Rate

Chapter 2

Fanfiction - KPOP Series 1484

[Keesokan harinya..]
Aku memandang bangunan kat depan aku.Wow,selama 5 tahun Jimin jadi KPOP idol,tak pernah sekalipun dia jemput aku tengok dia berlatih menari.
Kenapa hari ni dia tiba-tiba ajak?Ada kaitan pasal semalam ke? "Ye Ri!Asal kau berdiri kat situ?Sini lah!"Tiba-tiba,Jimin muncul dan memanggil aku.
"Aku ingat kau demam tadi waktu kau telefon aku.Tak sangka kau sihat lagi." "Kenapa pulak aku kau rasa aku demam?"soal Jimin,hairan.
"Yelah,kau tak pernah ajak aku kesini."balasku.Jimin hanya diam,langsung tak balas kata-kataku.
Aku mengikut langkah Jimin kedalam bilik "dance practice" BTS.Aku tergamam apabila melihat ahli-ahli yang lain semua ada dalam tu.
"Hei,Jimin!Ni BFF kau tu ke?"tegur salah seorang ahli BTS yang dikenali sebagai J-Hope. "Haah,nama dia Song Ye Ri."balas Jimin.Dia menarik tangan aku dan menyuruh aku duduk disebelahnya.
"Wah,BFF kau ni cantik ah!"puji RM,ketua BTS membuatkan aku tersipu malu. "Terima kasih.."ucapku,perlahan.Tapi,dari tadi aku perasan V renung aku.Kenapa eh?
"Cuba korang cerita macam mana korang jumpa!"pinta maknae kumpulan BTS iaitu Jungkook dan disokong oleh ahli-ahli yang lain.
"Hmm..okeyy.."
[Flashback 15 tahun yang lalu..]
"Aduhh!" "Alamak,maaf!"Aku terkedu melihat budak lelaki yang aku terlanggar tadi.Lutut dia luka sebab terjatuh. "Bi..biar saya tolong awak!"
Aku mengangkat budak lelaki itu dan membantunya ke tandas untuk mencuci luka kat lutut dia tu.
"Terima kasih sebab tolong saya."ucap budak lelaki itu sambil tersenyum. "Sama-sama,lagipun salah saya jugak sebab terlanggar awak tadi."balasku,masih lagi ada rasa bersalah.
"Tak apa.Oh ya,apa nama awak?Saya Park Jimin,boleh tak kita berkawan?" "Mestilah boleh!Nama saya Song Ye Ri.Panggil je Ye Ri!"
[Sekarang..]
"Macam tulah kitaorang berjumpa.Simple."Aku menamatkan cerita tentang bagaimana aku dan Jimin boleh jadi BFF.Entah kenapa,aku rasa sebak memikirkan mungkin aku hanya akan menjadi kawan Jimin,tak lebih daripada tu.
"Sepanjang korang berkawan,korang takde perasaan kat sesama sendiri ke?Yalah,korang dah berkawan selama 15 tahun kot."soal Suga membuatkan aku tersentak.
Patut ke aku cakap aku memang ada perasaan kat Jimin selama 12 tahun?Aku baru saja nak buka mulut untuk menjawab apabila Jimin memotong percakapanku.
"Aku dengan Ye Ri dah lama berkawan jadi kitaorang memang takde perasaan macam tu,kan Ye Ri?" "Hah?Be..betul tu.."balasku lalu ketawa sedih.
Hati aku retak mendengar apa yang dikata oleh Jimin.Sakit hati ni.Memang kau anggap aku macam kawan je ke,Jimin?
"Okeylah,baik kita sambung semula berlatih!Kita ada performance esok!"Aku mendongak,memandang RM yang telah berdiri mengarahkan ahli-ahli BTS supaya sambung berlatih.
RM memandang aku lalu mengangguk.Segaris senyuman terukir di wajahnya.RM dah tahu ke?Aku tersenyum semula sebagai tanda terima kasih kerana menyelamatkan aku.
Menyelamatkan aku daripada terluka lebih lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience