Rate

Asrama-Histeria

Horror & Thriller Series 325

Hostel: Histeria.

AZURA melipat kain telekung setelah selesai solat zohor bersama Wati.

"Betul ke kau dah hantar borang permohonan asrama pada cikgu Nasrul?."Tanya Wati pada Azura ketika itu mereka sudah keluar dari surau melangkah ke taman yang berdekatan,melepak sebelum bermulanya kokurikulum sekolah.

"Haah,aku tak boleh lah dengan Kira tu asyik merengek minta aku masuk asrama cepat"Jawab Azura dibalas tawa lepas oleh Wati.

"Okeylah dia tak paksa-paksa kau masuk sekali."Ujar Azura sebal bila Wati terlalu mentertawakannya.

"Dia sayang sangat kalau boleh tidur pun nak pelukan awak Zura."Wati masih cuba mengusik.

"Takde maknanya eh'."Balas Azura dengan memutar bebola mata malas.
Mereka berdua duduk melabuhkan punggung dengan mata terarah ke arah surau.Ketika itu juga Rayyan baru keluar dari surau bersama rakan-rakan nya.

Azura menunduk tersipu malu bila anak mata berlaga dengan ketua wakil pelajar itu.

"Amboi bukan main kawan aku ni.Main mata dengan lelaki depan surau pulak tu.."Usik Wati pada Azura malah dia dapat melihat bagaimana tatapan mata Rayyan tak lepas mencuri pandang ke arah mereka.

"Ati..."Panggil Azura meleret penuh penekanan suaranya.Lengan Wati dikuis-kuis.

"Apa?."

"Stoplah nanti ada orang dengar."

"Lah apa salahnya."Wati ketawa lagi tak endah dengan muka merah Azura yang menahan kesal terhadapnya.

"Kau ni asyik menyakat aku kau takde perjumpaan PRS ke"Tanya Azura sengaja mengubah topik.

"Jangan nak ubah topik,aku cuma ada perjumpaan hari Kamis tu pun waktu rehat."Ujar Wati membuat Azura mencebik lalu menghela nafas panjang.
Mereka boleh dikatakan agak rapat namun berbanding Wati dan Shakira.Azura lebih terbuka kepada Shakira.Mungkin Azura lebih selesa dengan sikap masuk air Shakira,
dengan Wati dia agak berahsia.

:
: :

TIGA bulan berbaki untuk sijil pelajaran Malaysia.
Azura akhirnya membuat keputusan untuk masuk asrama setelah puas didesak Shakira.Dirinya tidak begitu tahan bila sahabatnya itu selalu merengek hingga membuat Azura naik rimas.

Shakira membantu memunggah barang-barang milik Azura ke dalam asrama.Mereka berdua tidak ditempatkan di dom yang sama mengundang rasa terkilan di hati Azura mujur bilik keduanya hanya bersebelahan.

Kedatangan Azura sebagai penghuni baru disambut baik oleh pelajar-pelajar aspuri yang merupakan rakan sebiliknya.Mereka semua terdiri dari pelbagai lingkungan umur,ada yang tiga belas dan juga batch sama dengan Azura dari kelas lain.

"Banyaknya barang kau bawa ada lagi tak barang yang berbaki kau tinggal kat rumah tu.?."Tanya
Shakira dan tergelak sengaja menjahili sahabat baiknya sendiri.

"Hey...kau janganlah gelakkan aku!.Aku cuma ikut senarai yang cikgu Nasrul bagi lah."Ujar Azura geram.

"Sorry.. sorry..,aku terhibur sebenarnya wakwakwakkk..."Shakira ketawa lagi malah makin menjadi-jadi tawanya.
Azura hanya memuncungkan bibirnya,geram sungguh pada Shakira.

Tepat jam sembilan malam adalah waktu belajar.Azura dan Shakira mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan mereka yang lain.
Shakira yang hangat-hangat tahi ayam itu hanya sekejap saja belajarnya yang selebihnya adalah bersembang dengan Rozana yang merupakan sahabat mereka dari kelas sebelah.

Azura mempunyai lima orang sahabat baik dari zaman sekolah rendah hingga lah ke zaman sekolah menengah.
Azura dan Shakira bersama lagi seorang sahabat mereka Wati di kelas yang sama,tapi gadis seorang itu tinggal diluar.

Manakala Rozana dan Rabbiatul adalah dikelas yang sama.
Sama seperti Wati,Rabbiatul juga memilih untuk tinggal di luar berbanding asrama.

"Ha bagus lah tu sembang kosong memanjang,bila aku dah siap kau tiru siap kau aku kerjakan."
Marah Azura pada Shakira begitu sakan mengekek bersama Rozana.Geng mak lampir (GML) Itulah nama panggilan pada dua gadis itu nampak gayanya tidak lama lagi Azura akan terkena tempias dari dua sahabatnya itu.

"Alah jangan lah macam tu, subjek math aku tolong takkan sejarah kau nak berkira dengan aku."

"Rozana ni pun satu,kau buat karangan ke menconteng buku tu."Kali ini Rozana pula yang dibebelnya.
Rozana tersengih dengan mengangkat dua jarinya membentuk simbol peace.

"Dahlah aku nak pergi bilik air jap,"
Ujar Azura seraya berdiri dari duduknya.

"Kau berani ke?,"
Soal Shakira dengan bibir mencebik.

"Apa yang nak ditakutkan makcik oiii... Tandas sebelah tu je ha.."
Azura berdiri dari duduknya meninggalkan dua sahabat nya itu.Dia masuk ke dalam tandas paling hujung untuk membuang air kecil setelah selesai Azura keluar dan mencuci tangannya di sinki.

Azura menoleh ke sisi dimana datang seorang gadis yang menurut nya adalah pelajar junior, gadis itu melarikan rambutnya lalu menyikat dengan lembut.

"Panjang rambut adik."
Tegur Azura dengan senyuman manis ketika itu Azura sudah siap mencuci tangan sedang membetulkan tudungnya.

"Saya suka simpan rambut panjang,akak penghuni baru ke?."
Gadis itu bertanya juga tersenyum ramah menegurnya.

"Ha'a,dom tiga."

"Akak kawan kak Sha kan, petang tadi nampak kat dewan makan."

"Ya dik,panggil akak Kak Zura je."

"Ok Kak Zura..Akak ni cantiklah."Puji gadis itu membuat Azura tertawa lepas.

"Hahaha... terima kasih,adik pun cantik juga.Kalau macam tu akak keluar dulu ya."
Azura berpamitan keluar dari tandas setelah selesai membetulkan tudungnya.

"Ok kak Zura"

Setelah keluar dari tandas Azura melirik bilik belajar tingkatan tiga dan empat.Ketika itu jugalah Azura terpandang pada cermin slide yang terbuka.Budak perempuan yang ditemuinya ditandas tadi sedang mengulangkaji bersama rakan-rakan gadis itu.
Azura merasa bulu romanya mencanak naik meremang bila terfikir budak tadi.
Pelik siapa yang ditemuinya ditandas tadi jika gadis itu berada disitu.

Kerana seram untuk menjenguk tandas semula Azura mengatur langkah untuk bertanya pada budak perempuan itu.

"Hai.."
Gadis itu mendongak bila Rozana berdiri dimeja belajarnya tepat di depan tingkap.

"Hai kak senior."
Gadis itu senyum ramah.

"Boleh tanya sikit."
Tersenyum,entah bagaimana rupa senyumannya ketika ini.

"Boleh-boleh untuk akak cantik semestinya boleh."
Gadis itu berseloroh padanya dengan begitu santai.

"Adik ada pergi tandas tak tadi,."

"Takde kak, kenapa?."

"Adik ada kembar."
Budak itu tersenyum dengan gelengan kepala.
Rakan-rakan budak perempuan itu mendongak kepala seketika mendengar pertanyaan Azura.
Sejak bila pulak sahabat mereka itu ada kembar.

"Kenapa akak tanya."

"Takde,saja.Tu aje yang akan nak tanya sebenarnya.Maaf mengganggu."
Azura berlalu pergi dengan tanda soal dikepala.
Dia duduk di meja pelajar lalu menyambung kerja sekolah yang terhenti.Dia tergeleng melihat Shakira dan Rozana sudah tertidur dalam keadaan duduk kepala mendarat di meja belajar.Apa lagi melakar peta dunia lah jawabnya,sedangkan pelajar yang lain masih berkutat dengan tugasan masing-masing.

"Tak boleh harap langsung dua ekor ni,nanti warden lalu baru padan muka."

Dua minggu berjalan dengan mulus sepanjang Azura berada di asrama.Tidak sabar menanti minggu ketiga untuk pulang ke rumah,ini adalah kali pertama Azura berjauhan dengan keluarga buat tempoh yang lama.
Azura terbangun dari tidurnya, telinga menangkap bunyi baldi dan tapak kaki orang berjalan sepertinya pelajar tingat atas telah bangun untuk bersiap-siap membersihkan diri.
Menegakkan badan Azura melihat keadaan bilik yang masih gelap dan rakan-rakan sebiliknya masih nyenyak diulit mimpi.
Azura bangun dari pembaringan dan meregangkan otot-otot lalu mengikat kemas rambutnya yang serabai.Dalam samar-samar mata dipicing melihat angka jam dinding melalui pengamatan mata yang masih belum lepas dari rasa mengantuk adalah jam empat pagi.Azura memang jenis mandi awal,dia tidak suka berebut mahupun menunggu giliran untuk mandi.
Turun dari katil mencapai tuala menutupi rambut lalu baldi dan alatan mandian.
Azura turun ke bawah kerana dia lebih suka mandi dibahagikan itu yang lebih bersih.Azura tidak membangunkan Shakira kerana sahabat nya itu jenis yang kuat dan suka beralasan begitu hal nya dengan Rabbiatul.
Ketika turun blok bawah kelihatan gelap gelita hanya satu ruang yang menyala yaitu tempat kebiasaan Azura mandi.
Masuk ke bilik mandi bernombor lima Azura menyangkut tuala dan baju.Lalu mula menggosok gigi,dari bilik air sebelah Azura mendengar bunyi air lega bahawa dia tidak keseorangan.
Setelah selesai mandi,agak heran mengapa bilik sebelah tidak mengeluarkan sebarang bunyi sepanjang Azura mandi.Oleh kerana rasa panasaran Azura keluar dari bilik air untuk menjenguk.
Pintu ditolak...Kosong!, hanya titisan air paip menyentuh baldi berisi air, lantai juga kelihatan kering.
Glup..liur ditelan,bulu roma terasa mencanak naik.Seram sejuk pada area belakang tengkuk.Segera Azura mengganti pakaian dan mengambil barang-barangnya.
Nafas ditarik,mata dipejam lalu dicelik semula.Alatan mandian ditinggal sekejap.Entah apa yang bermain difikirannya dengan sisa keberanian yang ada Azura memeriksa keadaan blok bawah.Melangkah perlahan dalam gelap gelita,kepala tertoleh-toleh kiri ke kanan tidak mendengar sebarang bunyi melainkan bunyi kipas bilik belajar yang terpaksa setahunya segelintir pelajar suka tidur di bilik belajar.
Hinggalah Azura sampai pada hujung blok yaitu bilik dobi pakaian.Tidak berani menjenguk rasa dada berdebar kencang kaki terundur lalu berpusing dan berlari kencang sempat mencapai baldi yang ditinggalkan didepan pintu bilik air.Saat menaiki tangga Azura dapat merasakan sesuatu yang sejuk berada di belakangnya sambil berlari kepala ditoleh namun tidak ada sesiapa hanya angin dingin berada dibelakang.

Sampai sahaja di bilik.Pintu ditutup lalu dikunci,dada turun naik menarik udara disekitarnya,mata tertancap pada jam dinding.Tepat jam dua pagi,Aneh bukankah tadi jarum pendek itu menunjukkan empat pagi.


***
Cikgu Intan selaku guru kelas lima Melati yang juga merupakan tenaga pengajar bagi subjek ekonomi melangkah masuk ke bilik darjah bersama buku bahan mengajarnya.
Berdiri tegak dihadapan dengan senyuman menghiasi wajah jelitanya memerhati muka-muka anak didik kesayangan.
“Selamat pagi anak murid semua.”

“Selamat pagi cikgu”Jawab ketua kelas diikuti rakan-rakan yang lain.
“Duduk.”

“Terima kasih cikgu.”

“Ok baiklah, sebelum kita meneruskan kepada sesi pembelajaran kita hari ini.Cikgu ada beberapa pengumuman.”Cikgu Intan meletakkan buku yang dibawanya lalu menarik dua lembar kertas A4.
“Penguguman apa tu cikgu.”Jawab salah seorang dari mereka.
“Sabarlah, ni yang cikgu nak bagitau ni.”Ujar Cikgu Intan pada pelajar yang bertanya.

“Minggu depan adalah majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang. Alhamdulillah tiga orang antara kamu telah terpilih untuk mewakili terbaik lima subjek.”Azura yang tadinya sibuk menulis sesuatu turun angkat muka.

“Xio Gu,Nurul Azura dan Muhammad Azwan.Tahniah cikgu ucapkan.”Setelah itu kedengaran bunyi tepukan tangan dan ucapan tahniah dari rakan sekelas bagi nama-nama yang cikgu Intan sebutkan.Azura tidak menyangka dia akan tersenarai untuk menerima anugerah itu lagi.
Shakira dan Wati mengucapkan tahniah.Azura tergelak bila Shakira mengatakan yang dia cemburu dengan nya selain selalu mendapat top 3 dalam keputusan peperiksaan.
Azura tahu Shakira tidak memaksudkan melainkan lebih kepada satu gurauan.

“Azura akan menerima dua anugerah yaitu,terbaik dalam matapelajaran sejarah dan ekonomi.Manakala Xio Gu mewakili subjek bahasa English dan terakhir sekali Muhammad Azwan mewakili subjek Sains Sukan.” Ujar cikgu Intan menerangkan lebih lanjut.Setelah itu cikgu Intan meneruskan kepada sesi pembelajaran.


Dua jam mengajar akhirnya lonceng berbunyi menandakan waktu rehat.Cikgu Intan menyudahi sesi mengajar dan memberi ruang kepada anak muridnya berehat.
Azura,Wati dan Shakira berjalan beriringan keluar dari bilik darjah.Shakira terlebih dahulu meminta diri kerana dia ada janji dengan Rozana dan Rabiatul di koperasi sekolah.

“Ati aku kirim boleh?,aku nak hantar buku kat perpustakaan.Lepas aje aku selesai aku menyusul kemudian.”Ujar Azura meminta sahabat nya itu membelikan makanan untuknya dibalas anggukan dan senyuman oleh sahabat nya itu.


Azura memulangkan buku yang dipinjam lalu menuju ke rak buku bahagian novel bahasa Inggeris.Azura sangat gemar membaca novel terutama sekali koleksi Harry Potter.Dalam ralit mencapai buku ada satu tangang menarik buku yang ingin dicapai tadi.Azura menoleh sedikit terkejut lalu menjarakkan diri segaris senyum dilorek pada gerangan si dia.

“Terima kasih”Ucap Azura pada Rayyan bila pelajar dari lima Cempaka itu menyerahkan novel yang ditarik tadi.

“You re’welcome ”Ujar Rayyan dengan tersenyum kacak membuat Azura tergelak bila tersedar dia sedang mengeluarkan bunyi bising laju mulut ditekup.
Tanpa pengetahuan Azura Rayyan sebenarnya mengekori nya ke perpustakaan.Mereka berdua adalah pasangan kekasih tidak ramai yang mengetahui Azura sedang bercinta dengan wakil ketua pelajar itu melainkan sahabat-sahabat mereka.

Setelah Rayyan berpesan untuk mereka bertemu di dewan sekolah bagi bermain badminton sewaktu riadah nanti.Azura keluar dari labry dengan buku yang dipinjamnya, tersenyum lebar hingga kaki menapak melangkah ke kantin.Bila Wati bertanya Azura hanya jawab dengan menggeleng kan kepala.

“Sedapnya nasi goreng ni,mak kau masak ke?.”Tanya Azura pada Wati bila dua suap nasi goreng pemberian Wati dijamah penuh berselera.Azura tahu Wati selalu membawa bekal tap hari ini Wati sangat pemurah berkongsi bekal dengannya.
“Ha'ah, sorry lah tart telur dah habis.Menu makanan lain pun dah licin.”Azura tidak sampai hati melihat muka serba salah sahabat nya itu, lagipun Wati tidak salah.Benda kecil, takkan soal makanan Azura marahkan Azura,dia yang minta tolong tadi.

“Sokey lah Ati, dengar cikgu Nor buat jamuan untuk pelajar pendidikan khas tak heranlah kenapa makanan cepat habis cikgu Nor dah bagi sold out.”Ujar Azura bersahaja dijawab anggukkan kepala Wati.

***
Azura, Shakira dan Rozana berjalan masuk ke asrama dengan berpeluh-peluh.Ketiga mereka baru sahaja bermain badminton dan melakukan jogging mengelilingi bangunan sekolah.Sampai di bilik hostel mereka berpisah dengan masuk ke bilik masing-masing.

“Eh’ akak kat sini,bukan akak kat ampaian ke tadi tengah sidai baju”Tanya Ardiana salah seorang junior termuda dalam bilik mereka.Azura senyum kecil,rasa lucu dahi sedikit berkerut diperhati budak itu sedang memegang bakul menunjukkan bahawa dia baru selesai menyidai pakaian.

“Ardi cakap apa ni,Akak baru sampai lah riadah kat luar.Bila masa pula akak sidai baju,tu nampak baju akak bertimbun tak cuci lagi.”Jawab Azura mengundang tawa rakan-rakan sebilik yang lain.
Ardiana yang tidak puas hati keluar dari bilik menuju ke dom sebelah dimana rakan baiknya berada.Dibawa sahabat nya itu masuk ke dalam bilik untuk membuktikan dia tidak berbohong.

“Betul kak,akak sapa kitorang cakap banyak baju nak jemur dah dinner ke.Akak pakai baju warna merah seluar hitam.”Ujar kawan kepada Ardiana dengan bersungguh-sungguh.Semua mata tertumpu pada Azura,baju putih seluar track warna hitam dengan berpeluh-peluh nya.Jadi jelas dua budak itu menipu.
“Heii Ardi,Suria.Petang dah nak dekat maghrib jangan nak melalut cakap benda yang merapu-rapu.Coba korang tengok baju kak Zura perhati betul-betul warna merah ke putih itu pun kalau kamu berdua tak rabun warna”Tegur Hanisah ketua dom merupakan batch Azura dari kelas lain.
Kedua gadis itu mencebik dengan muka sedih.Azura berasa kasihan pada mereka kerana dimarahi Hanisah.Azura berkata pada mereka mungkin mereka berdua salah orang

Selesai solat berjemaah di surau sekolah Azura dan Rozana kembali semula ke asrama lalu menuju ke bilik belajar.Shakira tidak ikut sekali akibat mengalami period pain.
“Kau dah minum ubat ke?.”Tanya Azura pada Shakira yang sedang mengulangkaji pelajaran dilihat sebelah tangan berada di perut.Shakira geleng kepala membuat Azura dan Rozana berdecit tidak puas hati.
“Apa guna aku bagi ubat kalau kau tak makan,buat perhiasan?.”
“Tah dia ni.Nak buat oleh-oleh balik kampung agaknya.”Sokong Rozana pada apa yang Azura katakan.
“Janganlah membebel.Korang bukan tak tahu,aku tak suka makan ubat.”Jawab Shakira membela diri.Azura mengumpul hela nafas dan dilepaskan.Botol air kepunyaan Shakira dicapai niat untuk meminta air panas pada makcik dewan makan.
“Eh’Zura kau nak pergi mana tu?. Tunggu nak ikut.”Segera Rozana berlari anak mengejar langkah Azura.

“Nak ikut buat apa?.Aku nak pergi dewan makan tu aje nak minta air panas buat tuam tuala pada perut Kira.Kau temanlah Kira kesian dia sorang-sorang.”
“Sorang apanya banyak aje orang kat dalam tu.Aku risaukan kau jalan sorang-sorang.”Tidak mengendahkan kata-kata Azura,Rozana tetap berdegil ingin menemani Azura.

Selesai meminta air.Azura dan Rozana kembali ke bilik belajar, sepanjang perjalanan Rozana begitu asyik bercerita termasuklah khabar angin yang didengarnya dari pelajar lain.

“Betul Zura aku tak tipu,Pelajar aspura nampak benda tu terbang-terbang kat kawasan pokok mangga.”Azura berhenti melangkah gigi gemertak menahan geram pada mulut sahabat nya yang tidak bertapis itu.Mahu saja ditampar dengan selipar,boleh pulak cakap pasal benda tidak berbadan itu tengah malam begini.Sunyi dan kawasan yang tidak berapa di terangi lampu.

“Diam lah Ana!.Kau ni cakap guna otak sikit boleh tak...”Ujar Azura penuh dengan nada geram.

“Ok sorry,aku bila cerita-cerita seram.Aku jadi excited sangat.”Gigi ditayang tidak sepenuhnya rasa bersalah.

“1,2,3,4,5,6...”Mereka berdua saling berpandangan bila mendengar suara orang tengah mengira.Suara yang jelas perlahan-lahan menjadi sayup-sayup dibawa angin yang bertiup,ada getar pada suara itu.
“Kau dengar tak?”Tanya Azura pada Rozana.Mengangguk.
Mereka berdua menoleh mencari arah suara itu.

“Dua pasang kaki tambah dua pasang kaki jadi tiga pasang kaki.”Suara mendayu-dayu bernada sedih terselit tagisan itu sayup-sayup menyapa deria pendengaran Azura dan Rozana.

“Sorang dah hilang kaki mencari kaki ganti...”
Arrghhh..Mereka berdua berteriak lalu berlari lintang pukang mencari arah ke asrama.Dengan nafas tercungap-cungap mereka berdua menarik kerusi duduk di sebelah Shakira.

“Kau orang berdua ni dah kenapa?.Muka pucat semacam.Takkan nampak hantu.”Tanya Shakira pada kedua sahabat nya itu.Azura dan Rozana seakan mahu menagis bila Shakira bertanya begitu.Akhirnya mereka menceritakan apa yang mereka dengar walaupun tidak melihat mereka yakin benda itu adalah hantu.Shakira yang sakit perut terus gelak sakan hilang rasa sakit perutnya mendengar cerita Azura dan Rozana.Bagi Shakira,Azura sudah terjangkit instinct Rozana yang gemar aura horror dan terlalu berlebihan.


***
Azura berlari laju ke arah sinki memuntahkan sesuatu yang dirasakan hanyir meloyakan tekak.
Darah!..Belum pun hilang dari rasa terkejut,lagi dan lagi Azura muntah hingga membuatnya terbatuk-batuk.
“Ya Allah,Zura kau kenapa?.”Panik Shakira cuba mendapatkan sahabat nya itu yang sudah berlumuran darah.

“Kau tunggu sini..aku cuba dapatkan bantuan.”Azura tidak mampu berkata apa-apa selain mengangguk lemah.Segera Shakira berlari mendapatkan pertolongan.Azura merasakan badannya terasa panas dan sesuatu bergerak-gerak di belakangnya.
Sssht...ssshtt..sss
Ular?..
Azura pandang bahu kiri,kepala ular tepat disisinya belum sempat pita suara berteriak ular tedung warna hitam pekat itu telah melilit menjerut lehernya.

“Argggg...ghhh..tolong..long..”Azura terbatuk-batuk rasa darahnya tidak mengalir semakin membuatnya kehilangan oksigen.Kulit ular bersisik cuba disentuh untuk ditarik dari terus-menerus membelit lehernya.

“Zura..zura,heii Azura bangun.”Shakira cuba menarik tangan Azura yang mencekik diri sendiri.Silih berganti Azura dan Rozana cuba membangunkan sahabat mereka itu setelah rakan sebilik Azura gagal membangunkan nya sedang meracau-racau.

“Bismillahirrahmanirrahim..”Dengan bismillah Hanisah menyiram muka Azura dengan gayung berisi air yang diambilnya dari bilik air.Serta merta Azura tersedar lalu terbatuk-batuk perit dirasakan pada lehernya.

“Kau ok tak?”Soal Shakira risau melihat Azura yang begitu menyedihkan.Azura kejap mata beberapa kali terasa tubuhnya menggigil kesejukan.Pelik mengapa semua orang megeremuni nya.
“kenapa semua orang kat sini.”Soalnya pelik,malah melihat Hanisah memegang gayung dan tubuhnya yang basah lagi Azura panasaran.

“Kau tu dah kenapa cekik diri sendiri.Nak mati sangat meii sini aku cekek.”Rozana mengacah ingin mencekik nya laju Azura capai bantal lalu dibaling pada Rozana.

“Kau mimpi buruk, kitorang cuba nak bangunkan kau.Tapi kau tak reti nak sedar, Nisa apa lagi simbah dengan air segayung.”Jawab Shakira

“Mimpi?.”

“Ha’ah kau asyik sebut ular.Tadi kalau kau tak sedar kan diri juga aku bawak sekali mata air paip.”Mereka semua gelak ketawa, lucu dengan apa yang Hanisah katakan.Dalam senyum Azura sedikit janggal dan masih takut, mimpi?.Mengapa semua yang dikatakan mimpi itu terasa begitu nyata hingga benar-benar membuatnya seakan dihujung sakaratul maut.

Hujung minggu, Azura dan dua sahabatnya sengaja turun lambat untuk sarapan pagi.Jam lapan pagi barulah kelihatan muka ketiga gadis sunti itu.

Setelah masing-masing selesai mengambil makanan ketiga mereka duduk menikmati bihun goreng.

"Kau okey tak Zura?."Tanya Shakira entah untuk keberapa kali dia bertanya walaupun Azura mengatakan dia baik-baik saja.

Azura mengangguk lemah.Shakira menghela nafas melihat Azura yang lembik tidak berselera malah mukanya kelihatan pucat.
Rozana yang sedang menikmati sarapan pagi nya berhenti mengunyah.

"Kau takpayah fikir sangatlah.Mimpi ni memang mainan syaitan lagi kalau tidur waktu maghrib."Ujar Rozana cuba memujuk mereka yakin setelah Azura bercerita akan mimpinya sahabat mereka itu masih memikirkan siapa saja yang tidak insecure bila mencekik diri sendiri bermimpi ular.

"Dah makan."Shakira meletakkan garfu pada genggaman tangan Azura menolak sedikit pinggan Azura agar sahabat nya itu makan untuk terus bermaya.

Azura menunduk menguis-nguis bihun lama kelamaan bihun itu bertukar menjadi cacing.
Azura yang terkejut dengan rifleks menolak pinggang hingga jatuh dari atas meja.

"Zura."Tegur Shakira dan Rozana tercengang melihat lantai yang kotor berselerakan akibat bihun yang tumpah.

"Ulat.."Ujar Azura geli menunjuk ke arah bihun.

"Mana ada ulat."Bisik Shakira pada Azura segan bila semua mata tertumpu ke arah meja mereka bertiga.Apatahlagi akak dewan makan memandang mereka semacam.

Bila Azura kedip mata sekali dengan menggosok mata.Matanya kembali normal melihat bihun berselerakan diatas lantai.
Apa jadi dengan dirinya hingga berhalusinasi sebegitu rupa.


***
AWAN mulai bergerak,cuaca mendung kelabu menandakan hujan sebentar lagi akan turun.Semua pelajar tekun belajar walaupun tanpa guru yang mengajar,ini kerana guru mengajar matapelajaran bahasa Melayu sedang ada mesyuarat hanya meninggalkan pesan untuk para pelajar membuat kerja rumah yang diberikan.Azura lebih banyak termenung entah ada apa dengan dirinya selalu mengelamun.

“Zura fikir apa tu?”Tanya Wati memandangkan dia duduk lebih dekat dengan Azura jadi dialah yang berinisiatif menegur.

“Takde apa-apa.Cuma penat sikit yelah minggu lepas kan aku sangat sebok dengan aktiviti kokurikulum sekolah.”Jawan Azura beralasan.

“Kira ada cerita kau selalu mimpi buruk betul ke.Kau tak cerita dengan aku pun.”Soal Wati yang kelihatan berjauh hati dengan sikap Azura yang tidak suka bercerita dengannya.
"Tak penting aku nak cerita,hal remeh aku tak naklah kau risaukan aku."Jawab Azura dengan tertawa lepas.

“ha’..mengata akulah tu.”Mencela Shakira berdiri depan mereka dengan bercekak pinggang lalu berpeluk tubuh.
“Perasan..!”Azura jeling manja pada Shakira membuat sahabat nya itu mencebik juga menjeling.
“Suka sangat korang main jeling-jeling yer, nanti petir sambar mata tu baru tahu erti cantik mata ter juling.”Azura dan Shakira tergelak lucu bila Wati buat lawak begitu.Menyumpah,jarang Wati bercakap sesuatu yang lawak bagi mereka.

“Aku tak dapat bayang doh kalau mata Kira jadi juling.”Azura gelak kecil membayangkan Shakira bermata juling.
“Aku pun sama,agak nya macam ni rupa kau.”Shakira buat demo mata terjuling.
Pargh...,bunyi meja ditepuk-tepuk. Dua pelajar lelaki yang duduk di belakang menepuk meja tergelak besar melihat telatah Shakira.

“Apa gelak-gelak ingat kelakar ke?.”Marah Azura pada rakan sekelas nya itu.Mereka tak endah hanya menghabiskan sisa tawa.
“Nah rasalah aku ada bawa jeruk mangga.”Pelawa Wati membuka bekas taperware berisi jeruk mangga.Shakira senyum lebar dengan mata berbinar

“Takpelah Ati kau makan ajelah dengan Kira.Aku tak suka makan masam-masam ni.”Azura menolak dengan baik takut sahabat nya itu terasa hati.
“Ha’ah, bukan kau tak kenal Zura, lagipun dia tak sukan makan pedas kan.”Ujar Shakira lalu menyubat jeruk mangga ke dalam mulut.

“Korang makanlah ya,Aku nak pergi tandas jap.”Azura berdiri dari duduknya.
“Nak kami teman tak.”Azura hanya menggeleng dengan pelawaan Wati.Azura tidak suka pergi ke tandas berjemaah baginya hanya membuang-buang waktunya.

Berjalan dengan langkah yang sederhana Azura menuju ke arah tandas yang terdekat.Masuk ke dalam bilik air Azura hanya membetulkan rambut, mengikatnya semula kerana ikatan pada rambutnya yang panjang terasa longgar membuatnya tidak selesa.Ketika Azura sedang memakai tudung terasa satu tangan menepuk bahuy.Laju Azura menarik tudung sekolahnya,mata dikebil-kebil.Kiri kanan mencari siapa gerangan orang yang menepuk bahunya.Tidak menemui siapa-siapa di situ.

‘’pelik,siapa tepuk bahu aku.’Bermonolog sendiri.Azura memeriksa satu persatu bilik air, memulai dari pintu pertama satu persatu pintu ditolak.

“Hello”Ujarnya takut-takut tapi masih berdegil ingin mencari tahu.
Tiba di pintu terakhir Azura menolak pintu merasakan ada sesuatu didalam sana.
“Meow.”Bunyi kucing mengiau yang sedang meminum air membuat Azura terperanjat.Mengumpul hela nafas lalu dihembus dengan mengurut dada, Azura berpusing.Tiba-tiba wajah mengerikan berlumuran darah berteriak di depan matanya.
“Siapa suruh kau datang?”Teriak suara itu membuat Azura terperanjat lalu pengsan tidak sedarkan diri.

*****
Azura berjalan di atas bumbung sekolah suara rakan-rakannya memanggil tidak di endahkan.
Perlahan kaki menapak ke hujung lalu melopat terjun dari bangunan empat tingkat itu.Namun,Azura merasakan badannya tak kunjung tiba pada tanah,Azura seperti terbang jatuh yang tak ada penghujungnya roh dalam jasad terasa melayang.
“Zura.”
“Ray,”Suara Azura tidak kedengaran hanya dia sendiri yang mampu mendengarnya.Rayyan cuba mendapatkan Azura dengan terjun menyusuli kekasih hatinya itu.
“Arghhh Ray....”Azura berteriak histeria memanggil Rayyan yang jatuh menyembah bumi dengan berlumuran darah.
“Rayyan.”Serta merta Azura terjaga dari mimpi negerinya.Muka diraup terasa peluh membasahi diri,Azura bangun dari pembaringan.Kepala disentuh,dahi berbalut mungkin dahinya terhantuk sewaktu pengsan.
Mimpi lagi?..Kesal,mengapa dia selalu bermimpi buruk sejak tinggal di asrama itu.

Tunggu!, diperhati keadaan sekeliling.Menyedari dia kini sedang berada di rumah.Nafas ditarik lega walaupun pelik, seingatnya dia berada di tandas sekolah melihat muka mengerikan itu.
Bangun dari pembaringan kaki turun menyentuh lantai.Melangah ke luar dari bilik tidur dapur dituju.
“Ibu..ibu..ayah...”Ibu dan ayahnya dipanggil namun tidak ada sahutan yang diterima.Kemana semua orang pergi.
Menarik kerusi pada meja makan lalu segelas air putih diteguk.
“Kau dah sedar ke?”Azura menoleh ke arah suara itu.
“Eh kak Cah.”Muncul Aisah lalu melabuhkan punggung duduk dihadapannya tidak lama kemudian Anyra juga ada.Dua kakaknya itu sedang melanjutkan pengajian di Perak dan Terengganu mungkin sedang cuti semester.

“Ha’ah.Akak berdua cuti ke?.”Tanya Azura pada kedua kakaknya itu.
“Akak memang cuti,cuma kak Yra sengaja balik bila ibu telefon adik tak sedarkan diri”Jawab Aisha membuka tudung saji pinggan dicapai menyenduk nasi untuk adiknya.

“Kenapa adik tak sedarkan diri.?"

“Ada budak jumpa adik terlentang kat lantai tandas.Bila bawak pergi klinik doktor cuma cakap adik luka sikit kat kepala.Ibu dan ayah bawak adik balik rumah sebab adik asyik meracau benda yang bukan-bukan.Dua hari tau adik tak sedarkan diri.”Jawab Aisah pada pertanyaan Azura.

“Bukan-bukan yang macam mana?.”

“Adik duk ulang sebut ular dan tolong.Badan adik banyak lebam”Ujar Anyra lalu bangkit dari duduknya menarik baju Azura terbuntang mata gadis itu bila melihat banyak kesan lebam pada tubuhnya.Tidak cukup dengan itu Anyra juga menarik kolar baju menampakkan bahu adiknya yang putih melepak itu kemerahan.

“kak kenapa badan adik boleh jadi lebam ni”

“Nak tahu sebab apa.Semalam kitorang gotong-royong kat belakang laman rumah banyak sangat nyamuk.Sewaktu ibu tengah sapu daun-daun kering ibu terjumpa benda khurafat.”Ujar Aisah membuat Azura terpampan mendengar perkataan terkutuk itu.Ya’Allah apa dosanya sehingga ada yang sanggup menganiaya dirinya sebegitu rupa.Benci dan dendam sangatkah orang itu padanya.

“Khurafat?.”Tanya Azura seakan tidak percaya benda itu terjadi dan kena pada diri sendiri.Aisah dan Anyra angguk serentak, lalu Anyra menceritakan apa yang terjadi semalam.

“Kain kuning berbalut kain hitam dalam benda tu ada sehelai kertas.Dalam kertas tu tertulis macam sebuah mentera lah macam tu ke apa."

“Adik jangan risau,ibu dan ayah dah bawak benda tu pada ustaz.Semalam ustaz ada datang buat rawatan kat adik.Ustaz cakap ada orang buat benda tak elok pada adik sekarang ni ibu dan ayah on the way jemput ustaz datang rumah.”

“Astaghfirullah.Zaman dah moden macam ni masih mengamalkan benda-benda terkutuk.”

“Orang terlaknat macam ni dik kau jangan pandang sebelah mata.Ni mesti kes-kes orang dengki yalah adik akak ni kan cantik pandai,pantang nampak orang lebih sikit mulalah nak busuk hati.Ya Allah siaplah yang buat benda tak baik pada adik aku ni.Kalau akak dapat tahu memang nahas orang tu akak kerjakan.”Ujar Aisah dengan mengepal buku lima.Sakit hati,jijik dan marah segalanya bercampur.Azura seorang remaja berbudi pekerti tidak mungkin ada orang yang sakit hati kecuali orang itu dengki.Siapa agaknya yang sanggup menganiaya darah dagingnya sendiri.

“kena hati-hati banyakkan solat dekatkan diri dengan Allah.Banyak mengaji ustaz belum habis buat rawatan,kalau orang yang buat kau tu tak dengan cara kasar cara halus pun dia boleh buat kalau hati tu dah bernanah dengan iblis-iblis yang bersarang.”Nasihat Aisah pada adiknya,tangan Azura digenggam memberi semangat.Terasa sejuk beku jemari adiknya itu.

“Talah, adik pun tak tahulah kak.Sejak adik masuk asrama banyak benda pelik jadi pada adik.”Azura mengeluh berat.Tidak terfikir dek otak ada manusia-manusia berhati kotor yang sanggup mengabdi diri menyembah syaitan untuk meminta pertolongan.

“Sejak adik masuk asrama?..”Tanya Anyra dijawab anggukkan lemah dari Azura.Anyra tampak berfikir lama.

“Adik kena hati-hati.Peka dengan keadaan sekeliling jangan terlalu dekat dengan orang-‘orang sekitar adik.”

“Kenapa kak Ra?.”

“Akak rasa ini perbuatan dari orang terdekat.Mungkin juga seseorang yang sangat rapat dengan adik.”

***
ESOK adalah peperiksaan sijil pelajaran Malaysia akan berlangsung dimana kertas bahasa Melayu akan memulai lembaran bagi pelajar yang mendudukinya.
Sudah sebulan sejak peristiwa itu berlaku Azura engan memikirkannya takut menganggu konsentrasi minda yang malah nanti nya memberi kesan pada jawapan kertas peperiksaan.
Azura, Shakira,Wati dan Rozana.Keempat gadis itu sama-sama mengulangkaji pelajaran dan saling membantu antara satu sama lain.Wati mengambil keputusan untuk masuk asrama sepanjang peperiksaan SPM berlangsung.
Menutup buku,Azura berdiri dari duduknya meminta Shakira menemaninya ke tandas.Sejak kejadian pelik dan penemuan benda khurafat itu,Azura tidak berani bersendirian kemana-mana harus berteman.

“Eh bukan dua minggu lepas period kau dah berhenti ke?.”Soal Shakira melihat Azura membawa pad.

“Sehari aje berhenti, lepas tu dah tiga minggu aku tak berhenti keluar darah.”Jawab Azura itupun sedikit-sedikit.Lalu masuk ke dalam tandas,shakira menyeringit heran dengan menghela nafas panjang berfikir adakah Azura mengalami masalah kitaran haid.
Beberapa minit kemudian Azura keluar lalu mencuci tangan disingki.Tisu dicapai mengeringkan tangan dan bersandar pada dinding dengan berpeluk tubuh.

“Tadi kat dewan makan aku terserempak dengan Ray,dia tanya kalau coklat Cadbury dairy pemberian dia dah sampai pada kau atau tak?.”Ujar Shakira setelah selesai membasuh muka.

“Coklat?.Mana ada, takde pun.”Dahi Azura sedikit berkerut.Setahunya tidak seorang pun yang menyerahkan padanya coklat pemberian dari Rayyan itu.
“Sebab tulah aku tanya.Ray cakap coklat tu dia bagi pada Ati dan Ana, pas kat kau.”

“Rasanya takde.Mungkin dia orang simpan kat mana-mana lah tu lupa nak bagi.”Cuba berfikir secara positif tidak mahu bersangka buruk pada kawan-kawan sendiri.

“Jangan mereka berdua dah makan sudah.”Balas Shakira dengan ketawa geli hati,Azura mencebik.Lalu mereka berdua berlalu pergi keluar dari bilik air.

Azura menarik kerusi lalu duduk.Lama termenung jauh terasa sesuatu yang dingin masuk ke dalam diri lalu suhu dalam badan bertukar menjadi panas.
“Zura kau kenapa?.”Tanya Rozana melihat Azura termenung jauh tanpa berkelip mata.Wajah sahabat nya itu tanpa expresi lurus ke hadapan.

“Eh’.. Kira, kau tengok kawan kau ni buang tebiat.”Ujar Rozana pada Shakira dengan menyiku lengan sahabat nya itu Wati juga turut menoleh ke hadapan.

“Zura kau kenapa,sakit perut ke?. Shakira menyentuh bahu Azura namun gadis itu diam tidak berkutik hanya membisu.

“Kau jangan lah macam ni,kau buat kita orang bertiga ni takut tau tak?.”Ujar Shakira ketakutan sudah lima minit berlalu Azura tetap pegun tidak bergerak seakan telah disumpah menjadi batu.Shakira menguncang bahu sahabat nya itu kali ini Azura menoleh dengan tersenyum senget mata juga kelihatan tajam menikam.

“Eh’ seram pulak aku dengan dia ni.Zura
jangan macam nilah.Tak seronok lah malam-malam macam ni.”Rozana sudah bersembunyi di belakang Shakira bila Azura bertingkah begitu.

Bunyi geseran kaki bangku pada lantai membuat bunyi yang panjang menambahkan rasa takut ketiga sahabat itu.Azura berdiri dari duduknya lalu keluar dari bilik belajar,semua pelajar yang ada disitu turut menoleh memerhati Azura.Shakira menarik pergelangan tangan Rozana secara paksa untuk mengikuti Azura yang sedang menuruni tangga.

“Zura kau nak pergi mana?.”Panggil Shakira dari atas mencipta jarak tidak terlalu dekat dengan Azura yang kelihatan menyeramkan.
Azura paling muka mendongak ke atas, kelihatan beberapa pelajar juga mengikuti Shakira.Sekali lagi Azura tersenyum seram lalu berlalu pergi menuruni tangga.Tidak putus asa Shakira laju mengekori langkah Azura sehingga sampai di sebuah taman belakang asrama yang dipenuhi semak samun menunjukkan tempat itu sudah lama tidak dibersihkan..Angin mulai terasa bertiup sepoi-sepoi dari perlahan semakin kuat.Angin yang terasa sejuk namun rasa terasa seram bila menyapa menyentuh kulit badan.
“Zura marilah naik,kita belajar.Buat apa kat situ gelaplah.”Pangil Shakira bernada lembut dan memujuk disokong oleh Rozana.

“Ha’ah Zura mei lah naik.Nanti ada binatang berbisa ke apa.”
Azura pusingan badan sekali lagi senyuman senget bak patung Annabelle yang menyeramkan.Kepala terdongak ke atas melihat satu persatu wajah yang berdiri di beranda asrama.Bila terpandang seseorang kepala di senget membuatkan bunyi tulang leher seperti dipatahkan lalu berlari mengejar entah siapa yang dikejar Azura juga tidak tahu membuat semua orang dalam bangunan aspuri melarikan diri ketakutan melihat Azura seperti orang dirasuk.Azura berhenti sejenak melihat kedua belah tapak tangannya menggigil malah jelas pada pendengarn ada suara garau begitu seram ada dalam dirinya.Nafas kasar itu seakan memintanya menakutkan semua orang.Azura ingin berhenti dari semua ini namun dia tidak mampu.

“Kamu semua jangan ganggu dia,dia milik aku.”Ujar Azura namun suara yang keluar pada pita suaranya kedengaran seram dan keras bernada garau seperti gergasi yang sedang mengamuk.

“Ya Allah Zura kenapa.”Tanya Rozana pada Shakira, kedua gadis itu sudah menagis melihat keadaan Azura.Mereka yakin ada makhluk lain menumpang masuk ke dalam badan sahabat mereka itu.
Tidak lama kemudian muncul Rayyan dan Ustaz Azam bersama warden aspuri cikgu Arin dan Cikgu Siti Zabiah.
“Zura bawa mengucap, bertenang.”Ujar Cikgu Arin cuba mendekati Azura.Ustaz Azam melantunkan bacaan-bacan ayat suci cuba mengusir keluar makhluk yang ada dalam badan Azura.


Azura meronta-ronta bila Cikgu Arin memegang bahunya malah Azura mencarut menggunakan bahasa kasar.Bila cikgu Zabiah mendekati Azura batang lehernya dipegang diurut lembut dan berbisik sesuatu yang membuat Azura lemah lutut terasa longlai.Dibantu dua guru wanita itu Azura duduk di hadapan bangku pengawal.Azura menangis bila mengenang apa yang terjadi sebenar tadi,semua bawah sedarnya namun dia tidak mampu malahan dia sendiri lupa bagaimana membaca ayat kursi.

“Dah jangan fikir sangat.Cikgu ada.”Ujar Cikgu Zabiah cuba menenangkan Azura dengan memeluk bahu anak muridnya itu.
Shakira menghampiri Azura lalu menghulurkan sebotol air.Azura menyambut lalu meneguk dengan rakus hingga tidak tersisa walau setitis.Shakira yang masih menagis mengusap lembut belakang tubuh Azura.

“Bantu Zura ambik wuduk.”Cikgu Arin menyerahkan sebotol air bersaiz besar pada Shakira untuk membantu Azura berwuduk.Rozana yang berada di belakangnya Rayyan tersedu-sedan menahan tagis malah matanya kelihatan kemerahan.


*****

KEESOKANNYA setelah selesai menjawab kertas peperiksaan Azura berjalan tergesa-gesa cuba menyaingi langkah orang yang berjarak sepuluh miter darinya.Mujur Azura pelajar yang pintar,semua soalan tidak sukar baginya walaupun apa yang terjadi semalam sangat mengganggu dirinya namun cuba diusir jauh-jauh dan bertawakal kepada yang maha pencipta.
Walau banyak mata-mata yang mencuri pandang ke arahnya Azura tak endah.Dia sedang di pandang serong oleh rakan-rakan yang lain.
‘Baguslah tu mengata belakang aku.Bagi pahala percuma pada aku.’Desis hati Azura, jelek dengan perangai rakan dari kelas lain.

“Wati.”Panggil Azura membuat langkah Wati mati lalu menoleh ke arahnya dengan tersenyum manis.Plastik,bagi Azura senyuman Wati kelihatan palsu tentunya senyum yang dilempar padanya selama ini tidak ikhlas.

“Eh Zura.”Laju Azura menarik Wati ke tempat yang tersorok tidak ingin mengaibkan sahabat sendiri jika nanti Azura hilang pertimbangan akibat terlalu marah.Tapi masih pantas kah Wati menjadi sahabat nya setelah apa yang gadis itu lakukan padanya.

“Kenapa kau sanggup buat aku macam ni Ati?.Kau kawan aku,.”Tanya Azura pada Wati namun dahi Wati berkerut tidak faham apa yang Azura cuba katakan.
“Kau cakap apa ni Zura aku tak faham.” Wati balik bertanya membuat Azura menahan rasa.Kenapa Wati masih berpura-pura dan berdalih.

“Tak faham atau buat-buat tak faham.”Ujar Azura geram,hilang rasa sabarnya.Meyampah melihat riak Wati yang polos konon tak berdosa.

“Seriously aku tak faham.”


“Tak faham atau buat-buat tak faham.”Ujar Azura geram lagi dan lagi Wati sengaja menguji tahap kesabaran yang makin menipis.

“Ada orang nampak kau tanam benda kurafat kat taman belakang asrama.Apa masalah kau sebenarnya sampai sanggup buat benda terkutuk tu?.”Azura yakin semua yang terjadi menimpanya adalah perbuatan Wati.Tidak sangka kawan sendiri sanggup menyakitinya tidak terlintas langsung di fikiran dalam banyak-banyak orang Wati lah angkara nya.Sahabat yang dianggap baik dan bersopan santun dimata orang lain .Dia ingin mendengar dari mulut Wati sendiri.

“Benda yang ada kat rumah aku perbuatan kau juga ke?.Aku muntah darah Ati, sampai hati kau sakitkan aku?.”

“Kau merepek apa ni Azura!.”Wati senyum sinis riak angkuh dipamerkan.

“Kau memang dah sakit disebabkan benda semalam.Harap otak kau masih berfungsi dengan baik.”Sinis menyindir,Wati merendahkan Azura,membuat Azura mendesah berat.

“Aku kawan kau!.Lima tahun kita kenal bukan lima hari.Ada orang nampak kenapa kau masih nak nafikan.”
“Jadi ada orang nampak lah yer.”Wati mendekat memandang Azura lekat dengan air muka sinis dan tidak puas hatinya.

“Kenapa.”Tanya Azura terbata tentunya Azura kecewa dengan Wati.Bukan sahaja kecewa malah hatinya sangat sakit dicarik-carik atas pengkhianatan Wati,semua orang asyik mengatanya sejak semalam yang dia ada saka.

“Kenapa kau sanggup buat macam ni?. Patutlah semalam kau takde bila benda tu masuk badan aku.Aku ingat dengan jelas bila aku pandang muka kau,Kau angguk seakan memberi arahan pada aku.Apa salah yang aku dah buat sampai kau nak berdendam sanggup buat benda terlaknat.Berapa bulan kebelakangan ni aku menderita disebabkan perbuatan kau.Tak cukup apa yang jadi semalam, sekarang ni orang duk mengata aku ada saka.”Ujar Azura penuh emosi air mata tak tertahan laju mengalir rasa sedih dan marah bercampur rasa.Wati paling muka tidak tergubris hati untuk merasa bersalah malah dia sangat suka Azura begitu.Lemah!

“Aku tak suka bila semua orang asyik puji kau.Azura cantik,Azura pandai,Azura baik, Azura ni Azura itu.Semua orang sanjung duk puji-puji kau.”Marah Wati seraya menolak bahu Azura hingga Azura terundur bila Wati menolak bahunya silih berganti kiri dan kanan.

“Wati.”Panggil Azura lemah.

“Rayyan kau dapat.Asyik selalu top 3 dalam kelas.”Marah Wati penuh emosi dengan nada cemburunya.

“Jadi kau tak sampikan coklat pemberian Ray pada Zura.Kau makan ke?Tak malu ambik hak orang lain?.”Tempelak Rozana mencela membuat Wati terkejut.Rozana muncul bersama Shakira yang dari tadi memerhati dari jauh.Rozana tidak menyangka Wati tidak menyerahkan pemberian Rayyan pada Azura mengigat saat itu Wati berkeras ingin memberi sendiri pada Azura.

“Oooh..Kau suka Rayyan ye.Dia suka kau tak?.Sayang kau memang tak layak untuk dia sebab Ray memang pandai menilai dan tahu mana yang berhati busuk dan mana yang berhati mulia.Sebab tu dia tak pandang kau even kau selalu solat menepati masa, berbedak tebal sepuluh inci.Patutalah Miss Maria cakap bibir kau macam bendera China merah menyala.”Panjang lebar Shakira mengutuk Wati hingga membuat muka gadis itu kemerahan menahan malu dan marah.Sakit hati tidak sangka Wati sanggup berbuat jahat pada Azura,kawan pengkhianat!

“Kau sendiri yang bodoh kurang cerdik ada hati nak cemburukan orang lain.Azura memang layak dapat dengan apa yang dia dah usahakan.Lain kali jangan tahu melawa je.”Timpal Rozana menambah bumbuh rasa atas apa yang Shakira katakan.Biar Wati tahu tidak ada satu orang pun yang memihak.Ataupun menyebelahinya bila dia mengamalkan ilmu hitam untuk menyakiti orang lain.
“Kau orang berdua apa tahu.Korang tak duduk kat situasi aku,tak faham apa yang aku rasa.Balik rumah kena bebel asyik mak aku selalu bandingkan dengan Azura.”Balas Wati membela diri bertubi-tubi disalahkan begini, lagilah sakit hatinya bila Rozana dan Shakira menyebelahi Azura berbanding dirinya.Lihat,semua orang sayangkan Azura apa dia tidak bermakna apa-apa?.Wati mendengus kasar wajah Azura dijeling.

“Kau kurang belajar apa yang cikgu ajar.Tapi boleh pulak yer kau belajar khatan ilmu hitam, dengan bomoh mana kau belajar aniaya orang ni?.Hati kau tu busuk sangat tu yang tak boleh terima teguran.Mak kau bandingkan untuk kau berfikir cara positif.”Marah Shakira bersiap mendekati Wati ingin mencekik leher perempuan itu laju Rozana dan Azura menahan.

“Azura sempurna sangat ke?.Kenapa menagkan dia,Aku pun kawan korang juga.”Rozana menjeling jijik.Najis sungguh kau Wati!

“Tolong sikit, tak ada hati aku nak kawan dengan orang yang sanggup khianat pada kawan sendiri.Cepat minta maaf dengan Azura sebelum kami bagi tahu hal ini pada pengetua.”Balas Rozana dengan riak bengangnya.Sekarang mereka tahu inilah Wati si wajah polos berjalan seakan gadis melayu terakhir.Puih kawan jahanam lagi dan lagi Rozana menyumpah.

“Apasal aku nak minta maaf.Dia memang layak dapat pun,padan muka.”
Parghh...Laju telapak tangan Shakira memberi penampar pada pipi Wati.Sakit hati nya dengan muka angkuh tidak bersalah Wati.
Wajah Wati terteleng segaris senyum sinis atas perlakuan Shakira padanya.Sakit sungguh hati ini!
“Puas hati aku,dasar pengabdi setan.”Ujar Shakira laju menarik pergelangan tangan Azura untuk berlalu pergi namun Azura menahan sebentar membuat Sahkira dan Rozana berdecit.Apa lagi Azura ni?..

“Aku tak berharap untuk kau minta maaf.Aku ikhlas untuk maafkan apa yang kau dah buat pada aku, sekurang-kurangnya aku tahu mana kawan mana musuh.Cuma aku harap kau tak munafik dengan sujud yang selama ini kau buat dalam lima waktu kau.Aku harap kau bertaubat dan jangan lagi mengamalkan benda khurafat tu..”Ujar Azura dengan menitiskan air mata menahan tangisnya untuk berlebihan jatuh.Wati paling muka tidak rela melihat wajah Azura yang begitu dibencinya.

“Wati mulai dari saat ini kau bukan kawan aku lagi.”Timpal Azura lagi lalu melangkah pergi bersama Rozana dan Sahkira.Sempat Rozana mencemuh membuat Wati mengepal tangan,Geram.

“Memang takde orang lah nak kawan dengan kau kalau macam ni perangai.Kau kawan dengan iblis-iblis yang kau bawak bersekutu tu?.”
Wati terduduk dengan tangisan sakit hati.Semua orang tinggalkan dia,Azura tetap di atas dia tetap dibawah.Dia tidak boleh menyaingi perempuan itu.


~TAMAT~

Selamat datang ke Cerpen pertama Sky :) Tak tahulah seram ke tak,pertama kali terjun ke horror story. Enjoy reading DR.❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience