BAB 1

Romance Series 6638

‘’Dia buat lagi!! Mangkuk hayun ni kalau sehari tak menyakitkan hati aku memang tak sah agaknya!’’

Pung Pang bunyi pembinaan di sebelah rumahnya dia boleh tahankan tapi pencemaran bunyi dari yang datang datang daripada bilik sebelah itu membuat hatinya menyirap terjaga lagi daripada tidurnya malam ini.

“Aish! Bising betul la Encik Mimpi ni!” Syaza merengus keras. Bantal yang tadinya dibuat alas kepala kini sudah dipekup ke telinga.

Di bilik sebelah, seorang jejaka sedang sibuk mereka sebuah lagu baru dengan gitar kesayangannya itu.

“One, Two, Three, Four,” rendah suara Syazwan menuturkan kepada dirinya sendiri. Jari jemarinya memetik lagi gitar yang dipangku kemas di atas ribanya. Matanya tidak lepas memandang not muzik yang diletakkan di atas meja.

Dan sekali lagi bunyi gitar yang bising itu membuat Syaza terjaga. Kali ini Syaza benar-benar marah. Langkah kakinya pantas menuju ke dinding yang memisahkan antara biliknya dan bilik jirannya di sebelah.

Syazwan pula kini sudah mula melagukan lagu Putus Di Twittar. Lagu itu merupakan lagu ciptaannya sendiri iaitu sebuah kesinambungan daripada lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif yang kini menjadi siulan para remaja.

“Dulu kita berkenalan hanya dengan muka buku,

Ku hantar pesan cinta tiap hari padamu,

Ohho, indahnya saat itu.”

Syaza mengetap giginya. Jejaka yang menyewa di sebelah biliknya ini benar-benar telah mendera jiwanya. Setiap jam dua belas tengah malam, dia akan memetik gitarnya dan menyanyikan bermacam-macam lagu. Mendengar lelaki itu menyanyi bagaikan menjemput Encik Mimpi yang ngeri ke dalam tidurnya. Malam ini sahaja sudah dua kali dia terjaga akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan jejaka itu. Dia tidak kira. Hari ini dia harus membuat perhitungan dengan jejaka itu. Pantas tangan Syaza mengepal buku lima dan ditumbuk ke arah dinding yang memisahkan bilik mereka.

“Tapi bila ku katakan nak follow Twittermu

Kau cuba mengelak dengan alasan seribu

Ohho, curiga rasa hatiku.”

Syazwan masih menyanyi bait-bait ini tatkala dindingnya ditumbuk keras oleh Syaza yang menggila.

“Hoi orang sebelah! Tidurlah wei! Kau tak tahu ke pukul berapa dah ni!” jerit Syaza daripada biliknya. Terasa mahu tercabut anak tekaknya apabila terpaksa melawan kekuatan bunyi gitar daripada jejaka yang dia gelar sebagai Encik Mimpi itu.

Syazwan yang mendengar lolongan daripada Syaza tadi pantas berhenti memetik gitarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience