Kau cuma perempuan simpanan aku. Jangan nak lebih-lebih! You're nothing. Kau tu lebih rendah darjat daripada pelacur!
Syara menjerit dalam kamarnya. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Hanya kerana sebuah kejadian, dia terhutang budi kepada Tengku Ameer Khairil. Beberapa bulan yang lalu, Syara terpaksa menjadi mangsa untuk melunaskan hutang ayah tirinya kepada Ameer. Pada waktu itu, orang suruhan Ameer membawa Syara pergi secara terpaksa semasa Syara sedang bekerja. Dia bekerja di sebuah restoran sebagai pelayan. Syara sudah seperti orang diculik. Dia dibawa ke sebuah kelab malam lalu orang suruhan Ameer mengiringinya masuk ke dalam sebuah bilik.
"Wah, masih fresh ni." Syara melihat seorang lelaki memakai suit yang duduk sambil menyilangkan kakinya di hadapanku.
"Encik nak apa dari saya?" Syara tak suka dipaksa-paksa.
"Ayah kau dah jual kau kepada aku untuk melunaskan hutang dia. So, mulai hari ni, kau berkhidmat untuk aku. Aku akan datang bila aku perlukan kau." Ameer senyum sinis.
What?! Dengar tak apa dia cakap? Dia ingat Syara tu perempuan seperti apa? Perempuan murahan? Pelacur? Bila dia nak, dia datang. Bila tak nak, dia pergi. Itu haram!!! Syara menjerit dalam hatinya.
"Dia cuma ayah tiri saya dan saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan hutangnya yang dia guna untuk berjudi." Syara mahu beredar tetapi Ameer dengan cepat bangun lalu menarik tangannya.
"Aku takkan lepaskan kau semudah tu. Kau mesti lunaskan hutang ayah kau dengan menjadi perempuan simpanan aku! Aku tak terima kata tidak." Ameer meraih pinggang Isyara lalu dengan selambanya mengucup bibir Isyara.
"Biadab!!" Syara menampar pipi Ameer tanpa Ameer sempat mengelak.
"How dare you, ha?!!" Ameer menampar dan memukul Syara berkali-kali lalu mengheret Isyara ke keretanya.
Ameer membawa Syara ke kondominiumnya. Setibanya di sana, Ameer terus menyuruh Syara membersihkan diri. Dia menyetubuhi Syara dengan kasar sekali. Dia melempiaskan nafsunya ke atas Syara. Syara hanya mampu menangis. Badannya terasa sakit-sakit. Syara beredar ke kamar mandi. Dia menangis sambil berendam dalam tab mandi. Kesucian dirinya diragut tanpa dia rela. Hutang ayah tirinya menyebabkan dirinya menjadi mangsa. Dia menjadi mangsa nafsu rakus seorang Tengku Ameer Khairil. Mereka berzina! Mereka tiada hubungan yang sah dan halal. Isyara menangis sepuas-puasnya. Apa yang dijaga selama ini, yang hanya untuk suaminya kelak telah dirampas oleh Ameer.
Keesokan paginya, Ameer naik angin. Apabila dia bangun tadi, Syara tiada di sisinya. Dia terus bangun dan mencari Syara. Dia melihat Syara tidur mengerekot di atas karpet.
"Hoi, bangun!!" Ameer menyepak kaki Syara dengan kasar.
"Ada apa?" Syara menggosok-gosok matanya.
Tadi, Syara tidur semula selepas solat Subuh. Badannya terasa amat sakit dan dia berasa susah untuk berjalan.
"Sediakan pakaian dan sarapan aku!" Ameer beredar ke kamar mandi.
Syara terus beredar ke dapur. Dia baru dapat melihat keadaan kondominium Ameer kerana semalam keadaan samar-samar cahayanya semasa dia masuk. Syara menyediakan nasi goreng dan minuman coklat panas. Selepas siap menghidangkan nasi goreng dan minuman coklat panas untuk Ameer di meja makan, Syara mengemas kondominium itu. Walaupun badannya terasa sakit-sakit tetapi dia menggagahkan diri. Dia tidak biasa duduk goyang kaki tanpa melakukan apa-apa.
"Kau jangan nak cuba lari dari sini. Kalau aku dapat tahu kau cuba lari dari sini, lebih teruk kau aku kerjakan." Ameer mengingatkan Syara sebelum dia berangkat kerja.
Syara hanya mampu tersenyum kelat. Sungguh dia tidak rela. Dia mengimpikan sebuah pernikahan seperti wanita-wanita di luar sana. Namun, dia? Dia hanya menjadi perempuan simpanan Ameer. Pergerakannya kini terbatas dalam kondominium Ameer saja. Dia terfikir juga untuk melarikan diri tapi dua orang suruhan Ameer sentiasa berjaga di hadapan pintu. Syara berasa sangat berdosa. Setiap kali berdoa, Syara meminta ampun kepada Allah atas dosa-dosanya sebelum, kini dan selepas ini.
Pada malam itu, Syara menyediakan makan malam untuk Ameer. Selama dia sudah tinggal di kondominium Ameer, dia mengurus kondominium itu dan makan minum serta pakaian Ameer. Ameer mendatanginya apabila mahu dan pergi apabila sudah jemu. Kehidupan Syara benar-benar seperti seorang pelacur. Ameer akan mengasarinya jika dia menolak. Badannya sudah terbiasa dengan sepak terajang dari Ameer. Kata hinaan dan maki-hamun dari Ameer sudah biasa baginya. Ameer menderanya dari segi fizikal dan mental. Betapa sakitnya hati Syara apabila dimaki-maki oleh Ameer tapi dia menyabarkan hatinya. Syara menunggu Ameer di ruang tamu. Sudah pukul 1 pagi tetapi Ameer masih belum balik. Ameer memang selalu pulang lewat. Walaupun lewat, dia tetap pulang. Pernah sekali, Syara tidur dulu kerana Ameer masih belum pulang walaupun sudah pukul 2 pagi. Syara menerima sepak terajang Ameer. Ameer menyuruh Syara menunggunya balik tidak kira seberapa lewat dia balik.
Pada pukul 3 pagi, Syara yang tertidur di atas sofa ruang tamu dikejutkan dengan ketukan pintu. Dia segera bangun.
"Kau kenapa lewat sangat buka pintu?" Ameer berjalan terhuyung-hayang.
"Maaf." Syara memapah Ameer.
Syara membawa Ameer ke kamar. Ameer terus menghempaskan badannya ke katil. Syara mencium bau yang meloyakan tekak dari badan Ameer. Ameer mabuk, dia pasti itu. Syara mengelap badan Ameer dan mengganti pakaian Ameer. Itu bukan kali pertama Ameer begitu. Boleh dikatakan Ameer memang kaki clubbing. Kadang-kadang, Ameer pulang membawa perempuan. Syara hanya mampu bersabar. Siapalah dirinya untuk menasihati Ameer. Dia hanya perempuan simpanan Ameer dan kata Ameer, darjatnya lebih rendah daripada seorang pelacur. Dia ibarat hamba bagi Ameer. Semasa Syara memakaikan sehelai T-shirt tanpa kolar ke badan Ameer, tiba-tiba Ameer memeluknya.
"I want you." Ameer mencium mulut Syara.
Syara terpaksa akur. Jika dia menolak, Ameer pasti memukulnya.
Tiga bulan berlalu...
Syara masih menjadi perempuan simpanan atau lebih tepat lagi hamba nafsu Ameer. Syara berhasrat untuk bekerja lagi. Dia bosan berada di kondominium sahaja. Bukannya ada teman berbual. Dia cuma mengemas kondo. Lepas tu, tak buat apa-apa lagi. Syara berusia 19 tahun. Dia tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kerana kesempitan wang. Dia tinggal bersama ayah tirinya yang kaki judi dan kaki mabuk dan kakak tirinya semenjak ibunya meninggal. Kebetulan Ameer pulang awal pada malam itu. Selepas makan malam, Syara menyatakan hasratnya untuk bekerja lagi kepada Ameer.
"Awak, saya nak kerja, boleh? Saya bosan kat sini."
"Kau nak kerja? A big no!" Ameer tidak setuju.
"Okey." Syara mengangguk.
Jika Ameer kata tidak, maka tidaklah. Syara bahkan tidak dibenarkan keluar walau hanya untuk membeli barang dapur. Ameer menyuruh Pak Mail, pemandunya untuk menghantar barang dapur setiap bulan. Ameer mengawal Syara dengan sangat ketat. Syara berasa sangat bosan. Pada petang itu, Syara berasa pening kepala. Dia tidak makan sejak pagi tadi. Mungkin dia tertekan tinggal di sana. Mana taknya. Keluar dari kondo, tak boleh. Kerja, tak boleh.
Semasa Ameer masuk ke kamar, dia terdengar bunyi orang muntah di tandas. Dia segera ke sana. Syara memuntahkan segala isi perutnya. Dia cuma minum segelas jus oren sejak pagi tadi.
"Kau kenapa?" Ameer bertanya sambil berdiri di hadapan pintu kamar mandi.
"Pening dan rasa mual." Syara mengelap mulutnya.
"Are you pregnant? Kau belum period kan bulan ni? Sekarang ikut aku! Kita pergi klinik!" Ameer menarik tangan Syara.
"Saya tak mengandunglah. Cuma pening biasa." Syara mencuba untuk melepaskan tangannya dari pegangan Ameer tetapi pegangan Ameer terlalu kuat.
Selepas diperiksa oleh doktor, Syara dikatakan hanya terlalu tertekan sehingga menyebabkan dia begitu. Kemudian, mereka beredar. Syara mengambil peluang untuk melarikan diri. Orang-orang suruhan Ameer terus mengejarnya dan mereka berjaya menangkapnya. Setibanya di kondo, Ameer membelasah Syara dengan teruk. Wajah Syara lebam-lebam dan bibirnya pecah. Walaupun sakit, Syara tidak menangis. Dia sudah terbiasa dengan amukan Ameer. Dia membiarkan saja Ameer membelasahnya. Ameer berhenti setelah dia puas.
"Sekali lagi kau cuba larikan diri, mampus kau!" Ameer sangat marah.
Entah mengapa, Ameer membenci Syara tetapi dia seakan tidak rela jika Syara pergi. Dia melempiaskan segala kemarahannya pada Syara. Hatinya sakit apabila Syara mahu melarikan diri darinya. Adakah dia mencintai Syara? Jika ya, kenapa dia sanggup menyakiti Syara? Jujur, hatinya sakit melihat Syara sakit tapi dia tetap membelasah Syara. Dia tidak mahu kehilangan Syara. Syara tidur mengerekot di atas karpet kamar. Ameer memerhatikan Syara. Dia melihat lebam di wajah Syara dan bibir Syara agak bengkak. Ameer berasa hairan. Syara tidak menangis walaupun dia dibelasah dengan teruk oleh Ameer.
Semenjak kejadian Ameer membelasah Syara dengan teruk, Syara menjadi pendiam. Syara tidak banyak bicara. Ameer juga berasa kekok apabila 'bersama' Syara. Syara merelakan saja semua perlakuan Ameer terhadapnya. Dia sudah seperti orang tiada perasaan. Syara tidak sanggup lagi menjadi hamba nafsu Ameer. Dia tidak sanggup lagi menjalani sebuah hubungan tanpa ikatan. Cukuplah dosa-dosanya selama ini.
"Saya dah tak sanggup macam ni lagi. Awak nikahi saya atau lepaskan saya." Syara berkata kepada Ameer yang sedang berehat di ruang tamu.
"Kenapa? Kau dah mengandung? Kan aku dah suruh kau makan pil pencegah kehamilan yang aku beli?!!" Ameer menengking Syara.
"Saya takkan pernah makan pil tu. Nikahi saya atau biarkan saya pergi!" Suara Syara sudah naik satu oktaf.
"Jadi kau mengandung?!! Aku nak kau gugurkan!!!" Ameer mencengkam lengan Syara.
"Jadi awak memilih untuk melepaskan saya. Saya akan pergi." Syara beredar ke kamar.
"Okey, kita kahwin!!" Ameer memutuskan.
Ameer dan Syara menikah di masjid saja. Syara lega. Walaupun bukan atas cinta tapi sekurang-kurangnya mereka terhindar dari dosa berzina. Perangai Ameer semakin liar. Dia semakin sering mabuk dan membawa perempuan pulang ke rumah. Dia juga semakin kerap memukul Syara dengan kasar. Syara khuatir jika anak dalam kandungannya tidak dapat bertahan. Dia hamil tiga bulan. Maksudnya, dia sudah hamil dua bulan sebelum mereka menikah. Dia takut untuk memberitahu Ameer. Dia takut jika Ameer tidak dapat menerima kehadiran zuriat mereka.
Keluarga Ameer sudah tahu mengenai pernikahannya dengan Syara. Mereka juga tahu selama ini Syara menjadi perempuan simpanan Ameer. Mereka sudah berulang kali meminta Ameer menikahi Syara tapi sayangnya Ameer tetap berdegil tidak mahu. Mereka bersyukur apabila akhirnya Ameer mahu menikahi Syara. Ayah dan ibu Ameer, Tengku Hisyam dan Tengku Liana risau jika hubungan sulit Ameer dengan Syara diketahui dan kelak Syara mengandung. Itu akan mencemarkan nama baik keluarga mereka. Mereka dapat menerima Syara dengan baik. Mereka tidak tahu masalah Ameer dengan Syara.
Suatu malam, Ameer mengajak Syara menghadiri majlis makan malam bersama para pekerjanya. Dia telah membeli sehelai gaun labuh untuk Syara. Ameer sekarang rajin mengajak Syara ke majlis-majlis besar. Dia sangat mementingkan penampilan Syara semasa menghadiri majlis-majlis itu. Semaaa Syara memakai gaun itu dia menghadapi kesulitan. Dia tidak dapat menarik zip belakang gaun itu.
"Awak, tolong saya tarik zip belakang ni." Syara meminta bantuan Ameer.
Ameer menarik zip belakang gaun Syara.
"Pusing sini." Ameer meraih pinggang Syara.
Ameer merasa ada sesuatu yang kena pada badan isterinya. Dia melihat perut isterinya agak bulat. Syara gemuk ke? Tak mungkin sebab dia tak kuat makan. Tapi kebelakangan ni selera makan Syara agak besar sampai Ameer harus menegur kuantiti makanannya.
"Kau semakin gemuk ke? Kan aku dah cakap jangan makan banyak? Kau harus kelihatan sempurna dan cantik di sebelah aku! Tengok perut kau ni, dah buncit!" Ameer memarahi Syara.
"Bukan saya nak, baby yang nak." Syara berkata perlahan, cukup dia sendiri dengar.
"Lepas ni, diet. Banyakkan bersenam. Aku tak nak kau macam ni. Buat malu aku je." Ameer membetulkan gaun Syara.
Fuhh, nasib baik dia tak syak aku mengandung. Syara lega. Syara membetulkan tali leher Ameer yang agak senget. Ameer agak berubah kebelakangan ini. Dia tidak kasar dengan Syara lagi. Ameer banyak berubah. Dia tidak pulang larut malam, mabuk dan membawa perempuan lagi. Syara juga agak hairan dengan perubahan Ameer.
Ameer sendiri berasa aneh dengan perubahan dirinya. Dia selalu menolak apabila teman-teman mengajaknya clubbing. Dia juga tidak mahu menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan yang biasa clubbing dengannya dulu dan tidak mahu minum arak lagi. Dia sekarang lebih giat mendekatkan diri dengan Allah. Hatinya terbuka untuk berbuat begitu. Dia juga tidak mahu menyakiti Syara lagi. Dia sedar dia telah jatuh cinta pada Syara.
Selera makan Syara semakin besar. Dia menjadi lebih sensitif. Dia juga semakin manja dengan Ameer. Semasa mereka bersarapan, Ameer melihat Syara menambah nasi goreng sampai dua kali.
"Ingat apa aku cakap dulu? Aku nak kau diet! Nanti kau gemuk! Buat malu aku je. Apa orang cakap? Tengku Ameer Khairil berkahwin dengan seorang perempuan gemuk?" Ameer menarik pinggan Syara.
"Ala, saya nak makan lagi. Takkan gemuk pun." Syara mencebikkan bibirnya, tak puas hati dengan Ameer.
"Dah cukup. Tengok perut kau tu semakin buncit." Ameer memandang perut Syara.
Mana tak semakin buncit. Kan usia kandungannya bertambah, jadi, semakin besarlah. Air mata Syara mulai mengalir. Dah cakap dah, dia semakin sensitif semenjak mengandung ni. Ameer pun kasihan tengok Syara nangis.
"Nah." Ameer meletakkan pinggan Syara di hadapan Syara semula.
Syara meninggalkan ruang makan. Ameer apa lagi? Hairanlah. Syara dah pandai merajuk dengannya. Ameer mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk. Dia cuti kerana hari itu hari Sabtu. Ameer masuk ke kamar. Syara duduk di atas katil, masih dengan sisa tangisannya.
"Kau ni semakin hari semakin cengeng tau tak? Aku cuma tak nak kau gemuk. Kalau kau gemuk, aku malu. Mana nak letak muka kalau kau ikut aku pergi majlis-majlis besar?" Ameer memegang kedua belah tangan Syara.
"Jadi cuma sebab tak nak malu? Awak tak kasihan kat saya ke?" Syara nangis lagi.
"Tak payah nak cengeng sangatlah." Ameer mengusap belakang Syara.
Pada pagi Ahad itu, Ameer dan Syara pergi ke rumah Tengku Hisyam. Tengku Liana sangat gembira menyambut kedatangan anak dan menantunya. Ameer ialah anak tunggal mereka. Tengku Liana senyum gembira apabila dia melihat Syara. Dia dapat melihat dari perubahan bentuk badan menantunya itu bahawa menantunya itu hamil.
"Sya, dah berapa bulan?" Tengku Liana mengusap perut Syara.
Syara agak terkejut, ibu mertuanya tahu dia hamil. Orang tua lebih dulu makan garam mestilah tahu kan? Ameer memandang Syara. Dia tak tahu pun Syara mengandung.
"Lima ma." Syara teragak-agak untuk menjawab kerana melihat wajah bengis Ameer.
Tengku Hisyam dan Tengku Liana gembira dengan berita kehamilan Syara kecuali Ameer. Ameer berasa marah kerana dia tidak diberitahu oleh Syara tentang itu. Sebaik sahaja sampai ke kondo, Ameer terus memarahi Syara. Dia tidak memarahi Syara dalam kereta tadi kerana tidak mahu pemandunya dengar. Tak pasal-pasal ayah dan ibunya tahu mereka ada masalah.
"Kau sengaja nak buat aku malu depan mama dan papa kan? Kenapa kau tak beritahu aku, hah?!! Kau dah buat aku malu depan papa dan mama aku!!" Ameer menengking Syara.
Syara diam. Dia memang salah tapi adakah Ameer akan menerima anak dalam kandungannya jika Ameer tahu?
"Jawab! Aku geram sangat dengan kau ni tau tak?!! Darjat kau memang lebih rendah daripada seorang pelacur!" Ameer memaki Syara.
"Enough!!! Stop it! Kalau darjat saya lebih rendah daripada pelacur, awak juga sama. Kenapa awak nakkan seorang perempuan yang darjatnya lebih rendah daripada pelacur? Kenapa awak tak suruh pelacur je yang layan awak? Kenapa awak tak nak lepaskan saya?! Kalau soal hutang ayah tiri saya, kenapa sampai awak jadikan saya, seorang perempuan yang darjatnya lebih rendah daripada pelacur jadi perempuan simpanan awak? Kalau saya beritahu awak tentang kehamilan ni, awak terima anak ni? Awak nak anggap dia anak? Awak hipokrit!!" Syara melawan.
Syara tidak mahu harga dirinya diinjak-injak dan maruahnya sebagai wanita direndah-rendahkan. Andai jodoh mereka tidak panjang, dia rela mengakhirinya. Cukuplah dia terseksa selama ini. Dia tidak sanggup lagi menahan semua itu. Ameer sudah keterlaluan.
"Kau tak pernah beritahu aku! Kau ingat aku kejam sangat ke sampai tak nak mengaku anak dalam kandungan kau tu anak aku? I'm not that cruel, Syara Iryana! Sekarang, aku rasa malu dan bodoh sangat depan mama dan papa! Sebab kau!! Susah sangat ke nak beritahu? Dah lima bulan baru aku tahu." Ameer menguak rambutnya ke belakang dengan kasar.
"Awak lupa? Awak sangka saya hamil hari tu dan awak suruh saya makan pil pencegah kehamilan. Awak sudi ke ada anak dengan seorang perempuan yang darjatnya lebih rendah daripada pelacur? Tak malu? Tak rasa hina?" Syara senyum sinis.
"I'm sorry. Aku tahu aku salah. Kita mulai semua ni dari awal lagi ya?" Ameer memegang tangan Syara.
Syara merentap tangannya lalu beredar ke kamar. Dia membersihkan diri. Selepas memakai baju crop top berlengan panjang yang agak besar dan memakai seluar labuh paras lutut, Syara duduk di atas katil. Tiada yang harus disembunyikan dari Ameer lagi. Pinggangnya terasa sakit. Selama ini, Syara memakai baju yang agak lebar untuk menyembunyikan perutnya yang sudah jelas kelihatan. Sekarang, tiada yang harus disembunyikan lagi. Perut Syara jelas kelihatab kerana seluar yang dia pakai pinggangnya separas bawah dada.
"Sya." Ameer duduk di sebelah Syara sambil mengusap perut isterinya itu.
Syara berbaring lalu menarik selimut separas dada. Dia malas mahu berbicara kepada Ameer. Hatinya masih sakit.
Semenjak itu, Ameer sentiasa mengambil berat tentang Syara. Dia melayan Syara layaknya seorang isteri. Dia mencintai Syara dan bakal anak mereka. Syara anugerah terindah baginya. Syara telah membuat dirinya berubah. Ameer ingin menebus segala kesalahannya.
Pada petang itu, Syara duduk di balkoni. Dahulu, Ameer menghalang Syara keluar ke balkoni. Apalagi untuk keluar kondo. Sekarang, Ameer membenarkan Syara pergi ke mana saja tapi mesti di bawah pengawasan orang-orang suruhan Ameer. Syara bersyukur Ameer sudah banyak berubah. Dia mencintai Ameer. Lama dah. Dia takut dia hanya bertepuk sebelah tangan.
"Sya." Ameer memeluk Syara dari belakang.
Syara beredar masuk. Ameer menarik tangannya lalu memeluknya lagi.
"I'm sorry untuk semua yang saya dah lakukan." Ameer mencium ubun-ubun Syara.
Syara hanya separas bahu Ameer. Kalau Ameer memeluknya, memang dia dekat dengan ketiak Ameer. Hehe..
"I love you, Syara Iryana." Ameer mencium dahi Syara.
Syara beredar ke kamar. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Syara tersenyum sendiri. Semenjak Ameer tahu Syara hamil, dia telah mengupah seorang bibik untuk mengemas rumah dan memasak untuk mereka. Syara pula semakin malas memasak. Tambahan pula Ameer tidak membenarkannya. Syara juga semakin kuat makan. Ameer sudah berulang kali menasihatinya agar tidak makan terlalu banyak. Berat badan Syara meningkat mendadak semenjak hamil. Itu membuat Ameer risau dan runsing. Mampu ke Syara menurunkan berat badannya selepas bersalin nanti? Ameer masih sayang kat Syara tak, kalau Syara gemuk? Alasan Syara setiap kali Ameer menegurnya? Baby yang nak.
Pada pagi Sabtu itu, Ameer mengajak Syara berbelanja di shopping mall. Dia melihat kebanyakan pakaian Syara sudah tidak muat. Mana tak sendat kalau saiz badan Syara asyik bertambah. Syara memilih baju yang kebanyakannya hanging atau crop top. Dia selesa memakai pakaian begitu. Dia juga memilih beberapa helai seluar labuh.
"Sya, pilihlah pakaian yang elok sikit. Macam ni." Ameer menunjukkan beberapa gaun ibu mengandung.
"Tak nak. Tak suka pakai dress. Nak yang ni jugak." Syara menunjukkan pakaian yang dah dia pilih.
"Yalah." Ameer mengalah.
Selepas membuat pembayaran di kaunter butik itu, Ameer mengajak Syara makan. Semasa mereka keluar dari butik itu, seorang wanita terlanggar Syara sehingga Syara hampir terjatuh. Ameer melepaskan beg-beg kertas di tangannya lalu menyambut badan Syara daripada terjatuh. Wanita itu memandang mereka.
"Ril? Sayang, you buat apa kat sini?" Maya, bekas kekasih Ameer menyapanya.
"Maya?" Ameer menjinjing beg-beg kertas berisi pakaian Syara semula selepas Syara berdiri dengan stabil.
"Ni siapa? Kakak you ke? Setahu I, you tak ada adik-beradik lain." Maya memandang Syara.
"I'm Syara Iryana. His wife. We have to go. Bye." Syara menarik lengan Ameer dan mereka berlalu pergi dari situ.
Ameer baru dapat tahu beberapa minggu lalu bahawa Syara pandai berbahasa Inggeris. SPM dapat straight A's tu. Ameer kagum. Sayangnya Syara tidak melanjutkan pengajian kerana masalah kewangan. Syara dah tiada hati mahu melanjutkan pengajiannya.
Pada malam itu, Syara meminta Ameer membeli mangga muda untuknya.
"Meer, saya nak mangga muda. Boleh tolong belikan?" Syara mengerdipkan matanya berulang kali.
"Saya dah belikan tadi untuk persediaan kalau awak minta. Nanti saya tolong kupaskan." Ameer beredar ke dapur.
"Thanks." Syara makan mangga muda dengan berselera sekali.
Usia kandungan Syara sudah mencecah bulan kesembilan. Ameer semakin kerap berada di rumah. Urusan di luar daerah dan luar negeri diuruskan oleh orang kepercayaannya, John. Ameer mahu berada bersama Syara semasa saat-saat Syara melahirkan anak mereka. Syara telah membalas kata cinta Ameer. Ameer berharap hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke anak cucu dan akhir hayat mereka.
Share this novel