1?

Romance Series 1003

BISMILAH..
Alarm di meja berbunyi untuk menandakan sekarang waktu pagi.Baru sahaja ingin berjalan menuju ke bilik air, seseorang mengetuk pintu lalu memasuk ke dalam dengan senyuman manis, ternyata ibu tershentaku yini CEHH.
Dia duduk dihujung katil sambil memandang anak daranya sorang itu.

"Eh! Awalnya anak mama ni bangun, mama baru je nak kejut my baby Isya tadi." kata mama Puan Deyna dengan senyuman manis yang masih tidak lengkang di bibirnya.

Mama ni dah tua tua pun nampak cantik, kalau Aku tua cantik macam mama tak?

"Ish mama ni, Isya kan budak baik jadi kene la bangun awal. Along cakap kita kene bangun awal kalau tak nanti cepat tua, Isya tak nak jadi tua." kata Isya dengan teruja pada mamanya.

"Kalau Isya tua pun tetap cantik sebab Isya kan anak mama, anak mama semua cantik bila tua nanti." jawab mama kepada anaknya itu.

"Betul ke mama!! Nanti Isya tua Isya cantik macam mama tak? Tpi along cakap kalau Isya tak cantik nanti takde orang nak main dengan Isya lgi."
Suara Isya mula mengendur apabila teringat kata kata abangnya itu.

"Takde la memandai aje abang kamu tu, jangan ikut ajaran dia nanti bole cedera" kata mama.

"Ni baby dah mandi ke belum?"

"Belum, hehe.." tersengih Isya dengan menampakkan giginya. Manakala Puan Deyna hanya menggelengkan kepala dengan jawapan anak daranya itu.

"Dah pergi mandi lepastu turun makan ok?" soal mama

"Okieee" jawab Isya kemudian berlari masuk ke bilik air..

Puan Deyna hanya tersenyum melihat tingkahlaku anaknya dan berunsur keluar dari bilik itu.

Selesai mandi Isya memakai baju blouse bersama seluar palazo ber warna hitam, tidak lupa jugak tudung sarung yang tergantung di belakang pintu bilik.

Isya menuruni tangga sambil menyanyi kecil "rasa sayang hey, rasa sayang sayang hey, hey lihat Isya turun rasa sayang sayang hey"

Ameer Qaiyeem tersenyum melihat adiknya yang sedang menyanyi di tangga itu lepastu muncul pula fikiran jahat di otaknya.

"Siapa sayang baby?" Isya yang mahu duduk di kerusi sebelah tu terhenti apabila mendengar kata kata abangnya.

Isya mendiamkan diri dan menundukkan wajahnya untuk menahan tangisan yang keluar.

"A..ab..abang Yeem tak sayang baby ke? dengan muka yang menahan tangisan Isya bertanya kepada abangnya. 'Baby' panggilan manja Isya yang dipanggil keluarganya.

" Tak" Qaiyeem hanya menjawab kemudian menyambung makan. Isya di belakangnya telah mengeluarkan tangisan yang tidak berbunyi.

Puan Deyna melihat keadaan anak daranya yang tengah menangis tu hanya menggelengkan kepala dan menyuruh anak terunanya memujuk anak daranya yang tengah menangis tu.

Belum sempat Qaiyeem bersuara, Isya telah menaiki tangga untuk menuju ke bilik. 'Baby merajuk dengan abang Yeem sebab abang Yeem kata tak sayang baby.'

Sampai di bilik Isya terus baring meniarap di atas katil sambil menonggengkan punggungnya, dia mengambil bantal dan menutup muka untuk tangisannya tidak berbunyi.

Qaiyeem sampai di bilik Isya kemudian tersenyum melihat adiknya yang sedang leka menangis tu.

"Baby abang kenapa nangis ni?" kata Qaiyeem dengan muka yang menahan ketawa melihat adiknya yang menonggeng itu.

'Hishhh abang Yeem ni lupa ke yang dia kata dia tak sayang kita tadi' geram Isya dalam hati.

Isya mengangkat muka memandang abangnya yang berada di pintu itu kemudian menyembamkan mukanya kembali di bantal tadi.

Qaiyeem hanya ketawa melihat adiknya sebegitu. "Baby jangan la merajuk dengan abang nanti abang takde kawan nak main.." kata Qaiyeem sambil mengangkat kepala adiknya itu.

HAHAHA tu la sapa suruh buat Isya nangis kan takde kawan, padan muka abang Yeem. Isya memandang abangnya buat seketika kemudian tangisan menjadi kuat..

"Atototo baby, abang Yeem minta maaf okay, abang Yeem saja je nak usik baby tadi, baby jangan la nangis nanti muka jadi hodoh."

Mendengar je perkataan 'hodoh' dari kata2 abang nya terus memberhentikan tangisan dan mengelap mukanya yang basah dengan air mata.

"Apa kata abang bawak baby pergi taman petang ni nak tak?" Qaiyeem memancing adiknya untuk pergi ke taman dengan syarat kene berhenti menangis.

"B..be..betul abang Yeem nak bawak baby pergi taman" tanya Isya untuk kepastian.

"Betul abang Yeem janji" balas Qaiyeem dengan mengangkat tangan paras dada untuk menunjukkan yang dia berjanji.

"Kalau macam tu baby dah tak nangis la sbb abang Yeem nak bawak baby pergi taman. Ehhh abang Yeem tadi baby tak makan lagi la jom turun kita makan lepastu kita pergi taman HOREYYYYY." kata Isya dengan teruja dan terus berlari turun ke bawah.

Qaiyeem hanya menggelengkan kepala dengan telatah adiknya yang membuatkan orang tersenyum.

Puan Deyna melihat anak daranya berlari ke bawah sambil menuruni tangga terus berpesan "Baby jangan lari sayang nanti jatuh macam mana?!!"

Isya hanya tersengih mendengar kata kata mamanya yang berada di meja makan itu. Isya duduk di meja kemudian makan makanan yang tersedia di atas meja.

"Aikk dah tak merajuk ke baby mama ni?" tanya Puan Deyna

"Tak ajuk dah ebab....bang Yeem nak wak aby gi taman." jawab Isya teruja dengan mulut yang penuh dengan makanan sambil menatap mamanya."

"Aipp habiskan makanan dalam mulut tu dulu Isya, nanti tersedak macam mana." tegur papa Encik Qaiyeed Idham apabila melihat anak daranya sedang bercakap dengan makanan yang penuh di dalam mulut.

"Hehe peace" jawab Isya dengan tersengih macam kerang busuk.

"Mama papa Qaiyeem nak pergi pejabat dulu dah lambat dah ni." kata Qaiyeem dengan tergesa-gesa.

"Baby petang ni kita pergi taman eh Kita main dekat sana okay? soal Qaiyeem kepada adiknya yang teruja mendengar perkataan 'pejabat'.

" Hmm okay la kalau macam tu..bye bye abang Yeem!!!" jawab Isya sambil melambaikan tangan pada abangnya..

"Bye semua Assalamualaikum.." kata Qaiyeem sebelum bergerak keluar dari rumah..

"Waalaikumussalam.." jawab tiga beranak di meja makan itu serentak..

TO BE CONTINUE

"How okay tak, this is my first book so author akan cuba buat lebih menarik cerita ni.."

PLEASE FOLLOW, RATE & COMMENT.
WE MEET AT NEW CHAPTER..
BYE BYE..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience