SESAMPAI di restoran, Miya meminta diri ke tandas terlebih dahulu untuk mencuci muka.Tidak mungkinlah dia masuk ke restoran eksklusif dengan muka tidak bermaya seperti sedang berkabung kematian suami.
Setelah selesai, dia mengoles sedikit bedak dan lipstik supaya wajahnya kelihatan lebih segar. Tidak lupa, menyembur sedikit pewangi pada leher dan pergelangan tangan.
Ketika dia masih memerhatikan penampilannya di depan cermin, seorang perempuan keluar dari sebuah bilik tandas. Tidak mengendahkan dan tidak juga melirik ke arah perempuan itu, dia menyimpan semula pewanginya ke dalam beg tangan.
“Miya?” Tiba-tiba perempuan itu menegur.
Miya toleh. Berubah wajahnya. Dia cukup kenal perempuan ini dan tidak akan melupakan wajahnya sampai bila-bila.
Perempuan itu melangkah perlahan mendekati Miya. Anak matanya bergerak memandang dari atas ke bawah dengan tatapan meremehkan.
Miya malas melayan. Mahu segera keluar, tetapi perempuan itu tiba-tiba menangkap lengannya.
Tatapan Miya turun, memandang lengannya yang di dalam genggaman perempuan itu. Perlahan tangan perempuan itu dia singkirkan sebelum mengambil beberapa helai tisu dan mengelap bahagian yang dipegang tadi. Walaupun dia tidak lantang seperti Balqis, tetapi dia cukup pakar membuat orang lain tersudut sehingga hilang muka.
“I wonder how an ordinary woman like you can afford to eat in this luxurious restaurant,” ujar perempuan itu.
Miya tertawa sumbang. “Yeah, you’re right. I can’t afford. So do you,” balas Miya dan terus keluar.
Perempuan itu mengetap bibir. Miya tetap sombong dan dingin seperti dulu. Benci dia melihat Miya dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ditinggalkan Iqmal Hakimi. Riak wajah Miya yang tenang itu juga membuat dia meluat.
KETIKA Miya melangkah masuk ke restoran, dia melihat Adrian sedang berbual dengan seorang lelaki. Walaupun lelaki itu membelakanginya, tetapi Miya rasa dia cukup kenal.
Semakin dekat, semakin kencang degup jantung Miya. Rasanya dia tidak salah. Terserempak dengan Amelia di tandas tadi mengukuhkan lagi tekaannya.
Miya memperlahankan langkahnya, berdoa supaya Adrian segera beredar dari situ. Namun sepertinya nasib tidak berpihak kepadanya hari ini. Suaminya itu kelihatan begitu ralit berbual entah apa.
Beberapa langkah menghampiri meja itu, barulah Adrian menyedari kehadirannya. Tatapan Adrian ke arahnya membuat lelaki yang berdepan dengan Adrian itu turut menoleh ke arahnya.
Jantung Miya tidak lagi berdegup kencang, tetapi hilang langsung degupannya. Benar. Itu memang dia. Iqmal Hakimi.
Cuba mengawal rasa gugupnya, Miya tersenyum ke arah Adrian.
“Miya?” Iqmal menyapa dengan wajah teruja dan tidak percaya secara bersamaan.
Miya meneguk liur. Kenapa mesti Iqmal menyapa dan menyebut namanya di depan Adrian?
Dapat Miya lihat rona wajah Adrian berubah. Bimbang dia jika Adrian akan bertindak di luar dugaan seperti pagi tadi.
“Erm...sorry..." Miya pasang tampang serba-salah. Alang-alang mahu mengelakkan kecurigaan Adrian, lebih baik dia balas dendam sekali. Serampang dua mata kata orang. "Saya...tak berapa cam encik. Kita pernah jumpa kat mana ya?”
Berubah wajah Iqmal. Fahamlah dia yang Miya tidak mahu menunjukkan kepada Adrian yang mereka pernah saling kenal. Bukan hanya saling mengenali, tetapi mereka pernah menjadi pasangan kekasih.
“Oh, saya ada attend event DayMond dengan ex girlfriend saya sebelum ni. Awak Marketing Manager DayMond kan?” Iqmal tersenyum kecut. Terpaksa mengikuti permainan Miya kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan. Teringat dia beberapa hari lalu, kedai bunga yang dibayarnya untuk menghantar bunga kepada Miya setiap hari memberitahu suami Miya memberi amaran kepada mereka supaya tidak lagi menghantar bunga kepada isterinya. Terpaksa dia meminta kedai bunga lain pula menghantar bunga kepada Miya. Dia memang tidak menulis namanya pada kad yang diselitkan pada jambangan bunga yang dihantar kepada Miya, tetapi dia menulis nama setiap tempat yang pernah mereka kunjungi sepanjang mereka bersama. Dia mahu Miya mengingat segala kenangan manis mereka dan kembali padanya. Dia memang seronok bersama Amelia yang liar dan bebas, tetapi untuk dijadikan isteri, dia mahukan perempuan seperti Miya. Tidak mungkin dia menikahi Amelia dan menjatuhkan martabat diri dan keluarganya.
"Yeah. Send my regards to your ex girlfriend," ujar Miya. Terdengar sinis, namun wajahnya tetap mengukir senyum.
"Dia dah kahwin."
"Oh..." Miya melekapkan tapak tangannya ke dada. "... I'm sorry."
Iqmal tersenyum kelat. "It's okay."
“Well..." Adrian yang sejak tadi menjadi pemerhati, berdiri dari duduknya. Akal bijaknya dapat menghidu sesuatu antara Miya dan Iqmal Hakimi. Dia bukan buta dan tidak bodoh untuk menilai tatapan Iqmal pada Miya."...I mintak diri dulu," ujarnya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dan segera disambut oleh Iqmal.
“Okey.” Iqmal mengangguk dan tersenyum.
Adrian menghampiri Miya dan dengan spontan melingkarkan tangannya ke pinggang Miya; membawanya menuju ke meja yang telah ditempah oleh Eryna untuk mereka. Dia tidak berniat untuk membuat Iqmal cemburu, tetapi mungkin itu sudah menjadi tabiatnya ketika bersama Dahlia.
SEMENTARA Iqmal, masih tidak mengalihkan pandangannya dari Miya dan Adrian saat Amelia kembali.
“Sayang, you have no idea siapa yang I jumpa kat tandas tadi,” ujar Amelia teruja lalu duduk di depan Iqmal. Namun melihat Iqmal memandang ke satu arah , dia turut menghalakan pandangannya ke arah itu. Mengecilkan matanya, dia melihat Miya duduk di satu meja bersama seorang lelaki Cina.
“Miya with Adrian Liew?” gumamnya.
Siapa tidak kenal Adrian Liew. Anak taikun terkenal, Alexander Liew yang memiliki rangkaian hotel Acassia Villa dan memiliki rangkaian pusat membeli belah di beberapa ibu kota Asia iaitu Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, dan Tokyo. Adrian banyak membantu bapanya itu menguruskan perniagaan. Sejak kematian isterinya setahun lalu, ramai gadis yang cuba mendekatinya, namun lelaki itu tidak pernah menunjukkan minat. Tetapi sekarang, dia bersama Miya? Miya Liany? Gadis yang dingin, sombong, angkuh, dan berfikiran kolot itu? Hah, sungguh tak sangka!
Amelia kembali memandang Iqmal yang kelihatan terganggu. Sungguh dia tidak senang melihat reaksi teman lelakinya itu. Apa Iqmal masih menyimpan perasaan pada Miya? Bukankah Iqmal sendiri yang meninggalkan Miya dan memilihnya? Mengapa sekarang Iqmal berkelakuan seolah-olah menyesali keputusannya? Ah, tidak...tidak...dia tidak akan membiarkan Iqmal lepas darinya.
DI satu sudut, Miya dan Adrian masing-masing memerhatikan menu. Namun fikiran Adrian langsung tidak tertumpu pada menu itu. Dia dapat menangkap pandangan mata Iqmal yang tidak lepas memandang Miya. Ada sesuatu antara Miya dan Iqmal Hakimi. Dia dapat rasakannya.
“Did you know him?” tanya Adrian.
Miya yang sedang menatap menu, mengangkat muka memandang Adrian.
“What?” tanyanya.
“There’s something between you and him, right?”
Miya mula dapat menangkap maksud Adrian. Tentu lelaki itu memaksudkan Iqmal. Miya tahu dia tidak mungkin dapat menyembunyikan apa-apa daripada Adrian, tetapi dia tidak mahu bercakap tentang Iqmal sekarang. Dia mengantuk, dia penat, dan dia lapar.
“Kita datang sini nak makan, so I don’t want to talk about someone that has nothing to do with us,” ujar Miya.
Adrian jongket kening. Mengerti. Miya tidak mahu bercakap tentangnya. Tak apa. Dia ada banyak cara untuk mendapatkan maklumat.
“You’re right.” Adrian tidak mahu memaksa.
“So, nak makan apa ni??” tanyanya.
“Erm..tak tahulah. Saya tak pernah datang sini. Apa kata awak order untuk saya?” jawab Miya. Sengaja menyuruh Adrian membuat pesanan untuknya. Mahu mengalih perhatian Adrian daripada memikirkan Iqmal Hakimi. Dia tidak mahu Adrian berubah mood kerana perkara kecil itu. Cukuplah sekali dia melihat Adrian menumbuk orang.
“Awak boleh makan apa saja yang saya order?” tanya Adrian.
“Yeah. I’m not a picky eater,” balas Miya.
“Okay, then.” Adrian mula membuat pesanan yang tidak gagal membuat mulut Miya ternganga lebar. Mana tidak, makanan yang dipesan terlalu banyak untuk mereka berdua.
“Do we have any other guests?” tanya Miya.
“No.”
“Habis tu kenapa order banyak sangat makanan?”
“For you.”
“Saya tak makan banyak macam tu.”
“You have to eat a lot because you’re too skinny. Pegang pun rasa tulang je,” ujar Adrian selamba, membuat buntang mata Miya memandangnya. Rona merah mula menular ke seluruh wajah
“Siapa suruh pegang,” gumamnya dengan nada protes.
Adrian tertawa perlahan. Dia mahu membalas kata-kata Miya itu, tetapi telefon Miya yang tiba-tiba berbunyi membantutkannya.
Miya menyeluk beg tangannya, mengeluarkan telefon dan melihat ada lima mesej melalui aplikasi Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali. Membaca mesej itu, senyum perlahan terbit dari wajahnya.
Adrian yang curiga melihat senyum itu segera bertanya. “What’s that?”
Miya menunjukkan gambar yang dihantar ke telefonnya itu kepada Adrian. Gambar Lora bersama rakan-rakannya di majlis hari jadi di sekolahnya.
Lora tersenyum sambil memegang kek cawan yang dibuatnya. Juga gambar Lora yang begitu ceria bersama kawan-kawannya.
“She looks happy,” ujar Miya.
“Yeah. I really appreciate for what you did for her,” ujar Adrian. Sudah lama dia tidak melihat senyuman Lora sejak kematian Dahlia. Pagi ini dia melihat anaknya itu benar-benar gembira dan segala kesedihan dan kemurungan yang dialaminya bagaikan hilang berlalu di bawa angin.
“Saya tak sampai hati nak biarkan dia pergi sekolah dengan tangan kosong. While her friends bring various types and colours of cake. Boleh bayang tak macam mana perasaan dia?”
Adrian diam. Miya betul. Pasti Lora akan rasa rendah diri, terus murung dan membesar menjadi susuk yang pasif dan pendiam. Semalam dia tidak terfikir tentang itu dan lancang memarahi Lora kerana terlalu penat.
“Nombor siapa ni? Lora?” tanya Miya, merujuk kepada nombor yang menghantar gambar-gambar itu kepadanya.
Adrian meneliti nombor itu seketika. “Nombor Datin Fauziah,” jawabnya.
Miya menyimpan nombor itu di dalam telefonnya.
“You’re good at baking also,” ujar Adrian.
Miya hanya tersenyum. “Balqis pernah paksa saya masuk kelas baking sebab dia nak buat birthday cake untuk boyfriend dia. She’s annoying sometimes.” Miya tertawa di hujung kata-katanya mengingat Balqis yang kadang kala menjengkelkan.
“What about you?” tanya Adrian.
“About me?” Miya kurang mengerti.
“Do you have a boyfriend?”
Miya ketawa tanpa suara. Soalan Adrian itu kedengaran lucu di telinganya. Setelah lebih kurang dua bulan berkahwin, baru hari ini Adrian bertanya tentang teman lelakinya. Sebelum ini dia tidak terfikirkah?
“You think I would agree to marry you if I had a boyfriend?”
“I thought….” Adrian tidak tahu bagaimana mahu menghabiskan kata-katanya. Bimbang jika menyinggung perasaan Miya.
Miya mengerti. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Adrian.
“If I had a boyfriend, I wouldn’t agree to marry you. I'd never broke up with my boyfriend just because I desperately wanted to pay my father’s debt and the only way was to marry you. Saya ni setia orangnya. I’d rather sell my kidney to get the money to pay the debt.”
Ayat terakhir Miya itu membuat Adrian tertawa.
“Sell your kidney? Why I’ve never come up with this idea.”
“Because you never lack of money.”
Adrian terdiam. Ya, dia membesar dengan sudu emas di dalam mulutnya. Tidak pernah terfikir tentang kekurangan wang. Semua kemahuan dan keinginannya dipenuhi tanpa kepayahan. Tambahan pula dia hanya dua beradik. Dia dan adik lelakinya.
Melihat Adrian terdiam, Miya bersuara.
“Talking about lack of money, me and my team were discussing to have a charity sale in conjunction with the DayMond Jewels thirtieth anniversary this June. Kutipan jualan tu akan disalurkan ke rumah anak-anak yatim terpilih.”
Adrian mengangguk-angguk.
“That’s a good idea," ujarnya.
“Errmm...Belum ada paper work yang lengkap sebab baru peringkat perbincangan. Kita cadangkan semua departments terlibat. Bebas jual apa saja such as foods, toys, or beverages, atau mungkin barang-barang terpakai yang masih elok macam baju ke, handbags, kasut, anything.”
“So, bila boleh send paper work tu pada saya?” tanya Adrian. Berminat dan tertarik dengan cadangan Miya. Di samping membantu orang yang memerlukan, kegiatan begitu juga memberi publisiti yang besar dan imej yang baik kepada syarikat.
“Ermmm...I'm currently working on this task and expect to be finished with it by the end of next week ” ujar Miya.
“Okay. Oh sebelum saya lupa, mesyuarat BOD tadi luluskan bajet untuk program pelancaran koleksi terbaru tu nanti."
Wow...really?" Mata Miya berbinar teruja. "How much?"
"Sebanyak yang awak mintak."
"Alhamdulillah. Malam ni saya boleh tidur lena."
"Thanks to me for strongly convincing the Board Members to approve the budget."
"Thank you. I appreciate that."
"Miya...baru pagi tadi saya bagitahu tapi awak dah lupa..."
Berkerut dahi Miya cuba mengingat apa yang diberitahu Adrian pagi tadi.
Melihat Miya seperti berfikir-fikir, Adrian memajukan sedikit tubuhnya ke arah isterinya itu sebelum berkata, "Never thank your husband...because there's another way to do it."
Merona merah wajah Miya dengan kata-kata Adrian itu. Ketap bibir, diam-diam dia mendengus geram.
Tersenyum Adrian dengan reaksi Miya.
"Now stop talking about works and let’s eat,” ujar Adrian apabila pelayan mula menghantar makanan yang dipesan.
SELEPAS makan tengah hari, Miya dan Adrian kembali ke pejabat. Mujurlah mereka kembali agak lambat. Jadi, tiada sesiapa di lobi yang melihat Miya keluar dari kereta Adrian.
Adrian membatalkan hasratnya untuk kembali ke Acassia Villa. Dia perlu mendapatkan maklumat tentang Miya dan Iqmal Hakimi.
“Saya balik dengan Balqis petang ni. Esok pun Balqis jemput saya” ujar Miya. Ketika itu hanya mereka berdua di dalam lif khas untuk pengerusi. Adrian yang menariknya memasuki lif itu.
“Siapa benarkan awak buat macam tu?”
Miya terkebil-kebil. Mulutnya bergerak-gerak mahu berkata sesuatu tetapi dia tidak tahu apa yang harus dijawab. Salah jawab, dia takut Adrian akan naik angin.
“Balik dengan saya. And I’ll give you a new car,” ujar Adrian apabila Miya hanya diam.
“I don’t need new car,” balas Miya. Tadi dia ada bertanya Adrian tentang keretanya. Kata Adrian, dia sudah uruskan. Tetapi akan mengambil masa untuk dibaiki memandangkan cermin depan dan bonetnya rosak selepas dihentam dengan kunci stereng oleh pemilik kereta yang dilanggarnya
“Besi buruk tu buang je lah,” keyus Adrian.
“Kereta tu saya baru guna tiga tahun. Mana ada besi buruk,” balas Miya.
“Saya tak benarkan awak datang kerja dengan Balqis. Sementara kereta awak siap, awak guna kereta yang saya bagi. Saya dah minta orang hantarkan kereta tu petang ni," tutur Adrian. Jelas dan tegas.
Miya keberatan. Tetapi mengingat insiden dia menolak kad kredit pemberian Adrian tempoh hari, dia membatalkan hasratnya. Teringat kata-kata Adrian tempoh hari yang dia akan rasa terhina jika pemberiannya ditolak.
SESAMPAI di pejabat, Adrian memanggil Balqis ke biliknya tanpa pengetahuan Miya.
“Ada apa Encik Adrian nak jumpa saya?” tanya Balqis tanpa dapat menyembunyikan perasaan tanda tanya pada wajahnya. Dia tidak dapat memikirkan sebab yang munasabah kenapa Adrian memanggilnya, walaupun dia mengagak ia tentu berkait dengan Miya.
“Awak kawan baik Miya kan?” Adrian memulakan kata.
“Yeah.”
“Sejauh mana awak kenal Miya?”
“Lebih dari orang lain.”
“Kalau macam tu awak mesti tahu apa hubungan antara Miya dengan Iqmal Hakimi.”
Mendengar nama Iqmal Hakimi, wajah Balqis serta-merta berubah. Melihat perubahan wajah Balqis, Adrian tahu ada sesuatu antara Miya dengan Pengarah Urusan Victorial Holding itu.
“Iqmal Hakimi is Miya’s ex boyfriend.” Balqis membuka cerita. Dia tidak berani berbohong dengan Adrian selepas melihat baran lelaki itu pagi tadi.
Terangkat kening Adrian mendengarnya. Ternyata tekaannya benar.
“They broke up because of me?” tanya Adrian.
“No. They broke up five months ago.”
“Why?”
“Because he wanted to be with that b…” Hampir saja Balqis menyebut b*tch tetapi memikirkan dia sedang berdepan dengan bossnya, ditahan mulutnya dari menyebut perkataan itu.
“Because of Amelia.”
Adrian memanggut-manggut.
“Dia kata Miya ni boring; tak suka keluar, tak suka clubbing, antisosial...She’s a little bit conservative, actually. Iqmal pulak suka bersosial, suka pergi kelab, suka berhibur. Miya takkkan buang masa dengan benda-benda macam tu. And I think Iqmal has found a woman who suits him well.”
Adrian tidak memberikan sebarang reaksi. Miya membosankan? Dia tak rasa Miya membosankan. Miya tak suka keluar? Dia pulang dari kerja pun sudah hampir pukul tujuh, bila masa dia mahu keluar? Hujung minggu dia akan membersihkan rumah. Cuma, sejak Miya menjadi isterinya dia tidak membenarkan Miya membuat kerja-kerja seperti itu.
“Iqmal ke yang selalu hantar bunga pada Miya?” Adrian tiba-tiba teringat jambangan bunga Lily yang diterima oleh Miya.
“I think so.”
“Awak tak tanya Miya?”
“Tanya. Tapi dia malas ambik tahu, sebab tak ditulis siapa yang hantar. Jadi dia buang je bunga tu dalam tong sampah.”
“Dia masih terima bunga tu?”
“Yupp..Tapi Miya dah pesan dekat receptionist supaya terus buang bunga tu dalam tong sampah. Tak perlu bagi dia.”
Adrian memicingkan matanya. Fikirnya selepas diberi amaran , kedai bunga itu tidak akan menghantar lagi bunga kepada Miya. Rupa-rupanya mereka masih berdegil.
“Okay. Thanks Balqis. Jangan bagitahu Miya I tanya you tentang Iqmal,” ujar Adrian.
“No problem,” jawab Balqis lalu bangun dan melangkah keluar.
Adrian bersandar pada kerusi sambil menyilangkan jemarinya. Dia terbayang wajah Iqmal di restoran tadi. Sebagai lelaki, dia tahu Iqmal masih menyimpan perasaan terhadap Miya. Mengenang itu membuat dia tersenyum sendiri. Perasaan memiliki sesuatu yang turut diinginkan oleh orang lain ini sungguh indah sekali.
Share this novel