CHAPTER SEVEN : ERIN DAN ZYA

Romance Series 1872

Zya memandang aku macam ada sesuatu.."Eh, ada yang tak kena ke ni, Lina? ". "Tak adelah.. mana ada apa apa.. ". Aku menggeleng gelengkan kepala ku.. Erin duduk di sebelah aku sambil membaca buku.

KRING!!!!! ***

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat..

Aku,Zya dan Erin pergi ke McDonald yang berdekatan dengan sekolahku..aku memesan sebungkus burger ayam pedas dan air Pepsi, manakala Zya memesan sekotak ( sederhana) ayam goreng berserta dengan cheese dan sos dan air Coca-Cola dan Erin pula hanya memesan roti, kentang hancur, dan air oren.

45 minit kemudian...*

"Nombor 89!" . Kedengaran nombor kami disebut. Aku bergegas pergi ke meja kaunter. Aku mengambil 3 bungkus plastik yang berada di atas meja tersebut.Kemudian aku membayarnya. Lalu, kami pergi ke taman sekolah. Aku hanya mengikuti Zya dan Erin,kerana aku tidak tahu dimana tempat taman sekolah itu berada.

Setelah sampai.. kami pun duduk di atas kerusi yang sedia ada. Aku meletakkan plastik-plastik itu di atas meja bulat. Aku melihat sekelilingku.. "Wah, indahnya taman ni!". Zya dan Erin hanya tersenyum. "Mana makanan aku?". Tanya Erin. "Tu kat sebelah kau". aku jawab. "Oh, tak nampak.. ". Erin menggaru-garu kepalanya sambil tertawa. "Dah ada 'empat mata' pun masih tak nampak? ".Kata Zya sambil minum airnya.

"Eleh, suka hati akulah! ". Kata Erin sambil membuat muka. "Eh, dah, dah..jangan nak gaduh..jom makan". Aku mengubah topik. "Ha'ah.. jom makan! " . Kata Zya pula.

15 minit kemudian...

"Kenyangnya~". Kata Erin sambil memegang perutnya. "Kau makan roti dengan kentang hancur pun kau dah kenyang?!". Kata Zya sambil terkejut dan membeliakkan matanya. "Yelah.. apa lagi?". jawab Erin. Aku hanya diam tapi tersenyum.

Apa yang akan jadi seterusnya?

-bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience