Chapter 1 [end]

Fanfiction Completed 919

Dewan sambutan hari Kingka dan Queenka sekolah itu meriah sekali diraikan oleh semua pelajar .Ada pelajar yang turut gembira , ada pelajar iri hati kerana tidak meraih tittle itu dan ada juga yang fikir tentang kepelbagaian makanan yang dihidangkan di majlis itu saja .Para guru juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana pesta itu .

TAP!
Lampu sportlight putih itu dihalakan tepat pada seorang pelajar lelaki tak lagi tak bukan Choi Yeonjun , iaitu Kingka sekolah .

Para gadis sudah terjerit-jerit kelihatan teruja melihat Yeonjun yang berpakaian seperti ‘King’ .Baju ala-ala kerabat diraja yang disediakan khas oleh pihak sekolah itu akan diberikan pada sesiapa yang layak mendapatkan title Kingka dan Queenka itu .

“Macam kita Nampak dekat depan ni , Yeonjun telah meraih tittle Kingka selama 3 tahun berturut-turut , dan tahun ini adalah tahun terakhirnya sebagai gelaran Kingka .Siapa pula Kingka seterusnya nanti? .Siapa yang layak menggantikan tempat Yeonjun? Adakah saya? Jangan risau , saya terlalu kacak untuk mendapat tittle kingka itu kerana saya adalah~~”

“PUTERA KATAK!!”

“Yahh!!! Jenaka apakahhhh saya dipanggil katak pula!!!”

Semua orang bergelak ketawa memecahi suasana dewan dengan jenaka pengerusi majlis atau dikenali sebagai ketua Majlis Pelajar Grin Academy High School itu .

“Baiklah!! Saya taknak buang masa lagi .Mari kita lihat siapa Queen kita pada tahun ini? Adakah si Kingka sudah menjumpai pasangan sesuai buatnya atau tahun ini akan sama seperti tahun sebelum ini juga di mana Kingka masih tetap solo? Halakan!”
Tiba-tiba lampu sportlight putih itu beralih kearah ruang bertentangan di mana Yeonjun keluar sebagai Kingka dan kini mereka menunggu kedatangan si Queenka pula .

Tap. Tap. Tap
Bunyi tumit kasut selangkah demi selangkah menghampiri pintu Queenka .

“Eh? Seriously tahun ni ada Queenka? Siapa?”
“Seolma…takkan la Yeonjun dah jumpa pasangannya?”
“Huarghh!! Patutnya aku yang dapat tittle tuuu”

Ramai wanita tidak sabar menanti kemunculan si Queenka .

Tatkala langsir bahagian ruang Queenka diangkat oleh seorang wanita berpakaian seperti ‘Princess’ , semua orang tergamam melihat gadis itu .

“Takkan la…..yeoja ni…”
“OGM!!!”
“Macam mana yeoja ni boleh dapat tittle itu? Apa istimewa tentang dia?!!”

Yeonjun menguntum senyuman melihat gerangan itu .

//Flashback//
8 BULAN LALU

14 February merupakan hari valentine sedunia .Banyak negara meraikan hari itu dengan memberi coklat pada pasangan kekasih dan orang yang mereka cintai .

Macam-macam perkara terjadi pada tanggal 14 February itu .

Yeonjun mengeluh kecil sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah .14 February adalah tarikh yang paling dibencinya sekali .Dia tahu lokernya pasti penuh dengan pelbagai surat dan coklat.

“Yahh relax la .Kalau taknak surat dengan coklat tu kau boleh kasi aku” Soobin menepuk bahu Yeonjun .Soobin merupakan sahabat karib Yeonjun sejak azali lagi .Mereka kawan dari kecil , mendaftar di sekolah yang sama bahkan mereka juga berjiran sebelah rumah .

Hanya Soobin saja menjadi tempat luahan Yeonjun dan hanya Soobin saja tahu akan sikap sebenar Yeonjun .Berbeza sekali jika di rumah dan di sekolah .

“Ughh! Aku tak patut datang sekolah harini.Perlu ke aku patah balik?” Yeonjun sudah memaling belakangnya ingin melangkah keluar dari pagar sekolah .

“Ha kau jangan macam-macam ea sebelum aku cekik kau hidup-hidup .Jangan ponteng sekolah disebabkan hal remeh macam ni je .Kajja!” Soobin memaut bahu Yeonjun dan membawa Yeonjun jalan bersamanya .

Tiba di loker ….

“Kan aku cakap…” Yeonjun mengeluh kecil melihat lokernya .Kalau lah loker itu boleh bercakap , sudah dia memaki hamun pada siapa yang menyumbat pelbagai jenis benda dalam loker itu.

“Aarrgh!!! Yeonjun oppa dah datang!!” para wanita sudah menjerit dan berlari ke arah Yeonjun sambil membawa coklat di tangan masing-masing .

“Oppa!! Saya buatkan oppa coklat paling sedap sekali , terima la!!”
“Oppa terima coklat dari saya!!
“Oppa!!”
“Oppa saranghae!!!”

“Yah , aku pergi kelas dulu ea hehehe” bisik Soobin di telinga Yeonjun sebelum meloloskan diri.
“Yahhh yah Soobin!!” panggil Yeonjun namun Soobin langsung tidak hiraukan . “Aishh tunggu kau nanti” bisik hati Yeonjun .

“AARRGHH!! TEPI!!!” jerit sebulat suara dengan kuat sekali .

“AAARRRGGHHH!!” semua orang menjerit dan berpecah dari mengelilingi Yeonjun .
Yeonjun yang ternampak si gerangan yang dekat dengannya juga cuba mengelak dengan berhati-hati.

GEDEGANG!!
“Adedededeh….sakitnya….” gadis itu memegang kepalanya yang terhantuk kuat pada dinding.

“Yah…dia hidup lagi ke?”
“Dia tak apa-apa ke?”
“Siapa yeoja tu? Kenapa dia datang naik benda tu?”

“G-gwenchana…?” soal Yeonjun yang turut rasa bersalah kerana dia mengelak dari menyambut gadis itu hingga gadis itu hilang kawalan dan jatuh terduduk .

“AHAHAHAH saya tak apa-apa .Jangan risau , jangan risau” gadis itu ketawa besar sambil menggaru belakang kepalanya .

Tiba-tiba darah mengalir dari dari kepalanya turun ke dahi .

“Eo?!! Yah..kepala awak..” tergamam Yeonjun melihat darah itu .

“Ahahaha gwenchana-gwenchana .Saya dah biasa semua ni .Maaf ye buat awak semua panik” gadis itu bangun lalu menyeka darah di dahinya menggunakan belakang tapak tangannya .

“Tapi…” Yeonjun masih menunjuk raut wajah rasa bersalahnya .

“Omo! Saya dah terlambat nak daftar diri!!! Bye annyeong!!” gadis itu cepat-cepat lari sambil membawa skateboard di tangannya .

“Mian , gomawo yeoja .Kau dah Tarik perhatian dorang ni .Ni la masa aku nak loloskan diri” Yeonjun cepat-cepat lari dan menyelinap masuk ke kelasnya .

SKIP!!

30 minit kemudian , selesai saja pendaftaran Shin Ah dimasukkan di kelas 3-1 .Walaupun dia seorang yang cuai namun dia sangat bijak dalam pelajaran dan aktif dalam sukan .

"Annyeonghaseyo!! Lee Shin Ah imnida! Let's be friend!" Shin Ah menunduk 45c menyapa rakan kelasnya.

"WOo~~! pelajar yeoja laa~~" para lelaki sudah naik taring apabila ternampak wanita cantik di hadapannya .

"Bwoya...dia pelajar baru ke .Patut tak pernah nampak" bisik hati Yeonjun di tempatnya .

"Ok Shin boleh pilih mana-mana tempat" arah Jiyu seonsaengnim .
"Kamsahamnida seonsaengnim!"

GEDEBUKK!

Baru saja jalan beberapa langkah , Shin Ah jatuh tersembam apabila ada seorang pelajar wanita sengaja menahan kakinya .

"Ops! mian .Saya tak sengaja" wanita itu menutup mulutnya menahan tawa .

"Ahahahaha gwenchana2 saya dah biasa" Shin Ah ketawa besar bagai tiada apa berlaku .

"Yahh Hajin, kenapa kau sekat kaki dia?" soal Jimin yang duduk di sebelah Hajin .
"Saja , tiba-tiba rasa tak suka tengok cara dia" Hajin tersenyum sinis .

Shin Ah mengambil tempat duduk di sebelah Yeonjun dalam kelas .

"Bwoya....Yeonjun kan tak suka sesiapa duduk sebelah dia .Kenapa yeoja tu suka hati je duduk sebelah Yeonjun"
"Dasar tak tahu malu!"

"Annyeong! Shin Ah imnida! dah kenal tadi kan Choi Yeonjun ssi?!" Shin Ah membaca tag nama Yeonjun di bahagian kiri dada Yeonjun .

Yeonjun hanya terdiam sepi .Buntu untuk membalas apa .Ramai pelajar wanita di kelasnya sudah memandang panas ke arah Shin Ah membuatkan dia kurang selesa berada di sebelah gadis baru itu .

Baru saja Shin Ah mengeluarkan buku teks sains dan kotak penselnya ,tiba-tiba semua alat tulisnya terkeluar dari kotak pensel dan berteraburan di atas lantai .

"Oh? saya lupa tutup ke semalam ? ahahaha habis kotor kotak pensel baru saya penuh dengan dakwat pen" gumam Shin Ah sendirian .

Yeonjun hanya memerhati saja perbuatan Shin Ah di sebelahnya .

BAM!
Kepala Shin Ah terhantuk kuat pada mejanya semasa dia ingin bangun selesai saja mengutip kesemua alat tulisnya .

"Adededeh...ahahaha mian" Shin Ah bangun sambil menggosot kepalanya .Dia sibuk menutup zip kotak penselnya yang tiba-tiba tersekat .

"Y-yah...saya betul serius tanya ni...awak tak apa-apa ke?" Yeonjun mengangkat kening .Terkejut dengan kecuaian Shin Ah yang level keberapa punya .

"Hm? ok je .Kenapa? .Oh! saya memang macam ni dari kecil.Omma saya cakap saya ni cuai orangnya, sebab tu omma selalu risau.Tapi saya betul-betul ok .Omma tu haa overprotective betul" Shin Ah tersengih sambil menggaru kepalanya .

"Ma-majayo..betul la tu kata omma awak...siapa je tak risau awak macam tu.." Yeonjun membuang pandangan .

"Aishh jinjja yeoja ni!! baru masuk dah berani cakap dengan Yeonjun oppa!!"
"Dia sengaja je kan buat semua tu nak minta simpati Yeonjun oppa?!!"

Sekali lagi perbuatan Shin Ah menjadi habuan topik buat para gadis yang melihatnya .

Beberapa lama kemudian , Shin Ah tiba-tiba mengeluarkan coklat dari beg galasnya .

"Seolma!! takkan la dia kasi dekat aku!!" Yeonjun sudah risau memandang mata-mata gadis tak lekang memandang ke arahnya . "Jangan kasi! jangan kasi...kecoh nanti kalau kau kasi" bisik hati Yeonjun .

"Aumm" Shin Ah memasukkan kesemua coklat itu ke dalam mulutnya .

"ERKKKKKKKKKKKKK...JINJAAAYO?!!" semua orang terkejut memandang perbuatan Shin Ah .

"Uhukk!!!" Shin Ah mengetuk dadanya kerana tercekik coklat .

"Y-yahh! siapa ajar awak makan coklat macam tu!!" Yeonjun menepuk kuat belakang Shin Ah .

Plup!
Tiba-tiba terkeluar sebiji coklat bulat dari mulut Shin Ah jatuh bergolek atas lantai .

"Ahahaha mian .Saya lapar sangat tak makan dari semalam" Shin Ah ketawa besar lagi.

Yeonjun tiba-tiba menutup mulutnya dan membuang pandangan ke luar tingkap .

"Eh? Yeonjun ssi?!! gwenchanayo? awak nak muntah ke?" soal Shin Ah dengan cemas . "Ohh aniyo, bukan yang nak muntah .Saya yang nak muntah .Mian!" Shin Ah cepat-cepat keluar kelas.

Dalam diam Yeonjun menahan tawa namun ditahannya sebaik mungkin .

SKIP!!

"HAHAHAAHAH aduhhh sakit perut aku wehh" Yeonjun tersembur tawa yang ditahannya sepanjang kelas berjalan . "Pastu kan ...dia boleh pula terhantuk meja masa nak bangun lepas kutip pen dia .Kuat pulak tu ahahaha" Yeonjun tak habis ketawa lagi apabila teringat setiap perbuatan Shin Ah .

"Wah wah wah kau ...no 1 ea ketawakan orang" Soobin menggeleng kepala melihat kawannya yang tak henti ketawa dari tadi lagi pulang saja sekolah . "Eo? chakkaman....yah kau ok tak ni? dah lama aku tak tengok kau ketawa macam ni! kau ada salah makan ke? takkan disebabkan yeoja tu kau jadi tak betul macam ni? kau demam ke?!!" Soobin memegang dahi Yeonjun .

"Aishh aku ok jela!" Yeonjun menepis kuat tangan Soobin . "Haah la...kenapa aku geli hati sangat dengan dia sedangkan....dah lama aku tak ketawa macam ni ..." Yeonjun tiba-tiba berubah air muka dan mengeluh kecil .Teringat akan dia terpaksa hidup sendirian selepas ibu bapanya bercerai membuatkan tawanya sudah lama terkubur .

Soobin tiba-tiba menguntum senyuman melihat Yeonjun yang masih lagi ingat cara ketawa.Dia harap Yeonjun akan kekal seperti itu lagi .

SKIP!!

Sudah hampir 3 bulan Shin Ah menetap di sekolah itu .Setiap hari pasti ada perkara cuai yang dilakukannya .

"Class , kumpulan siapa berjaya buat experiment tu jangan lupa tulis nama dekat depan ni ye .Saya ada urgent meeting sekarang .Lepas siap semua kamu boleh bersurai .Jangan menipu ye siapa tak berjaya tu! yang tak berjaya kita sambung esok dengan pantauan saya" ujar Darin seonsaengnim selaku guru subjek sains .

"Naeee" balas semua orang .

"Aaa...Yeonjun ssi ,awak yakin ke nak pasangan dengan saya untuk experiment ni? kalau awak failed macam mana!!" Shin Ah memegang kepalanya .Wajahnya panik sekali .

"Jangan risau .Setakat sekarang awak buat semua dengan baik .Saya tak nampak tanda-tanda failed pun" balas Yeonjun tenang .

*Stare* geeeeeeeeeee
Para gadis sekali lagi memandang ke arah Shin Ah dan Yeonjun , satu-satunya kumpulan secara berpasangan dalam kelas kerana tidak cukup seorang ahli .Kumpulan lain semuanya mempunyai 3 orang ahli .

"Aku nak partner dengan Yeonjun jugk!"
"Aku pun!!"
"Aku juga!!"

"Jinjja? ahahaha bagus la kalau takda apa-apa masalah-"
Tap!
"O-oo..." Shin Ah tiba-tiba tertekan pada butang ON experiment nya sebelum memasukkan cecair terakhir .

"Shin Ah!"
GEDEBOOM!!

"Aaarrghh!!! mianhae!!! eotteohke eotteohke eotteohke!!! muka awak dah hitam!!!" Shin Ah sudah gelabah mencari kain untuk membersihkan kesan asap hitam yang melekat di wajah Yeonjun .

"Pffft hahahahaha" Yeonjun tiba-tiba ketawa melihat wajah Shin Ah jauh lebih teruk darinya . "Muka awak nampak mata je hahahahaha" Yeonjun siap menunjuk ke arah wajah Shin Ah yang kehitaman dan hanya ternampak sepasang mata Shin Ah saja berkelipan .

"Ehh? muka saya teruk sangat ke? aniyo!! muka awak penting lagi dan perlu dibersihkan! mian saya tak jumpa kain bersih .Awak boleh lap guna baju saya" Shin Ah mencuci wajah Yeonjun menggunakan lengan bajunya . "Mianhae mianhae mianhae!! saya tak sengaja!" gumam Shin Ah yang rasa bersalah .

Yeonjun hanya tersenyum memandang perbuatan Shin Ah .

"AAAARRGGGHH!!! yeonjun oppa senyum dekat yeoja tu!!!!"
"Aniyo! lagi mengejutkan....Yeonjun oppa ketawa!!!!"
"Jinjja?!!! itu yeonjun oppa ke?!!! bukan orang lain kan!!!"

Soobin yang kebetulan lalu di hadapan bilik Sains 1 , tersenyum melihat Yeonjun dan Shin Ah.

"Kalau dia dapat buat kau tersenyum dan ketawa semula , aku akan support kau dari belakang Yeonjun .Fighting!" ujar Soobin sendirian .

SKIP!!!
//Endflasback!!//

"Mempersilakan!! Lee Shin Ah!! our school Queenka!!" jerit si pengerusi majlis dengan meriah sekali .

Pow pow pow!!!
Bunyi tembakan sempena sambutan hari Kingka dan Queenka sekolah .

Beberapa hari lalu sebelum tibanya hari Kingka dan Queenka sekolah .

Shin Ah duduk sendirian sambil menyiram pokok di belakang sekolah .Memang hobinya menyiram pokok sekolah setiap hari sebelum pulang ke rumah .

"Hm hm hm~~ hmmm~~~" mulutnya terkumat kamit mengajuk rentakan lagu .

"Ehm! err...Shin ..." panggil Yeonjun perlahan yang berdiri di belakang Shin Ah .

"Omaa kapchagiya!!" terkejut dek terjahan Yeonjun tiba-tiba di belakangnya , habis basah kuyup baju Yeonjun dikerjakan Shin Ah . "Omo!!! yeonjun ssi!!! baju awak!!! tukar!!! basah!!! mianhae!!" Shin Ah sudah gelabah melihat Yeonjun sudah basah terkena percikan airnya .

"Lee Shin Ah ssi , gwenchanayo" Yeonjun memegang kedua belah bahu Shin Ah .
"Ta-tapi baju awak!!"
"Tak apa .Nak balik dah pun .Saya tak kisah .Err saya datang ni nak cakap sesuatu.." Yeonjun terdiam seketika mengumpul kekuatan sebelum meneruskan bicaranya .

"Em , ada apa-apa saya boleh bantu?" Shin Ah menjungkit kening .

"Err macam ni ...awak tahu kan setiap tahun sekolah ni akan ada sambutan hari Kingka dan Queenka pada bulan 10 ? bulan sekarang ni la"
"Em! tahu!" Shin Ah mengangguk laju .

"Macam ni...awak tahu juga kan saya Kingka sekolah tahun ni juga? "
Shin Ah balas dengan anggukan.
"Setiap tahun saya perlu pilih Queenka sekolah , iaitu pasangan saya dalam party nanti ...." Yeonjun menunduk wajah .Mati akal untuk meneruskan kata-katanya.

"Em! jangan risau!! tahun ni awak pasti jumpa punya!! saya akan sokong awak!!" Shin Ah menggenggam tangannya sambil mengangguk .

"Tak...saya...bukan itu...aishh susahnya nak cakap..." Yeonjun menepuk dahinya .

"Lee Shin Ah ssi " panggil Soobin tiba-tiba .

"Eh????????? kau tak balik lagi Bin?" soal Yeonjun yang terkejut dengan kehadiran Soobin tiba-tiba di belakangnya .

"Hahaha jarang kau suruh aku balik sendiri kalau kau takda kerja lain nak buat .Aku tahu kau datang sini ,so aku ikutkan diam-diam .Takpe ,aku cakapkan untuk kau .Kau mesti segan nak ajak dia kan? kau dah fikir masak-masak ke Jun?" Soobin menepuk bahu Yeonjun .

"Em...takpe kan? ni tahun terakhir kita ...at least tahun ni...aku nak ada pasangan sesuai.." Yeonjun membuang pandangan .
"Aigoo...kawan aku dah matang la hahaha " Soobin menarik pipi Yeonjun .
"Ishh!" Yeonjun menepis lagi tangan Soobin .

"EHH Wae wae? O_o pasangan apa??" soal Shin Ah yang masih kehairanan .

"Ni haa .Yeonjun nak ambil Shin sebagai pasangan dia di party Kingka dan Queenka sekolah nanti .Shin ok ke?" soal Soobin .

"Ohhh ok je .Takda masalah pun .Tapi saya nak kena buat apa je?" soal Shin Ah .

"Ehh.....seriously? S-shin dan fikir betul-betul ke ni?" Soobin pula terkejut dengan jawapan Shin Ah .
"Em , kenapa? .Sehari je kan party tu?"
"Ye sehari tapi...ambil jadi Queenka bermaksud..." Soobin menggosot kepalanya . Dia pula janggal .
"Bermaksud awak perlu jadi teman wanita saya sebenar .Awak setuju ke?" soal Yeonjun setelah mengumpul keberaniannya .

"Ahahaha awak tahu kan saya ni cuai orangnya .Aigoo silap-silap nanti awak banyak cedera jadi teman lelaki saya" Shin Ah ketawa lagi .

"Em , boleh .Saya dah biasa dengan awak .Awak orang pertama yang buat saya jumpa kembali cara senyum , ketawa ...dan...hari saya terasa ceria bila ada awak" Yeonjun menutup wajahnya dengan satu tangan .Terasa malu tiba-tiba .

"Ehehe aku ganggu ke ni .Korang borak lah dulu .Yeonjun , aku tunggu dekat pagar sekolah .Cauu dulu" Soobin berlalu pergi .

"Kalau macam tu, saya ok je .Tipu la saya tak suka awak , awak je boleh layan sikap saya ni .Awak je selalu tolong saya kalau saya terbuat apa-apa kesalahan .Cuma saya je rasa saya tak layak bersama awak sebab yela..saya ni gadis biasa je .Cuai pula tu .Omma dah lama pergi .Appa pula kerja , jarang sekali pulang ke rumah .Dah tiada siapa nak bantu saya kalau saya cuai lagi .Tapi di sekolah awak selalu bantu saya .Terima kasih ye Yeonjun ssi" Shin Ah tersenyum manis .

"E-eo...sssa-sama-sama" balas Yeonjun .Wajahnya sudah merah padam walhal Shin Ah pula hanya kelihatan tenang saja .Dia dapat baca dari wajah Shin Ah yang Shin Ah ikhlas sukakan dia juga .

************************

Yeonjun jalan perlahan ke arah Shin Ah dan memegang tangan Shin Ah .

"Aigoo...akhirnya Kingka jumpa juga ye Queenka tahun ni" ujar Park seonsaengnim sambil tersenyum .

"Omo!!"
TAp!

Semasa jalan , Shin Ah terpijak bajunya dan hampir jatuh .Nasib sempat disambut Yeonjun.

"Aigoo...macam mana la kalau takda saya" Yeonjun tersenyum memandang wajah Shin Ah.
"Mi-mianhae!!! fuhh!!! nasib tak rosak baju yang sekolah sediakan ni" Shin Ah menghembus nafas lega .

"Aigoo...awak fikir baju dulu sebelum nyawa awak? kalau awak tersembam jatuh pentas tu macam mana? .Pegang erat-erat tangan saya ...jangan harap saya akan lepas awak .Ntah apa jadi pula nanti kalau saya lepas awak" Yeonjun menggeleng kepala .
"Em!" Shin Ah mengangguk laju sambil memeluk lengan Yeonjun .

Para gadis meraung nangis melihat pasangan yang dipilih Yeojun dan para jejaka pula iri hati dengan Yeonjun kerana memenangi hati Shin Ah .

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience