Get the app for full experience
Kepala ku asik teringat kata-kata sepupu suamiku Ikwan. Aku memadang pada kad nama yang di berikan Ikwan padaku. Aku masukan ke dalam poket baju kurung ku. Baju kurungku memang wajib ada poket kerana aku tidak suka membawa beg tangan. Jadi dompet dan telefon bimbit memang aku akan letak di dalam poket baju kurung bila pergi kenduri atau ke tempat yang memerlukan aku memakai baju kurung. Sebab itu aku lebih selesa pakai seluar panjang yang banyak poket. Senang nak letak harta karun aku tu. Selepas semua saudara-mara sebelah mak mentuaku telah pulang ke rumah masing-masing. Barulah aku berkumpul bersama Wan, Mak ...