Get the app for full experience
Izara terdiam bila mendengar apa yang telah terjadi pada Haziq 13 tahun dahulu bersama Maisarah. Tidak hairanlah Ikwan begitu marah pada Haziq. Tetapi apa yang terjadi pada Maisarah bukannya kesalahan Haziq sepenuhnya. Fikiran Izara tertanya-tanya kenapa Haziq tidak memberitahu kebenaran tentang kejadian rompakan tersebut. Izara juga terfikir haruskah dia memberitahu pada Ikwan bahawa dirinya sebenarnya isteri Haziq. Izara mula terfikir apa yang di katakan oleh Ikwan itu benar atau sebaliknya. "Itu semua bukan salah Pak Cik Haziq sepenuhnya. Pak Cik Haziq terpaksa", kata Izara cuba membela Haziq suaminya. "Haziq tetap salah kerana telah melakukan benda tu dengan Maisarah. Lagi pun Haikal ...