Rate

CHAPTER 1

Fantasy Series 807

[ Quinn Avelyn P.O.V ]

Aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Manusia pertama yang aku lihat adalah Brianna, Leader BSA Stars. BSA itu berasal dari nama ahli kumpulan dia. B untuk Brianna, S untuk Safiyya dan A untuk Afrena. Nama dah sedap, tapi malangnya, perangai mereka bagai langit dengan bumi!

Oh, aku lupa nak beritahu yang aku ada special eyes. Contohnya, bila aku nangis, mata aku jadi warna biru, bukan itu sahaja, malah, tempat yang aku duduki pada waktu itu juga akan turunnya hujan yang lebat. Nasib baik, aku seorang sahaja yang tahu fasal benda ni.

Macam mana aku tahu? Segala persoalan akan terungkai tidak lama lagi.

Aku berjalan menuju ke kelas 4 Amethyst. Kelas pertama. Aku pun tidak sangka yang aku dapat masuk kelas ni. Tapi, pelajar-pelajar dalam kelas ni, semuanya sombong. Mereka tidak mahu berkawan dengan aku. Kerana?

Aku pun tak tahulah..

Hanya seorang sahaja yang sudi berkawan dengan aku. Nama dia Ariyan Zakwan. Ya, dia lelaki. Dia, seorang yang berpengaruh dekat sekolah ni. Alpha.

Mari, aku perkenalkan ahli kumpulan Alpha.

Ariyan Zakwan, Leader bagi group Alpha. Dingin dengan orang yang suka ganggu hidup dia. Contohnya macam si Brianna tu.

Shazlee Rahman. Orang panggil dia Shaz. Dia ni co-leader group Alpha. Tapi, dia ni suka buli aku, walaupun dia satu group dengan Ariyan.

Farish Hafzan atau nama singkatan dia, Rish. Dia ni pendiam, tak mudah bergaul dengan orang.

Shiota Ken. Dengar nama pun kita boleh tahu yang dia ni orang Jepun. Dia ni ceria, periang.

[ Quinn Avelyn P.O.V end ]

Avelyn melangkah masuk ke dalam kelas. Dia berjalan menuju ke mejanya yang kelihatan sudah basah dengan air melekit yang mengandungi telur dan tepung. Ya, seperti biasa. Pagi-pagi, meja dia akan kelihatan seperti ini.

Tiba-tiba...

SPLASH!

Air yang berbau kopi dicampur dengan telur dan air longkang itu tepat mendarat di atas kepala Avelyn.

"A-apa yang awak buat ni Ari?" soal Avelyn. Ya, orang yang menyimbahnya dengan air tadi adalah Ariyan Zakwan. Orang yang sangat Avelyn sayang. Hanya sebagai kawan okey.

"Kau tanya apa yang aku buat? Tak nampak ke? Aku berkawan dengan kau pun atas sebab permainan yang aku main. Tak sangka kau mudah ditipu...." kata-kata Ariyan seakan-akan menusuk tangkai hati Avelyn. Pelajar lain hanya menggelakkan dirinya yang kini dibasahi dengan air yang busuk. Air matanya bergenang di tubir mata. Avelyn menapak selangkah demi selangkah ke belakang. Dan akhirnya, dia bersandar pada dinding.

"Kau nak lari ke mana?" ujar Ariyan. Dia melangkah ke depan, untuk mendekati Avelyn.

"Bila masa pula aku kata aku nak lari? Ha?" kata-kata Avelyn membuatkan Ariyan tersentak. "Apa maksud kau?" dia kelihatan sangat terkejut dengan perubahan Avelyn. Sekelip mata sahaja.

Contact lens yang dipakai Avelyn menyala, terang. Avelyn mengaburkan penglihatan mereka. Kedengaran suara orang yang sedang mengerang kesakitan. Bukan satu, bukan dua, tapi ramai!

"Avelyn, apa yang kau buat? Hentikannya!" tengking Ariyan. Dia risau tentang keselamatan rakan-rakannya yang lain.

"Kau tanya aku? Tak nampak ke? Kau nak tengok keadaan dekat dalam kelas ni macam mana? As you wish, aku boleh tunjukkan...." ujar Avelyn. Dia menghentikan masa. Penglihatan mereka berfungsi seperti biasa.

"Aaa! Kenapa dengan badan aku ni?!"
"Muka aku!"
"Kau buat apa hah?!"

"Kau nak mereka jadi seperti biasa atau...dibiarkan?" suara Avelyn seperti seorang perempuan psycho.

Dia sedang bermain dengan sebilah pisau tajam yang diukir 'AVELYN'. Pisau yang dihadiahi ibu dan bapanya, suatu masa dahulu.

~ BERSAMBUNG ~

Ha, chapter first ni macam mana? Okey?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience