Rate

1 ; The Heartbreaker

Romance Series 1622

Malangnya nasib.

Aku melabuhkan punggung di bangku. Suasana di tepi tasik ini agak sunyi. Lagi sunyi hati aku. Hari ini, Natrah meminta aku agar putuskan hubungan kami berdua sedangkan aku telah berhempas pulas untuk membeli cincin lamaran aku padanya. Paling bangsat, alasannya ialah kerana keluarganya mahu mengaturkan jodoh untuknya. Kononnya, jodoh aturan ibu bapa lebih berkat hidup. Tch, klisenya.

"Hurmm. . ." Keluhan berat dilepaskan. Sekotak cincin yang digenggaman tanganku dipandang. Hampa dan kecewa. Itulah perasaan aku yang dapat digambarkan sekarang. Nak menangis, tapi tulah air mata lelaki aku tidak mahu keluar. Cukuplah aku kecewa. Kalau kau jadi aku, apa perasaan kau?

Kesimpulan yang aku dapat ialah, aku tak patut terlalu berharap denga Natrah. Ianya hanya memakan diri sendiri. Selama ini, dia talam dua muka. Dia hanya pandang harta aku, bukan pada cinta aku. Kau boleh nampak, kisah percintaan aku dan Natrah memang tak seindah drama Korea.

"Tengah putus cinta kerr?"

Tiba-tiba, seorang gadis entah dari mana datang menghampiri ku. Memakai baju T-shirt putih dan seluar track serta bertudung bawal coklat. Sangat simple. Tangannya sedang memegang secawan latte panas. Kemudian dia melabuhkan punggung di sebelahku. Aku hanya mengendahkan kewujudannya.

"Haii" Dia menyapa aku. Aku hanya membuat bodoh. Malas nak bertegur sapa buat masa sekarang. Bagi aku tenang sebentar, untuk move on, itu sudah cukup.

"Putus cinta ke oii?" Dia menepuk bahuku dengan tangannya. Membuatkan aku terkejut dengan tindakan drastiknya itu. Dia fikir aku ni member dia? Aku memandang wajahnya.

"Kalau tengah putus cinta pun kenapa? " Tanya aku.

"Janganlah sedih sangat."

"Inilah lumrah kehidupan. Mana ada orang hidup selamanya bersama kenangan bahagia? Mesti ada kenangan pahit, masin dan masam." katanya sambil menepuk bahuku. Latte yang berada di tangannya dihirupnya perlahan. Aku mengetap bibir. Ada betul juga katanya.

"Memang kita semua tidak mahu mempunyai kenangan pahit. Tapi, kenangan pahit itulah yang membahagiakan hidup kita. Kalau kau masih sayangkan dia, cuba slow talk dengan dia." sambungnya lagi. Akhirnya, aku hanya terdiam.

Agh, pipiku tiba-tiba terasa disentuh.

"Sorry aku tersentuh. Tapi, pipi kau sejuk." katanya sebaik sahaja dia tersentuh pipiku secara tidak sengaja. Ya, sejuk. Tambahan pula aku tidak membawa jaket. Dia kemudiannya tersenyum.

"Minumlah latte ni." Dia menyerahkan kopi lattenya kepada aku. Aku mencapai latte tersebut daripada tangannya dan meneguknya. Lega. Serta-merta perasaan kecewa aku mula hilang. Wajah Natrah perlahan-lahan hilang dari minda aku. Bagaikan sudah terpadam segala memori tentang sejarah itu.

"Bye, aku pergi dulu. Latte tak payah ganti." Katanya. Kemudian dia bangun dari bangku. Aku memandang kearahnya. Belum sempat aku ngin mengetahui namanya, dia telah pergi meninggalkan aku.

"Siapa nama dia? hmm"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience