Rate

Bab 1

Romance Series 28006

Bismillahhirahmannirrahim.. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku. Niatku nak mulakan hidup baru, bisik hati Jasmine saat tiba di Terminal Bandar Tasik Selatan.

Setibanya disitu, Jasmine terus mencari teksi untuk lapor diri ke tempat kerja barunya. Jam dah menunjukkan pukul 5 petang. Perjalanan lebih kurang 30 minit pakcik teksi itu memberitahu. Banyak sungguh kereta di atas jalan kerana hari ini merupakan hari minggu.

Handphone Jasmine berbunyi notifikasi menandakan ada whatsapp masuk. Tertera nama Cik Lina iaitu pembantu penyelia tadika tersebut. Dia memberitahu Jasmine bahawa dia masih menunggunya tiba. Jasmine hanya membalas ringkas, “okay Cik Lina, sekejap lagi saya sampai”.

Hari ini merupakan hari pertama Jasmine melangkah di negeri orang atas pekerjaan barunya sebagai seorang guru tadika. Jasmine akur dengan tindakan dan pilihan jalan yang telah dia pilih. Sampai bila hidupnya ingin dibelenggu cinta yang dibuang mamat poyo itu.

Kehadiran Jasmine diasambut Cik Lina. Jasmine di terangkan waktu, cara dan pakaian untuk berkerja. Setelah itu, Cik Lina telah meletakkan Jasmine di Department 2 bersama seorang yg lebih tua daripadanya bernama Kak Arin.

Raut wajah Kak Arin sedikit bengis, tapi dia mempunyai hati yang sangat baik. Kak Arin yang berasal dari utara menyapa Jasmine, “Kenapa awak nak kerja kat sini ?”.

“Sebab Min suka budak-budak. Kebetulan ada yang bagitahu kat sini cari staff. Akak dah lama ya kerja kat sini ?”, jawab Jasmine sekaligus mengajukan soalan pada Kak Arin.

“Akak dahh 10 tahun kerja kat sini. Boss okay orangnya. Cume Jasmine kena pandai bawa diri dalam rumah ni lah”, pesan Kak Arin padanya. Panjang lebar mereka berbual itu dan ini.

Hari pertama berkerja, Kak Arin mengajar segala apa yang perlu Jasmine lakukan seawal 7 pagi hingga 7 petang. Kesungguhan Jasmine ingin berkerja, dia membuat jadual yang akan dibuat setiap hari pada buku notanya.

Jasmine berkerja sebumbung dengan staff yang berbagai negeri. Ada yang dari Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Jasmine merupakan anak kelahiran Johor.

Kak Fify dan Kak Shima merupakan anak kelahiran Kelantan. Mereka agak sombong dan bermulut pedas. Jasmine agak kurang selesa dengan cara mereka, dia hanya membuat hal sendiri dan banyak menghabiskan masa di dalam bilik yang seperti bilik sauna panasnya, setiap kali cuti hujung minggu.

“Budak baru tu dok turun makan minum ko Fi ?”, tanya Kak Shima pada Kak Fify yang suaranya agak kuat dengar sehingga ke bilik Jasmine duduk. Jasmine hanya mendiamkan diri. Tidak lama kemudian, terdengar namanya dipanggil.


“Jasmine..... Ouh Jasmine.... Budak baru mu buat gapo tu? Mu dok makan dok minum ko?”, tanya Kak Shima dari bawah.


“Ya saya kak.. Saya dah order makan dah tak sampai lagi”, jawab Jasmine ringkas. Perbualan tu termati macam tu sahaja. Jasmine malas nak memikir, dia kembali masuk bilik duduk di atas tilam sambil menung seketika. Perasaan rindunya terhadap ibu ayahnya mulai membuak.


Sebelum Jasmine membuat keputusan ingin berhijrah ke Kuala Lumpur, dia dipukul teruk dengan ibunya sebab meroyan putus cinta sampai tidak mahu keluar bilik, tidak keluar pergi berkerja, makan pun tidak seperti orang mati suami.


Kerana ibu saudaranya yang tak berhenti memujuk untuk keluar dari kampung itu, buka minda, luaskan penglihatan, kerana kasihan Jasmine selalu mengutamakan orang lain termasuklah ibu ayahnya sendiri. Dia tidak seperti anak gadis yang lain. Celik mata sahaja di subuh hari terus mengemas, mencuci pakaian dan terus pergi kerja. Itulah rutin hariannya pada setiap hari. Kalau dia tidak buat kerja-kerja itu, mahu tidak kena hambat dirinya.


“Ni kalau tak kerana mamat bodoh tu mesti aku dah jadi polis. Sebabkan mamat bodoh tu aku tak pergi interview yang ketiga, kononnya dia nak kahwin dengan aku, lastly dia tunang dengan orang lain”, getus hati Jasmine sambil mengesat airmata yang gugur tanpa dia sedar.


Dicapainya handphone lalu melihat aplikasi Wechat. Tertera nama seorang lelaki yang dia kenali dari sebelum dia berpindah ke Kuala Lumpur lagi, memberi mesej padanya.


“Awok doh pindah KL ke? Awok dok cerita pun kat saya..”, tanya Shah.

“Dah.. Dah seminggu. Untuk apa saya cerita pada awak? Bukan ada kena mengena dengan awak pun”, balas Jasmine lantas meletakkan handphonenya. Jasmine menarik drawer tempat menyimpan stock makanan untuk dirinya . Dicapainya biskut yang dibeli di kampung untuk mengalas perutnya yang sudah menjerit meminta makan.

Handphone Jasmine berdering tertera nama Wan Shah Firash. “Aduhhhh... Nak apa pula dia ni”, Jasmine bebel sendirian sambil mendengus.

“Assalammualaikumm Min.. Awok busy dok? Yok kita keluar makan. Awok hantar location awok nanti saya sampai”, bagitahu Shah pada Jasmine.

“Waalaikumsalam. Malas lah saya panas-panas ni nak keluar. Lagipun saya dah order makanan, kejap lagi dia delivery”, jawab Jasmine yang cuba berdalih.

Shah merupakan seorang lelaki yang 10 tahun lebih tua daripadanya. Shah merupakan Manager di night club dan juga seorang duda anak satu. Puas Shah memujuk, akhirnya Jasmine bersetuju keluar makan tengahari bersama Shah.

Tepat jam 1.30 petang, kereta Shah tiba di perkarangan rumah sewa yang Jasmine tinggal. Jasmeen hanya mengenakan t-shirt berlengan panjang dan berskinny jean serta bertudung bawal sahaja, tetap nampak wajah manisnya.


Shah membawa Jasmine makan di restoran Nasi Kakwok yang berada di sekitar Ampang. Dan itulah kali pertama Jasmine makan makanan orang pantai timur kerana Shah adalah lelaki yang lahir dan membesar di Terengganu.

“Awok nok pedah lebih dok ?”, tanya Shah pada Jasmine. Jasmine hanya menggelengkan kepalanya kerana dia tidak makan pedas. Shah akurkan sahaja kehendak Jasmine seperti mana Jasmine akur ikut dia keluar makan.

“Awok okay dok ni Min ?”, tanya Shah.
“Okay jelah. Apa yang tak okay nya. Ada nampak macam saya tak okay ke ?”, soal Jasmine semula sambil menyengih.
“So macam mana perasaan dah pindah ni? Ke awok masih patah hati lagi dengan mamat poyo tu?”, Shah cuba meneruskan lagi perbualan.

Tangan yang menyuap ke mulut terhenti seketika apabila mendengar soalan Shah. Kelihatan matanya mulai kilat menahan airmata. Terasa sakitnya tidak dapat diungkap. Mana mungkin tidak sakit, Jasmine banyak tolong dia bagi pinjam duit, tolong tengokkan emak ayah dia saat dia jauh dari orang tuanya, dan akhirnya Jasmine ditinggalkan tanpa sedikitpun rasa kasihan.


Jasmine tenangkan diri lantas mengukir senyuman pada Shah. Shah memberi isyarat untuk menghabiskan makan terlebih dahulu.


Selesai sahaja makan, mereka berdua masih duduk di restoran tersebut. Shah masih ternanti akan jawapan Jasmine. Ikutkan hati Shah, ingin sahaja dia bawa gadis itu ke Bukit Ampang. Akan tetapi dia tahu, sudah pasti gadis itu akan menolak.


“Entahlah awak.. Bila kita dah berdepan ni, kalau saya luah semuanya boleh kan? Sebab saya takde kawan nak meluah”, Jasmine meminta sedikit ruang untuk meluahkan hasrat hatinya yang ingin berbicara.

“Bolehlah.. Luah ko saya. Mana tahu lega hati tu. Sebab hari itu awok oyak nanti awok cite bila tiba masanya”, jawab Shah dengan wajah yang ingin tahu apa yang serabutkan fikirannya.

“Saya rasa saya macam perempuan bodoh. Setiap kali dia ajak saya keluar, dia minta duit untuk isi minyak. Kadang tu saya belanja makan. Dia selalu mengadu emak dia selalu minta duit bil api sebab kata dia pemalas kerja habiskan elektrik kat rumah kalau balik kerja. Mulanya saya kasihan sebab gaji dia kecil. Sampailah pada suatu hari itu, dia dapat offer kerja bidang yang dia belajar dahulu, di sekitar Johor Bahru. Saya teman dia pergi interview. Saya pinjamkan duit untuk dia isi minyak dan bayar tol walaupun dia tak bayar semula.....”, airmata Jasmine mulai turun.

Dia terus menundukkan wajahnya sambil menutup separuh muka dengan sekeping tisu. Shah hanya menanti Jasmine sambungkan luahan hatinya dengan penuh rasa ingin tahu.

“Rezeki dia, dia dapatlah kerja tu dengan gaji yang besar. Time tu, sayalah yang kena tengok-tengokkan emak ayahnya yang dah agak tua. Setiap dua hari sekali mesti saya akan singgah setiap kali lepas balik kerja. Yang membuatkan saya kecewa, emak dia pernah kata rindu kat seorang perempuan. Dia kata perempuan tu suka kat anak lelakinya tu lah. Waktu tu hati saya remuk dah. Tapi saya cuba kuat dan mengganggap orang tua kan, tak usah kot saya kecil hati. Tapi saya silap... Akhirnya dia tinggalkan saya macam tu je. Dia tuduh saya ada lelaki lain. Tapi Allah SWT nak tunjuk sekejap je. Ada orang bagitahu saya yang dia baru bertunang dengan perempuan yang emak dia ada sebut rindu tu. Saya sedih sampai saya ibarat orang gila meroyan. Ibu saya pukul saya dengan batang penyapu sebabkan saya tak boleh nak melupakan dia”, panjang lebar Jasmine meluahkan isi hatinya pada lelaki yang banyak ajarkan dia erti matang.

Jawapan Shah ringkas tapi begitu mendalam kata-katanya yang membuatkan Jasmin bangkit dari kekecewaan itu. Sudah pastilah Shah mempunyai pengalaman, dia pernah berkahwin dan kemalangan. Lama tidak boleh berjalan, tidak boleh berkerja, isterinya terus cari lelaki lain dan menuntut fasakh.

“Awok sedih-sedih gini, tapi dia dok happy. Seronok dia Min kalau tahu awok sedih, menangis macam ni. Awok kena tunjuk yang awok jauh lebih bahagia dari dia. Mesti dia tak akan senang duduk”.

“Macam mana?”, soal Jasmine yang agak blur.


“Kita selfie, pastu awok update ke wechat. Boh ayat sweet sikit”, cadang Shah yang sememangnya sudah mempunyai hati pada gadis yang bersifat sederhana itu.


Setelah berbual dan meluah apa yang terpendam, hati Jasmine mulai rasa tenang selepas keluarkan segala yang terpendam di hati. Shah meminta persetujuan gadis itu untuk membawa ke suatu tempat yang sering dia tuju untuk menenangkan diri, tidak lain tidak bukan Bukit Ampang.


Setibanya di Bukit Ampang, Shah mengajaknya duduk di bonet hadapan kereta. Berselfie sakanlah mereka. Jasmin single, Shah pun single tetapi ramai peminatnya. Bohong besarlah kalau mempunyai rupa, kerja kat night club tak ada peminatnya.


“Awak.. Awak keluar dengan saya ni, secret admire awak tak marah ke? Awak kan kerja kat tempat macam tu selalu tengok perempuan cantik”, tanya Jasmine yang serba salah. Manalah tahu ada girlfriend ke scandle ke, kalau kantoi mahu Jasmine dicari.


“Girlfriend mendanya awok ni? Kawan puan saya awok sorang je Min. Ada perempuan tempat kerja saya pun staff saya. Perempuan yang terkinja tu memang dok lah saya pandang. Baik saya pandang ko awok”, terang Shah meyakinkan Jasmine.


“Awak nak cari girlfriend tak? Saya ada kawan single kalau awak nak kenal lah”, ujar Jasmine yang penuh kejujuran.


“Saya nak yang pakai tudung macam awok boleh? Kalau awok pun apa salahnya kan”, jawab Shah yang sudah mula bermain tarik tali.


Jasmine tersengih-sengih malu. Shah memang baik orangnya walaupun dia berkerja sedemikian. Dia sangat menghormati Jasmine. Tidak pernah sekalipun dia memaksa atau mendesak gadis tersebut. Sekiranya Jasmin buat salahpun, dia tetap tegur dengan baik sambil menyebut mama penuh Jasmine Elfyra binti Jaserman.


“Awak.. Saya ni annoying taw. Takkanlah awak nak saya”, Jasmine memberitahu sedikit tentang dirinya.


“Awok punya annoying tu bukan sikit Min. Terlebih-lebih annoyingnya, tu yang sampa ibu awok pukul ngan batang nyapu. Hahaha”, sakat Shah.


“Eh lebih ni... Lebih ni awak.. Awak takpayah kawan saya lagi”, rajuk Jasmine.


“Tak merajuk pun comel. Merajuk lagilah comel. Tu yang saya suko kat perempuan nama Jasmine Elfyra binti Jaserman”, pujuk Wan Shah Farish bin Wan Zainal.


Jasmine tidak mampu menahan gelak lagi. Dia sangkakan dia cukup annoying membuatkan Shah akan bosan, ternyata Shah pun sama annoying sepertinya. Disebabkan umur Shah yang sudah 30-an, dia tidaklah dengan ayat-ayat declare cinta budak sekarang. Nak bercinta siap berakad seperti nikah. Shah hanya memberi hint, akan tetapi Jasmine selalu tidak melayan.


Mereka pulang kerumah dengan hati yang gembira. Jasmin dihantar pulang oleh Shah sepertimana dia mengambil gadis itu tadi.

“Awak.. Terima kasih buat saya ketawa harini. Nanti awak dah sampai rumah, text saya taw”, pesan Jasmine sebelum melangkah keluar dari kereta.

“Baik tuan puteri. Awok masuk terus mandi rehat-rehat dulu. Nanti sampa saya bagitahu. Terima kasih mulo sebab sudi keluar dengan saya”, ujar Shah.

“Sama-sama. Elok-elok drive tu. Jangan laju macam tadi eh. Ingat awak Toretto ke?”, pesan Jasmine melawak.


“Hahaha king kan.. Okay bye Min take care”, kata Shah sambil meluncurkan keretanya.


Rasa kebencian pada mamat poyo tu mulai terasa pada diri Jasmine. Kalau sebelum ni asyik menangis, kini Jasmine Elfyra kembali ceria. Bertambah ceria bila didampingi lelaki yang penyayang.


Selesai sahaja mandi, dia berehat sambil scroll gambar-gambar yang mereka selfie tadi. Tersenyum-senyum sendiri Jasmine melihat gambar tersebut.


“Takkanlah kau dah jatuh cinta kat abe ni Min oii”, getus hatinya sendirian yang sambil menunggu Shah text dirinya.


Handphone Jasmine berdering, lelaki pujaan hatinya menelefon memberitahu sudah sampai dan sudah selesai mandi sekali. Shah akan masuk kerja jam 11 malam. Mereka ber-video call dari Shah di rumah sehinggalah di tempat kerjanya.

Sedang Shah meneliti fail kerjanya, Jasmine kata, “awak terlupa eh?”. Shah terus focus pada Jasmine.


“Allahhu.. okay kejap..”, jawab Shah lalu pergi ke satu bilik karaoke yang selalu dia akan masuk untuk menyanyikan lagu khas untuk Jasmine seperti selalu.

Tak pernah ku menduga,
Gelora jiwa sesali dada,
Aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian,
Bagaimanakah nantinya,
Aku dapat meyakinkan,
Rasa cinta di hatiku,
Hanyalah untukmu kekasihku.
Mendung dalam sinar matamu,
Kenangan duka masa lalu,
Kepasrahan...
Tak ku hiraukan panas mentari lagi,
Demi cinta ku rela menanti.
Takkan goyah walau badai kan melanda,
Seribu tahun ku tetap setia.
Lupakanlah dukamu yang silam,
Hulur tanganmu, sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah,
Membina cinta abadi.....

Jasmine yang asyik dengar nyanyian Shah hingga tertidur. Shah tidak memutuskan video call tersebut, dia membiarkan dahulu hingga Jasmine lena dengan nyenyak.

Wan Shah Farish merupakan seorang manager di sebuah night club. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dia seorang kaki minum. Akan tetapi dia sanggup berhenti minum minuman haram disebabkan hatinya yang sudah terpaut pada seorang gadis bertudung, yang berperwatakan lemah lembut itu. Walhal hatinya sudah lama tertutup untuk bercinta kerana bekas isterinya bermain kayu tiga. Perceraian dia diantara bekas isterinya, dikurniakan seorang anak lelaki yang handsome rupanya.


Siapa sangka, perancangan Allah SWT indah belaka. Allah SWT kirimkan Jasmine dalam perkenalan yang singkat pada jejaka yang 6 tahun lebih berumur daripadanya yang telah hanyut untuk menjadi asbab dia berubah. Semakin hari semakin banyak perubahan pada diri Shah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience