Rate

Bab 1

Romance Series 7137

Sudah hampir setengah tahun Vie berada di tingkatan 4 . Banyak pengalaman manis & pahit yang telah Vie alami selama ini. Semenjak sekolah rendah lagi Vie tidak pernah mempunyai teman lelaki. Namun tidak semestinya perkara ini berterusan. Vie pun dah besar panjang. Vie juga mahu ada perasaan sama seperti orang lain juga. Vie tinggal di asrama dan terpaksa berjauhan dengan keluarga namun ini bukan halangan untuk Vie mencapai kejayaan. Walaupun dia datang dari keluarga yang miskin Vie juga mempunyai ramai kawan yang selalu menolongnya ketika susah.

*******
Pada keesokan hari,Vie pergi ke sekolah seperti biasa. Dia tidak pernah ponteng ke sekolah walau sehari. Dalam ramai² kawan hanya Marcella sahaja yang rapat dengannya. Mereka berdua selalu bersama dimana mana pun mereka berada. Hubungan mereka ini sering dikaitan bagai isi dengan kuku,bff katakan HAHA.Semasa tingkatan 4 ini juga Vie mula meminati seorang jejaka yang sebaya dengannya . Jejaka ini yang bernama Arief,mempunyai keistimewaan tertentu yang mampu menambat hati Vie yang setelah lama single .Namun, tidak semudah itu Vie meluahkan perasaan terhadapnya kerana hati Arief tu sangat keras macam batu. Didengar khabar angin bahawa lelaki itu ramai peminat & dia sekalipun tidak pernah mengendahkannya. Hal ini membuatkan Vie rasa kecewa juga kerana tindakan lelaki itu tidak pernah mempedulikan sesiapa yang meminatinya. Mungkin selama ini hati rief pernah dilukai dengan cara yang teruk sekali . Rief ini juga seseorang yang suka ponteng sekolah . Result yang dia dapat di sekolah tak ada satu pun yang lulus. Dia ini jenis yang tidak suka belajar malah suka termenung. Entah apa yang dia fikirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience