"Betul la cerita yang menular kat hospital tu?" Soal Ku Irma bila dia duduk di sofa yang lembut itu. Dah bising satu hospital kisah adik lelakinya di lamar oleh pesakitnya sendiri.

Selama ini ramai pesakit Ku Iz yang cuba mengorat Iz tapi yang ni paling berani sampai melamar di tempat umum. Intan yang memang jenis hyperactive mendapatkan alongnya untuk dengar cerita selanjutnya. Umi dan ayahnya juga dah beransur ke sofa untuk dapat cerita penuh. Tapi Iz mengatur langkah ke biliknya.

"Ceritalah kak!" Gesa Intan tak sabar langsung.

"Pesakit Iz yang lamar dia, dalam cafe, ramai yang tengok dan yang paling best, Iz setuju" semua oramg terkejut dengan berita itu. Akhirnya! Iz bercinta jugak. Punyalah susah nak buat Iz layan perempuan selama ni kali ni kena lamar dah jalan.

"What kind of brave! Bravo la my future sis in law! Cerita la detail kak!" Gesa Intan lagi. Memang la kaki sibuk betul dia ni.

"Akak tak ada kat situ, rasa rugi jugak. Tapi, ayat girl tu memang cun!" Balas Irma turut sama terpengaruh dengan Intan yang obses.

"Ayat apa?" Dasar tak sabar.

"Sudi awak jadi kekasih saya?" Ulang Irma dialog yang pernah ditutur Nur Qatrunnadar. Habis menggedik satu tubuh Intan bila dengar cerita tu. Umi dan ayahnya juga dah senyum penuh makna dan bahagia gila dengan berita tu.

Memang dunia dah terbalik, sekarang turn perempuan yang melamar lelaki pulak ya?

Di bilik, Iz tersenyum lalu menyusun bunga yang hampir layu itu ke dalam pasu dan diletakkan di sebelah katilnya. Dia senyum bila teringat situasi tadi, rasa debaran halus bila si dia melamar hatinya. Dia menguak rambutnya dan masuk ke bilik air.

"Ma, macam mana nak bagi bunga ni tahan lama sikit? Macam dah nak layu je" soalan Iz membuatkan senyuman penuh makna di bibir uminya.

"Bunga hidup memang akan layu Iz. Lainlah kalau Iz jemur bagi kering, boleh simpan lama sikit. Kenapa?" Kening Iz terangkat sdikit bila di tanya uminya,takkan la nak mengaku yang dia sayang nak biarkan ros putih tu layu.

"Saja, learn something. How umi, keringkan je?"

"Ya la, lebih baik cabut semua kelopak dia dan jemur, umi boleh tolong kalau Iz nak buat" Iz tersenyum lalu memeluk bahu uminya.

"Betul umi boleh tolong?"

"Boleh, nak keringkan ros putih semalam ke?" Iz diam bila ditanya begitu, malu nak mengaku tapi tak lama kemudian dia mengangguk perlahan. Uminya menyentuh tangan Iz dan menarik Iz ke bilik Iz.

"Special ya bunga tu?"soal umi lagi.

"Biasa je umi, orang memberi kita menghargai" balasnya dan dia senyum lagi. Kali ini lagi lama dan dia ambil ros yang sudah hampir layu itu lalu diberikan kepada uminya.

"Menghargai krana menyayangi ya?" Soal uminya dan berlalu turun ke ruang tamu. Iz angkat kening dan memeluk bahu uminya.

"Mi, mana ada sayang, nama pun Iz tak sempat nak tanya tau."

"Nama tak sempat tanya?"

"Yup! Dia rushing sangat dan Iz pun busy, Iz rasa kami takkan jumpa lagi lepas ni. Jadi, ni je la kenangan Iz dengan pesakit Iz yang selamba habis ni" uminya berkerut macam terkejut dengar kisah Iz.

"Maknanya, dia main lamar Iz je la?" Soal uminya pelik dan Iz ketawa kecil.

"Ya, Iz rasa sebab dia terkejut kot" Iz senyum lagi dan uminya dah mengeluh sedih, fikirnya untuk dapat menantu akan tercapai, rupanya hanyalah cerita sahaja.

"Macam2 la sekarang ni, umi ingat ada la harapan nak dapat menantu" keluh uminya dan Iz senyum lagi. Dia melihat lincah tangan uminya membuat kerja.

Setelah itu dia menjemurnya di laman rumah dan minum petang bersama dengan uminya.

"Cantik ke budak tu?"

"Budak mana pulak?"

"Yang lamar kamu tu?" Iz tergelak sedikit lalu memejamkan matanya dan saat dia bersama dengan perempuan itu bermain di layar otak.

"Comel" balasnya sambil tersenyum dan Puan Sri Ku Indah memukul lengan terunanya itu.

"Carikan umi menantu ya?" Pinta uminya lembut dan penuh berharap.

"Mestilah, takkan nak cari hantu" seloroh Iz dan dia dicubit agak kuat. Merah kulitnya setelah dicubit agak kuat.

"Main2 je kan?"

"Ke nak Iz cari madu?" Soalan Iz buatkan darah Ku Indah mendidih,pantas Iz mengatur langkah melarikan diri daripada tempat itu. Bukan dia tak tahu kalau Ku Indah mengamuk boleh patah dua meja depan dia ni. Bukan main lagi Iz ketawa sambil melarikan diri.

"Ya Allah, kenapa marah2 ni?" Tegur Ku Ifrad sebaik join mereka.

"Teruna bertuah abang ni, saya minta menantu adanya nak beri madu?" Marah betul uminya kini tapi selamba badak Ku Ifrad ketawa dan tawanya bersatu dengan Iz.

"Dah ada calon ke Iz?" Soal ayahnya gatal dan serta merta lengan Ku Ifrad menjadi mangsa kali ini. Bertambah sakan la dua lelaki ini ketawa kerana berjaya menyakat.

"Kau ni tak paham bahasa ke? Aku cakap jangan call aku lagi. Bengong!" Aku campak fon sehingga bersepai atas lantai. Marah aku padanya tak boleh nak ditahan dan aku tak kan hilang rasa benci pada dia. Couple dengan aku dua tahun dengan niat nak pikat orang lain? Ingat aku ni apa? Pelakon tambahan? Kalau dalam drama kau aku ni pelakon tambahan dalam drama aku kau musuh semua orang! Dasar penjahat!

"Add, apesal ni?" Soal along berkerut bila tengok fon aku dah selamat berkecai atas lantai. Aku pandangnya sekilas dan niat serta tekad untuk berhenti menangis kerana lelaki tak boleh bendung lagi. Air mata aku mengalir dan along terus meluru memeluk aku. Dia sendiri tak pernah tengok aku lemah macam ni selama ni.

"Kenapa ni Add?"

"Dafi curang along. Add benci dia!" Aku terus menangis dalam pelukan along dan along turut sama terkejut dengan berita yang aku sampaikan.

Aku ceritakan semuanya pada along dan dia turut sama rasa bengang dengan aku.

"Lelaki! Semua sama je!" Emosi betul along aku ni. Aku pulak yang rasa pelik bila along lagi bersemangat nak marah berbanding aku. Aku diam dan dengar apa yang along duk membebel. Last skali ayat dia buat aku rasa nak gelak dan tahu kenapa along marah sangat.

"Ada tunang pun macam tak ada tunang! Buat sakit hati je!" Aku terus gelak lepas tu, gaduh dengan Abg Nazri rupanya patutlah emo semacam. Ceh!

"Siapa yang ada prob sekarang ni? Along ke Add?" Aku menyoalnya dan dia sengih sedikit. Sedar dah terover react kot.

"Sorry Add, Nazri ni saja je nak buat along marah, call tak angkat, mesej tak reply! Benci!" Ok, situasi dah terbalik bila aku pulak yang jadi tukang dengar luahan perasaan orang lain. Aku dengar je la nanti kesian pulak dekat along aku ni tak dapat nak luah perasaan.

"Erm, patut ke aku pergi jumpa doc tu?" Aku yang cantik berdiri depan hospital ni berfikir sejenak. Aku rasa perlu la,aku kena minta maaf sebab main terjah je lamar dia hari tu. Daripada aku berdiri macam model hospital baik aku masuk je, sambil aku berjalan masuk aku terfikir lagi sekali, bila masa pulak hospital pun ada model ni? Ugh! Mereng kau Add! Aku melangkah masuk dan aku ke kaunter utama, bila aku nak tanya mana doc tu aku garu kepala, aku sendiri tak tahu nama dia apa la wei!

"Tak apa, saya cari sendiri" aku tersengih dan berlalu ke ruangan lain. Mana aku nak cari dia ni? Untung aku ingat je hospital mana ni, aku atur kaki ke satu aras dan satu aras lain. Dah rasa macam main sembunyi2 pulak aku rasa sekarang ni. Aku berjalan lagi dan pening pada masa yang sama. Mana pergi la dia ni eh?

"Tahniah bro! Alhamdulilah, selamat budak tu" Hadif mengucapkan tahniah kepada Iz yang berjaya dalam pembedahan kali ini. Iz hanya mampu membalas dengan senyuman. Dalam rancak mereka berbual tanpa sedar seorang yang jalan mengundur terlanggar Iz lalu hampir terjatuh dan Iz menyambut orang yang terlanggarnya. Lalu mata mereka bertemu dan jantung masing2 mula bergerak tak senada lagi. Mulut perempuan itu ternganga kerana terkejut. Cepat2 Iz stabilkan diri perempuan itu dia menggaru kepalanya sedikit.

"Doktor...." sebut aku lembut dan senyum cuba aku ukirkan. Berdetak hebat jantung aku sekarang ni ha. Doc tu pun terkejut lagi tengok aku kat sini. Bukan hantulah doc aku luka sikit je hari tu bukannya sampai nak mati pun.

"Hai! Hadif" doc lelaki disebelahnya dengan senyuman manis memperkenalkan dirinya. Aku menundukkan sedikit wajah lalu membalas senyumannya.

"Adda"

"Ok la Adda, saya pergi dulu"

"Iz, aku pergi dulu!" Bahu orang yang bernama Iz ini ditepuk sebelum dia beredar. Aku senyum segaris dan menghantar doc yang bernama Hadif tu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience