BAB 4

Romance Completed 8450

Tak susah untuk Sofia faham akan maksud kata-kata itu. Dengan sepenuh kudrat yang ada dia cuba melepaskan diri namun keupayaannya nyata terbatas. Mendengarkan itu, Saiful cuba bergelut dengan lelaki yang berbaju putih. Dia mesti menyelamatkan maruah Sofia walau dengan apa cara sekalipun meski nyawanya terkorban.

Di satu sudut, seorang gadis suci berusaha dengan seluruh kekuatan yang tersisa untuk mempertahankan mahkotanya sementara di sudut lain seorang pemuda jatuh tersungkur namun diri digagahkan untuk berjuang dengan tekad melindungi maruah seorang gadis dari diragut.

SAIFUL mengerling Sofia di seat belakang. Jalan kian lengang kerana jam sudah pun menginjak ke pukul 12.06 minit malam.

“Sofia… awak janganlah macam ni. Kita pergi buat report ya. Lepas tu saya bawa awak jumpa doktor.” Saiful memujuk lembut. Tidak tahu bagaimana lagi untuk dia mendamaikan hati Sofia yang ternyata dalam keadaan yang sangat tertekan.

Sofia masih teresak-esak. Tidak mampu dia untuk bersuara walau sepatah. Dia tidak tahu bagaimana untuk dia meneruskan hidup selepas ini. Adakah lagi lelaki yang sudi mengambilnya sebagai isteri setelah mengetahui yang dirinya sudah tidak suci lagi? Bagaimana kalau dia hamil? Allah… air matanya semakin laju menitis.

Esakan kecil yang mendayu-dayu semakin meruntun qalbu Saiful. Terasa seperti disiat-siat. Dia gagal. Dia tak mampu mempertahankan Sofia. Semasa bergelut dengan penjahat tadi dia terjatuh lalu pengsan dan apabila tersedar, segalanya telah musnah. Dia tekad walau apa pun yang terjadi, penjahat tadi harus dijejaki dan diberikan hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka.

Saiful memejamkan mata sejenak. Ada air hangat yang mengalir perlahan di tubir matanya.

“Sofia… saya akan kahwin dengan awak dalam masa terdekat. Saya janji.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience