Aku, seorang gadis kampung yang berumur 15 tahun merupakan anak sulung sekaligus merupakan harapan keluarga menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sabah.Kisah drama love ini bermula pada bulan Mac apabila aku telah ditawarkan untuk menjadi penari bagi meraikan majlis hari jadi anak buah kesayanganku.Aku sanggup mengambil cuti demi anak buahku itu.pada 3/3/2019,aku balik ke rumah(aku tinggal di asrama universiti) lalu mengikuti segala perkembangan majlis tersebut khususnya latihan untuk menjadi penari.Tarian yang akan dipersembahkan ialah tarian poco-poco dengan lagu Gemu Famire.
Setelah seminggu berlatih, akhirnya 10/3/2019 pun tiba iaitu hari jadi anak buah ku yang bernama Amy.Amy sangat gembira dan teruja dan ini membuatku lebih bersemangat untuk menari poco-poco nanti.Setelah para tetamu duduk dan makan,kami telah bersedia untuk memulakan tarian.Tarian kami berjalan dengan lancar dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton. Majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek dan tajaan lagu.
Semua nya bermula apabila aku terlihat seorang lelaki yang memikat hati ku.Dia tidaklah begitu kacak tetapi suaranya bercakap dengan kawannya membuatku seperti jatuh hati. Setelah meja untuk para choir kosong,aku dan 4 orang kawan terus menuju ke meja tersebut sebab kami ingin mengambil hidangan makanan sekali lagi iaitu laksa(hehehehe).Tanpa disangka,lelaki yang menarik hati ku tadi merupakan kawan kepada pakcik Amy dan mereka ialah kumpulan tentera laut.. pakcik Amy menyuruh mereka duduk bersama kami kerana memang tempat duduk di meja tersebut banyak yang masih kosong.Lelaki yang aku minati tadi mula bercakap dengan aku dan mengatakan bahawa dia sering menangkap aku merenung dia dan pada masa tu, aku terasa sangat malu.Kami saling bertukaran nombor telefon dan menari bersama untuk setiap lagu sampai kaki aku lenguh.
2 hari selepas majlis tersebut,aku mendapat mesej ws dari no yang tidak dikenali.Orang tersebut mengatakan bahawa dia adalah Andri dan dialah yang menari bersamaku 2 malam yang lepas.Kami pun bermesej ws setiap hari sampai lah satu masa dia minta couple.Aku pun tanpa melengahkan masa terus setuju sebab memang aku dah lama minat kat dia.Dari hari itu,kami bermesej tiap hari dan oncall tiap malam sebelum tidur.pada hujung bulan, dia memberitahu sesuatu yang membuat ku sedih.Dia berkata bahawa dia perlu belayar selama 7 bulan untuk ke India.Aku merasa sangat sedih kerana dia mengatakan bahawa kami tidak dapat meneruskan rutin biasa kerana dia tidak dapat menggunakan telefon dia laut atas sebab tiada lain.Dia meminta aku menunggunya balik.
Selepas 2 bulan dia belayar, pada pertengahan bulan Mei,aku menerima satu mesej fb dari seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Alveus.Dia merupakan kawan sekampung dan seuniversiti denganku.Dia banyak memberiku nasihat tentang pelajaran dan membantuku dengan ikhlas.Aku pun mula tertarik dengannya kerana dia memang mempunyai rupa paras yang menarik dan hati budi yang baik.Satu hari,dia mengajakku couple dan aku terus bersetuju kerana telah dibutakan dengan cinta padanya. Aku sama sekali melupakan cintaku yang jauh sedang belayar.
Hubungan kami berjalan dengan lancar selama beberapa bulan dan telah diketahui oleh keluarga dari 2 belah pihak dan orang kampung.Kami amat mencintai satu sama lain dan berjanji untuk mengekalkan hubungan ini.Pada bulan 10,aku terkejut setelah menerima satu mesej ringkas di instagram dan penghantarnya ialah Andri.aku merasa bersalah dan tanpa ku sangka, dia telah mengetahui perkara tersebut.Dia menerima dengan redha nya dan mengatakan mungkin kami tiada jodoh. Aku meminta maaf padanya dan dia kata xpa dia sudah lama memaafkanku.Dia tetap setia memberi pesanan kepadaku, mengucapkan selamat malam dan pagi dan trus oncall setiap malam menyebabkan ku merasa berbelah bagi.Ketika aku bersama Alveus,aku merasa sayang dan cinta padanya.Tetapi bila aku bersama Andri pula, cintaku berpindah pada nya.. Sampaikan satu hari aku bertekad untuk tidak lagi menyimpan hubungan dengan Andri dan meneruskan hubungan dengan Alveus.. Andri menerima seadanya dan berkata bahawa kalau aku masih memerlukannya, dia tetap sentiasa ada denganku. Aku merasa terharu dan menyesal pada masa yang sama.Tetapi Alveus tetap melayanku dengan penuh kasih sayang dan hubungan kami tetap diindahi dengan bunga-bunga cinta sehingga ke hari ini.
~TAMAT~
Share this novel