Rate

Cerpen

Short Story Completed 19932

Cinta Pandang Terakhir

Nama aku Nur Qaisara, aku merupakan seorang pelajar tahun 3 disalah sebuah Universiti Awam di Malaysia. Percaya atau tidak, sejak aku lahir sampai sekarang ini aku sudah mempunyai lebih dari 20 ex boyfriend. Nak kata aku cantik jujur cakap aku tak cantik tapi adalah yang puji wajah ku iras Emma Watson plus Fazura. Hukhuk.

Boleh ke kau orang bayangkan wajah aku macam mana ?

Phinn !!

Aku yang ingin melintas jalan ke kelas hampir-hampir dilanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dipandu sangat laju.

" Woi ! Buta ke ?!" Lelaki yang memakai helmet full face itu menjerkah aku yang sudah terkebelakang, mujur aku tak jatuh tergolek. Cis.. memalukan betul.

" He so damn much psycho boy ever." Aku memandang motosikal yang sudah laju meninggalkan diriku dengan perasaan geram.

Dalam Universiti ni makhluk tuhan sorang tu je yang berani jerkah aku macam tu. Nama dia Remy, full name dia aku tak tahu dan tak nak ambil tahu. Aku tahu nama dia pun sebab ada sekumpulan perempuan terlompat-lompat macam babun jumpa pisang, duk kejar si psycho tu hari-hari dan aku tak faham apa sebab dia orang buat macam tu.

" Qai, mai lah duduk dengan aku." Aku yang baru tiba di dewan kuliah dipelawa duduk oleh Raihana.

Raihana ni boleh dikatakan kawan baik aku di sini. Dia ni orang Melaka je, tapi disebabkan boyfriend dia orang Kedah tu yang dok cakap utara manjang. Kalau kau orang dengar aku ada sikit slang utara, tu sebab aku terpengaruh lah tu.

" Tak apa lah, aku duduk sini." Aku tersenyum kecil ke arah Raihana dan juga lelaki di sebelah Raihana.

Aku yang duduk di kerusi belakang Raihana mengeluh kecil memandang Raihana dan juga Imran yang sedang bergurau senda. Raihana kelihatan sangat bahagia bersama Imran sehingga semakin jauh dari diriku.

" Minah, pinjam pen kejap. Aku lupa bawa lah." Satu suara betul-betul disebelah telinga kiriku. Mendengar suaranya aku sudah tahu siapa, pasti si Remy.

Aku memutarkan anak mataku ke atas sebelum menghulurkan pen berwarna hitam kepada Remy yang duduk dibelakangku. Wajah Remy langsung aku tak pandang.

" Apa kau.. bagi aku pen tak ada ink ni. Saja nak sabotaj aku lah tu."

Aku ambil langkah selamat dengan tidak bersuara. Pen berwarna biru yang berada di tangan kanan aku hulur padanya, aku yakin pen itu ada dakwat kerana aku baru mencubanya. Aku bukan tak nak melawan tapi aku dah penat, cukup lah dua tahun aku bertekak dengannya.

Aku adalah manusia yang sukar mengawal emosi. Jadi untuk menjadi manusia yang lebih bertamadun, aku cuba untuk lebih bermuhasabah diri. Tapi kadang tu ada juga yang terbabas, terutamanya jenis bila sidai baju tak reti nak angkat memang makan maki aku je lah. Dia orang ingat tempat sidai baju hostel ni dia orang punya agaknya dan baju dia orang pun akan selamat aku letak dalam singki toilet.

Kelas pertama pada hari ini tamat awal, jadi bagi menunggu kelas kedua pada jam 11:00 pagi, aku dan Raihana makan di Cafe yang berdekatan dengan perpustakaan. Imran pula perlu berjumpa Prof. Hamdi bagi membincangkan tugasan yang dia terima.

" Qai, awat dia usha hang lagu tu ? Hang kenai dia ka ? Aku rasa dia syok dekat hang lah." Raihana berkata perlahan. Mata Raihana kembali menghadap nasi lemak ayamnya.

Aku yang duduk di sebelah Raihana memandang meja di hadapan. Hanya ada dua meja sahaja yang berada di arah bertentangan dengan meja aku. Satu meja adalah seorang lelaki yang aku langsung tidak kenal sedang tersenyum ke arahku. Satu lagi meja adalah meja Remy yang sedang makan bersama dua orang rakannya, meja Remy bersebelahan dengan meja lelaki alone itu.

" Kau diam lah, makan cepat." Aku memandang Raihana yang sedang makan dengan penuh keayuan.

Hampir setengah jam jugalah aku menunggu Raihana habis makan.

" Hai, saya Anuar. Nak kenal boleh ?" Lelaki alone yang menggelar dirinya sebagai Anuar itu sudah berdiri saat aku tiba di lorong memisahkan meja Anuar dan juga meja Remy.

" Sorry, aku tak minat Anuar Zain. Jom Rai." Aku meninggalkan Anuar yang sudah terpinga-pinga di situ.

Gila kau aku tak minat Anuar Zain, antara lelaki idaman gadis-gadis Malaysia. Tapi tu lah, aku pun tak pasti macam mana sarcastic tu boleh keluar. Yang penting aku bebas dari Anuar.

Jam menunjukkan sudah pukul 5:40 PM dan aku masih di bus stop ini menunggu bas yang tak kunjung tiba. Sepatutnya bas dah sampai pukul 5:00 PM lagi tapi entah lah dan aku duduk di sini sorang-sorang. Kebanyakkan yang tadinya tunggu bas telah pun diambil oleh rakan dan kekasih mereka. Aku ni kekasih tak ada dan nak harapkan kawan, aku ada Raihana tu sorang je. Nak call si Raihana memang tak lah sebab dia dah pergi date dengan Imran tadi sampai sanggup ponteng kelas Prof. Evan.

Aku rasa aku patut jalan kaki je. Hostel aku setengah jam dari sini kalau naik bas. Boleh juga keluar peluh sikit dari aku tunggu dekat sini bukan dapat hasilkan apa-apa pun terlepas Asar adalah.

" Kau nak balik hostel ke ?" Sebuah kereta Honda City berhenti di bahu jalan saat aku sudah mengatur langkah hendak balik ke hostel. Suara macam biasa aku dengar dan saat aku pandang ke arah pemandunya, yes aku memang sangat kenal. Remy si psycho tengah elok senyum kambing.

" Naik lah, aku hantar." Aku hanya membatu. Rezeki ni, rugi kalau tak naik. Tapi teringatkan sumpah seranah yang aku beri padanya serta huru hara yang dia buat dalam hidup aku, memang tak lah aku nak naik dengan dia.

" Kau tercegat lagi ni kenapa ? Nak aku angkat kau masuk kereta ke ?" Entah bila Remy keluar kereta pun aku tak sedar. Tiba-tiba dia dah ada sebelah aku.

" Eww, please lah. Kau boleh tak stop kacau aku." Aku mencerlungnya tajam.

" Aku tak ada mood nak gaduh dengan kau. Naik kereta aku sekarang." Riak wajah Remy sangat tegang.

“ Dah tau tak ada mood tu yang gatal terpacak depan aku buat apa, dah sah-sah lah kau dengan aku ni macam anjing dengan kucing." Aku bernada sinis.

" Naik kereta aku Nur Qaisara Qairuddin." Remy bernada sangat tegas.

" Its okey, thanks." Aku pamer senyum padanya sebelum menapak pergi.

" Dah pukul enam ni, bahaya jalan sorang-sorang. Kau nak ke masuk paper esok, Seorang Siswi Mati Di Bunuh." Aku yang sudah berjalan beberapa tapak terhenti, suara Remy sudah sedikit meninggi.

Remy ni kalau cakap macam sniper, tepat ke hati. Cukup padu.

" Nauzubillah min zalik boleh kau cakap macam tu." Aku memaling badan memandang tepat anak matanya.

" Hostel aku bukan jauh pun. Bye." Makin lama aku dekat sini, makin panas hati aku.

" Hey ! Okey sorry-sorry, my mistake. Aku minta maaf, aku tak patut cakap macam tu tadi." Remy mengejar langkah ku. Aku berhenti melangkah saat dia berdiri betul-betul dihadapanku.

" Aku cuma risaukan kau je and kalau hostel kau tak jauh, tak adanya kau naik bas." Remy bernada perlahan.

Aku memandang mata Remy seperti harimau kelaparan. Aku dapat lihat Remy seakan anak kecil yang memohon maaf kepada ibunya atas kesalahan besar yang telah dilakukan. Dengan tangan kanan memegang tangan kirinya dengan wajah monyoknya. Aku tersenyum kecil, pertama kali aku melihat Remy sebegini. Hilang egonya dan hilang marah aku kepadanya.

" Kalau aku tak nak naik ?" Sengaja aku menduga.

Remy menapak selangkah ke hadapan dan menundukkan wajahnya selari dengan wajah ku.

" Kau dah cukup kenal aku."

Renungannya buat aku berdebar kencang.

" Aishhh, cepatlah. Terhegeh-hegeh !!" Aku berlalu ke kereta Remy. Dapat aku dengar Remy mengetawakan aku.

Di dalam kereta aku hanya membisu, radio yang dibuka perlahan memainkan lagu barat yang aku tak pasti apa tajuknya. Remy hanya diam dan kadang mengikut rentak lagu yang sedikit rancak itu. Aku rasa macam lambat pula nak sampai hostel.

" Kau tak suka ke budak macam Anuar tu ?" Remy bertanya saat melihat aku sedikit menguap.

" Anuar ?" Aku mengerut dahi memandang Remy.

" Ya, Anuar Zain celop yang kau reject tadi tu." Remy memandang ku sesaat sebelum matanya fokus ke jalan raya.

" Ouhh.." Aku membuat mulut bentuk "O".

" Aku tak kenal pun siapa dia. Macam mana nak suka." Aku berkata bersahaja.

Remy tergelak kecil namun tidak pula memandang ku.

" Bagus, keputusan kau memang tepat. Aku tengok dia bukannya handsome sangat pun, aku ni sepuluh kali ganda handsome dari dia." Remy membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan hostel ku.

" Eii, perasannya kau." Aku sudah malas melayan Remy kerana aku sangat teruja saat melihat bangunan hostel ku.

" Terima kasih." Aku tersenyum memandang Remy lalu membuka pintu keretanya.

" Qaisara." Belum sempat aku menapak keluar, Remy memanggil nama ku.

Aku memandang Remy dengan tanda tanya. Wajah Remy sedikit tenang. Apa lagi yang dia nak ?

" Cinta bukan hanya untuk dimiliki dan pengakhiran sesebuah cerita cinta tak selalu seperti apa yang kita impikan." Remy tersenyum padaku, lesung pipit tunggal di pipi kirinya jelas kelihatan.

Aku hanya mengangguk dan dengan muka blur aku terus keluar dari kereta.

Apa yang Remy cuba sampaikan ?

" Hai." Remy tersenyum pada ku.

" Kau nak apa lagi ?" Aku bertanya malas.

Sejak peristiwa Remy menghantar aku pulang ke hostel pada bulan lepas, Remy asyik mengikut aku. Aku tak tahu apa masalah dia, tapi sikap dia yang asyik berkepit dengan aku membuatkan aku confuse. Aku tertanya-tanya, sekarang ini kawan rapat aku si Raihana ataupun Remy.

" Kau percaya cinta pandang pertama ?" Langkah yang ku atur terhenti seketika.

" Tak." Pantas aku menjawab dan pantas juga aku meneruskan langkah ke perpustakaan.

" Kau pernah bercinta ?" Remy yang sudah berada di sebelah ku bertanya lagi.

" Untuk pengetahuan kau, aku ni playgirl." Aku berhenti melangkah lalu memandangnya dengan kening yang sedikit aku jungkitkan.

" Dah jangan ekot aku lagi." Aku berjalan laju. Aku tahu Remy ni bukannya suka sangat pergi perpustakaan.

" Wei kejap lah." Remy berlari anak bagi menyaingi langkahku.

" Aku tak percaya kau ni playgirl." Dia berkata bersahaja.

" Ada aku suruh kau percaya ?" Aku berhenti melangkah, geram pulak aku dengan si Remy ni lah.

" Kalau kau playgirl, mustahil kau tak dengar suara hati aku yang memanggil cinta kau sekarang ni." Remy mengenyitkan matanya lalu tersenyum kambing.

" Ouh boy, stop it lah. Aku muak dengar ayat-ayat jiwang ni semua." Aku sudah tergelak kecil.

Sungguh aku tak sangka Remy boleh menyatakan ayat jiwang seperti itu kerana aku ingat dia ni kayu bab bercinta. Dah dekat tiga tahun aku kenal Remy, tak penah sekali pun aku nampak Remy berdating dengan mana-mana perempuan.

" Nahh, its okey. One day kau akan tahu betapa deepnya aku cintakan kau. Just wait and see." Remy menaikkan tangan kanannya ke sisi dahi seperti memberi tabik hormat sebelum melangkah pergi.

Aku tergelak kecil seperti tidak percaya tadi tu adalah Remy atau mungkin memang bukan Remy, jelmaan Remy sahaja. Tapi takkan lah ada hantu tengahari macam ni. Hm.. Pelik-pelik sahaja perangainya.

Pagi ini aku sampai awal ke kelas Dr. Madhihah, sorang-sorang aku lihat masuk ke dewan kuliah. Jam aku kerling sudah 8.54. Mana si Remy ni, takkan ponteng pula. Setahu aku Remy ni jarang ponteng kelas.

Remy sakit ke ?

Aku hanya memandang Dr. Madhihah kosong, apa yang dia ajar langsung tidak masuk.

Bibir aku mengukir senyum apabila pintu dewan dibuka dan muncul wajah yang aku tunggu dari tadi. Remy bertemu Dr. Madhihah, aku melihat Remy dan Dr. sedang berbual dengan serius.

" Selamat pagi sweetie." Remy duduk disebelah kananku.

" Nah.." Remy meletakkan beberapa batang pen yang diekat dengan reben berwarna ungu di atas meja ku.

" Apa ni ?" Aku pandang wajah Remy yang sudah menahan tawa.

" Pen pun kau dah tak kenal ke ?" Remy sedikit berbisik.

" Tahu lah pen, yang kau letak atas meja aku ni kenapa ?" Aku sudah mula geram.

" Aku nak ganti pen yang aku pinjam dari kau sejak first day aku kenal kau." Remy tersenyum ke arah ku lalu memandang ke hadapan.

" Ouhh, how sweet you are. Aku ikhlas, so tak payah lah susah-susah nak ganti bagai." Aku sudah menghulurkan pen tu kepada Remy.

" Ambil lah, aku pun ikhlas ni." Remy pamer riak kecewa.

Aish, ni kalau merajuk aku tak pandai nak pujuk ni.

Kenapa nak pujuk pula ? Dia bukannya sesiapa dalam hidup aku. Qai, appreciate sikit.

" Iya lah, thanks friend." Aku cepat-cepat menyimpan pen itu ke dalam beg sandangku.

" Kita dah jadi kawan ke ? bukannya kau benci dekat aku ke ?" Remy membuat muka ingin tahu.

" Kauu.." Aku mengetap bibir.

" Tak nak kawan sudah." Aku memandang ke arah Dr. Madhihah yang masih lagi semangat mencurah ilmu.

" Hey ! gurau je lah. Kita kawan." Remy juga memandang ke arah Dr. Madhihah dengan secoret senyuman dibibir.

Hari ini aku pulang ke hostel sedikit lewat. Badan yang sangat letih ku hempas ke tilam empuk. Telefon di dalam beg sandang ku capai.

Ada satu mesej dari Remy.

Boleh tak kau datang dekat airport esok pukul 3:00 PM. - Remy.

Kenapa ? - Qaisara

Datang je lah, nanti kau tahu kenapa. - Remy.

Kalau aku tak datang. - Qaisara.

Kau akan menyesal. - Remy.

Kenapa dengan Remy ? Perlu ke jumpa dekat airport ? Macam dah tak ada tempat lain nak jumpa.

Kenapa aku akan menyesal pula ?

Jam aku kerling sudah 2.45 PM, aku yang kini berada di dalam teksi berasa sedikit gelisah. Dari pagi tadi hati aku tak senang, aku hanya berharap Remy dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Kawasan perlepasan yang sesak dengan orang ramai nenyukarkan aku mencari kelibat Remy.

Aku yang sedikit rendah terjungkit-jungkit melihat selaut manusia dihadapan ku.

" Aku dekat sini." Aku memaling badan dan kelihatan Remy sedang tersenyum.

" Kenapa kau nak jumpa aku ?" Aku menghampiri Remy.

" Mungkin kau dah banyak kali jatuh cinta sampai kau rasa fed up dan kau rasa cinta ni tak wujud. Untuk orang yang pertama kali jatuh cinta macam aku ni, aku sangat percaya kewujudan cinta. Cinta bukan bermaksud kau kena couple dengan si dia, bukan juga bermaksud kau kena sentiasa ada untuknya dan paling penting jika kau cintakan seseorang tak bermaksud si dia tu kena balas cinta kau. LOVE IS WEIRD." Remy masih lagi dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya.

Aku masih lagi kaku memandang wajah tampan Remy. Hmm, time ni lah baru nak puji Remy tampan. Remy kata love is weird and yes aku setuju, tapi saat ini aku rasa Remy yang weird.

Aku berdebar-debar menunggu ayat seterusnya dari Remy.

" Aku nak fly ke Tokyo, kau jaga diri." Dia tersenyum kelat.

" Kenapa tiba-tiba ?" Aku yang mendengar seakan ingin gugur jantung.

" Kalau kita ada jodoh, aku akan pinang kau menjadi suri hidup aku. Kalau ditakdirkan tak ada jodoh, aku redha. Aku cukup gembira dapat kenal dengan kau. Just satu aku mohon, jaga hati kau." Remy kembali menampakkan senyuman manis dan buat kali ke dua, aku dapat lihat dengan jelas lesung pipit di pipi kirinya.

Aku yang mendengar ayat yang dinyatakan oleh Remy sudah hampir tercenggang.

" Remy jom. Dah lambat ni." Seorang wanita yang boleh tahan cantiknya menyapa Remy lembut.

" Bye sweetie, Assalamualaikum." Remy pergi dengan senyuman dan aku rasa seperti orang bodoh kerana tidak boleh menuturkan apa-apa saat ini.

Remy berpaling dan melambaikan tangannya dengan senyuman yang sangat manis. Pandangan terakhir Remy buat aku sedar yang aku cintakan dia, tapi dah terlambat.

Aku akan pegang kata-kata Remy.

Cinta bukan hanya untuk dimiliki dan pengakhiran sesebuah cerita cinta tak selalu seperti apa yang kita impikan.

-End-

Assalamualaikum.

Hai ! Saya terfikir untuk menulis CPT versi complete dan akan ada Remy's Pov. Plot masih mengisahkan perjalanan Qaisara di Uni. pada tahun ke 3 dan juga perjalanan selepas tamat pengajian. Sebuah penghijrahan mungkin akan berlaku.

Jika anda ada sebarang pandangan dan persoalan, saya amat hargai jika anda menaipnya di ruangan komentar untuk saya mengetahuinya.

With care,

WeaKnight.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience