BAB 13

Romance Completed 8796

“Macam mana dengan Aril?” tanya Aisyah sebaik-baik sahaja dia melihat kakak dan beberapa orang ain mundar-mandir di luar bilik pembedahan.

“Still ada dekat dalam. Tak keluar keluar sejak tadi,”maklum seorang perempuan. Mungkin itu ibu kepada Aril, tak?

Beberapa jam menunggu dan akhirnya seorang lelaki diusung keluar. Didapati lelaki itu ialah Aril sendiri.

“Doktor, macam mana dengan dia?” soal Aisyah cemas.

“Buat masa ni kami terpaksa tahan dia di ICU. Cuma seorang sahaja pelawat yang dibenarkan masuk untuk satu waktu. Harap kalian faham,” jawab doktor itu tenang. Para doktor memang dilatih untuk bersikp tenang walaupun waktu gawat. Mereka juga perlu membuatkan orang lain termasuk pesakit sendiri yakin bahawa mangsa dalam keadaan terkawal.

“Nak, pergilah masuk dulu. Mak cik faham,” kata seorang wanita yang dimamah usia itu.

“Tak pelah. Mak cikkan mak dia. Pergilah masuk,” tolak Aisyah lembut.

“Syah, pergilah dulu, nak. Mak Cik Mah mungkin belum kuat lagi untuk menerima ni semua,” ujar ibu tenang. Aisyah mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam ICU V.I.P itu.

Tubuh Khairil berselirat dengan wayar putih. Aril bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Skrin yang disambungkan dengan alat bantuan pernafasan itu menunjukkan kadar denyutan jantung Aril tetapi Aisyah tidak memahaminya.

“Kenapa jadi macam ni, Tuhan? Macam mana ni semua boleh jadi,” tanpa disangka-sangka kemilau indah milik Aisyah menjatuhkan mutiara. Hatinya berkecamuk melihat keadaan Khairil buat masa sekarang.

“Ya, Allah. Inikah masanya? Inikah jawapan bagi persoalan yang bersarang dalam hatiku?” soal Aisyah sekali lagi. Dia menyeka air matanya.

“Aril, bangunlah. Aku terima lamaran kau,” ujar Aisyah.

“Ha, menjadi pun teknik ni,” ujar satu suara. Terkejut beruk bukan kepalang (ambik kau! Sampai dua pangkat dapat terkejut) Aisyah jadinya.

“Aril,” Dia menumbuk dada Khairil yang baru saja bangun itu.

“Wew, sakitlah,” Khairil menggosok-gosok tulang kirinya.

“Sakit apanya? Aku lagi sakit dengan kau. Sakit hati,” marah Aisyah.

“Aku memang accident pun. Patah tulang rusuk je,” jawab Khairil yang tertawa dengan gelagat Aisyah itu. Tak sangka, risau juga Aisyah dengannya.

“Habis tu, yang masuk operation bagai tu? Apa kemende?” tanya Aisyah.

“Tu semua prop live. Kakak kau punya idealah. Dia nampak kau dekat lobi tadi, terus dia call doktor aku. Then, kami buatlah semua ni,” terang Khairil.

“Kejam betul korang. Tahu tak aku ada appointment penting dekat UK? Tetiba je aku terpaksa postpone. Dahlah kena tipu. Ish! Menyesal aku percayakan korang,” Aisyah betul-betul naik angin dengan diorang yang tak berperikemanusiaan ni.

“Sebab tahulah kitorang pilih time ni. Nak tahu yang mana lebih penting bagi kau. Nampak sangat Aril ni bukan sembarangan orang dekat kau.” Amboi, seronok benar bunyinya, ya, kak?

“Kot ye pun, janganlah buat macam ni. Agak-agaklah,” bantah Aisyah.

“Kau tulah yang agak-agak. Aku bagi masa seminggu. Sekarang ni dah enam hari. Kalau kau tangguh sampai esok, aku takut kau tu lupa sebab sibuk sangat. Macam aku tak tahu dengan perangai kau. Habis tu, janji yang aku akan lepaskan kau dalam seminggu tu, terikatlah. Melepaslah aku,” kali ni, giliran Khairil pula membela diri. Perggghh!! Depan parents kut..

“So, lepas ni, bolehlah kita tetapkan tarikhnya, kan mak?” sengaja Aril memaku Aisyah di situ. Tawa meletus di ruangan bilik persendirian. Tak guna betullah doktor ni. Sempat lagi menampal title bilik ICU VIP di situ. Memang Aisyah kena tipu hidup-hidup hari ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience