Rate

Bab 1

Romance Series 1611

"Sya...oh Sya," suara ibu memecahkan sunyi di pagi hari."Ya ibuku Puan Rohana,"jawab Qalesya ceria.

"Nah, ini bekal Sya.Ibu masakkan nasi goreng dengan ayam goreng hari ni," ibu menghulurkan sebuah bekas tingkat.

Aku menyambut dengan senyuman manis terukir di bibir."Thanks ibu, banyaknya ibu bekalkan untuk Sya.Manalah anak ibu ni tak tembam."

"Alah, nanti Sya boleh kongsi dengan Nadia.Biarlah anak ibu ni tembam.Comel apa anak ibu ni,"ibu mengusap kepala aku dengan lembut.

Aku tersenyum manis kepada ibu.Puan Rohana hanya memandang wajah anaknya yang manis tersenyum yang ditambah dengan lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya.Wajah Qalesya memang saling tidak tumpah dengan wajah arwah suaminya Qairil.

"Hmmm ibu, kuih Mak Leha dah siap ke belum? tanya aku sambil memandang wajah ibu.

Qalesya yang melihat ibunya tidak memberi reaksi dengan pertanyaannya terus menguatkan volume suaranya.

Puan Rohana yang baru tersedar dari lamunan agak terkejut mendengar suara Qalesya yang kuat memanggilnya.Qalesya tergelak kuat melihat reaksi muka ibunya.

Puan Rohana terus mencubit lengan Qalesya.Serta-merta ketawa Qalesya diganti dengan rungutan menahan pedih cubitan Puan Rohana."Hish apalah ibu ni.Sampai hati ibu cubit anak kesayangan ibu ni.Ini adalah suatu kes penderaan.Sya akan buat report polis," Kata aku sambil menggosok lengan yang masih terasa pedih.Pedih juga cubitan ibu.

"Tak payah nak report sangat Qalesya Irdina.Sya tu ketawa tak ingat dunia.Anak dara tak elok ketawa kuat nanti tak ada siapa masuk meminang nanti,"ujar Puan Rohana sambil tersenyum melihat gelagat Qalesya yang muncung sedepa apabila dicubit olehnya.

"Alah, ibu ni tak payahlah nak ikut petua orang tua dulu-dulu.Lagipun mana ada orang yang nakkan Sya ni," balas aku.

"Ada je..tu abang Nadia tu macam suka dekat Sya je,"ujar ibu sambil tersenyum penuh makna.

"Hish ibu ni, Sya dengan ab
ang Naufal tu tak ada apa-apa lah.Hmm..okaylah ibu.Sya nak pergi sekolah ni, takut lambat pulak."Sambung aku sambil mengerling jam tangan.

"Yalah,bawak basikal tu elok-elok,"ujar ibu sambil mencium dahi aku.Aku pun salam dan mencium tangan ibu.Nak ambik berkatlah katakan.

"Assalammualaikum,Sya aku dah sampai ni."Kedengaran suara Nadia memberi salam depan rumah aku dengan nyaring.

"Okaylah ibu.Nadia pun dah sampai.Ibu jangan buat kerja berat-berat.Ibu tu sakit,"ujar aku sambil memeluk ibu.

"Yalah, dah pergi cepat.Kirimkan salam dekat Nadia sekali ya,"balas ibu dengan lembut.

Aku hanya mengangguk dan terus ke luar rumah untuk memakai kasut sekolah.Puan Rohana hanya memerhati gelagat anaknya yang agak tergesa-gesa.

"Wei Sya, cepatlah pakai kasut tu.Pakai kasut macam pengantinlah kau ni," Nadia mencebik bibir tanda merungut.

"Sabarlah sikit, sabar tu kan separuh daripada iman,"kata aku sambil tersengih.
"Yalah ustazah Qalesya Irdina.Dag jom cepat". Nadia yang malas mahu berdebat terus mematikan hujahnya.Kalau dia berdebat dengan Qalesya belum tentu dia akan menang.Maklumlah Qalesya ialah johan pertandingan debat di sekolah mereka.

Selesai memakai kasut,aku terus menuntun basikal aku ke halaman rumah.Tanpa menunggu lama, aku terus menunggang basikal bersama Nadia ke sekolah.

Sudah menjadi rutin hariannya pergi ke sekolah bersama Nadia.Lagipun jarak rumahnya dengan Nadia tidak jauh.Hanya beberapa langkah sahaja jarak rumahnya dengan Nadia.Nadia juga ialah satu-satunya sahabat aku paling the best.Semoga hubungan kitaorang kekal bersama selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience