Rate

BAB 1

Romance Series 8915

Aku menyiram air di kubur itu. sesungguhnya, aku tak nak kehilangan dia, tetapi ajal, maut, jodoh dan rezeki di tangan tuhan. kita hanya mampu merancang.

Suasana kubur sudah sunyi. hanya aku, rakanku dan rakan suamiku sahaja yang tinggal. keluargaku sudah pulang dan orang orang yang menguruskan jenazah suamiku juga sudah pulang ke rumah masing masing.

"Abang, kenapa abang tinggal kan Asha? Asha tak boleh hidup tanpa abang. kenapa abang kenapa." kataku sambil mengelap air mata yang sudah membasahi pipiku.

" Rasha, jom balik eh?" pujuk Adlina. aku berdegil.

"Aku nk temankan suami aku, kalau korang nk balik, korang balik. aku tak nk." kataku dengan tegas sambil air mata laju membasahi pipi.

"Ya Allah Rasha, suami kau dah meninggal. janganlah macam ni. kau kena jaga kesihatan kau." marah Iqa kawanku.

Aku baru tersedar, tangisku semakin menjadi jadi.

"Dah jom balik eh." pujuk Adlina sekali lagi. aku menganggukkan kepala.

sebelum pulang, aku sempat berkata "Asha sayang abang. abang tunggu sayang kat syurga nanti ye. Asha sayang abang tau." kataku sambil mengelap air mataku yang sudah laju membasahi pipi.

***
1 tahun berlalu,

"terima kasih Naqib, sebab kau jaga anak aku ni. kau dah banyak sangat tolong aku. aku terharu sangat.

"tak de apalah. aku ok je jaga budak comel ni." Naqib mencubit pipi Rizal yang tertidur.

"oklah kalau macam tu. terima kasih sangat. aku tak tahu macam mana nk balas jasa kau ni."

"ye, sama sama. lagipun aku dah anggap Rizal macam anak aku. siapa yang tak suka jaga budak yang comel ni." kata Naqib sambil mencubit sekali lagi pipi anak aku. Rizal merengek.

"ha, kau lah ni." maahku pada Naqib. Naqib tersengih.

"dah aku balik dulu yer." kataku untuk meminta diri untuk pulang ke rumah keluargaku. aku sekarang sudah tinggal di rumah keluargaku, aku tidak kuat hendak duduk rumah aku. banyak kenangan aku dengan suamiku disana.

Naqib hanya mengangguk. aku terus pecut meninggalkan kawasan perumahan rumah banglo berkembar 2 tingkat itu.

setelah 1 jam memandu, aku sampai juga di rumah keluargaku. tidak lah jauh sangat rumah keluargaku dengan rumah Naqib. yang lama ni tersekat di jem. ade kemalangan.

aku terus masuk ke dalam rumah. aku meletakkan Rizal di biliknya. setelah itu, aku terus ke bilik ku untuk mandi dan solat.

selesai sahaja solat aku membaringkan badan ku ke katil empuk ku. aku mengambil frame gambar aku dengan Reeza berpelukan. air mata ku sudah mengalir. aku tidak sedar, aku terus tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience