ALKURA-KURA 1

Romance Series 15072

KERETA Limousine yang terletak tidak jauh daripada tempat dia berdiri sejak tadi dihampiri.Mateen menyeluk kunci keretanya di dalam poket seluar sleknya.

Disaat dia mahu membuka pintu keretanya, tiba-tiba seorang lelaki bertopeng menepuk-nepuk bahunya sambil mengacukan pisau. Mateen membeliakkan biji matanya. Terkejut!

"kau! bagi duit kau! kunci kereta kau sekarang! " ugutnya. sekarang bukan seorang, tetapi berdua.Mateen terkebil-kebil. Hendak bercakap sepatah apapun tidak keluar.

"woi! bengap punya mamat. aku cakap, bagi kunci kereta kau yang lawa tu. duit kau! kad bank kau! kalau tak , pisau ni aku benamkan dalam-dalam dalam perut kau. cepatlah sial!" jerkahnya.Dia menarik baju Mateen manakala seorang lagi melilaukan matanya kerana takut ada orang akan ternampak akan segala perbuatan mereka.

"sa.. saya ada duit. tapi encik, tolong lepaskan saya. dalam dompet saya tak ada duit. dalam bank je ada." jawab Mateen sambil tergagap-gagap dan gentar. bergetar segala tulang lututnya apabila perompak itu asyik mengacukan pisau ke arah perutnya.

"apa punya bengap lah orang kaya macam kau! bagi kad dengan kunci kereta kau sekarang! " ugutnya dengan nada berbisik. kepalanya melilau-lilau. dia menyeluk seluar poket seluar slek kepunyaan Mateen. jejaka itu ingin menjerit meminta tolong namun teriakannya terbantut apabila kepalanya ditampar kasar dengan kasut. pok! pok! pok!

"diamlah sial! woi Jay! kau tolong tengok !" arahnya kepada kawannya. Mateen menyeluk poket seluar sleknya disebelah kiri. tangannya merapa lampu suluh kecil berwarna hitam di dalam poketnya.

"woi! pistol! dia pegang pistol! chau! " jerit kawan seorang perompak bernama Jay itu. perompak yang lagi mengacukan pisau di perut Mateen terpinga -pinga. dia terkejut lalu melangkah setapak dan cuba membuka langkah.

"pergi! kalau tak, aku tembak kau! " jerit Mateen sambil memegang lampu kecil di dalam poketnya . bukan pistol pun dia pegang padahal lampu suluh aje! perompak itu pun lari lintang pukang entah kemana pun mateen tidak tahu. yang dia tahu, ada bunyi tong sampah tumbang. mungkin masuk dalam tong sampah agaknya! tangannya lantas laju mendail nombor pihak berkuasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience