Get the app for full experience
Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang. Hari ini aku sudah berjanji dengan Darwisya dan Ardiana untuk keluar bersama. Hari ini aku yang akan belanja mereka berdua,kerana 2 minggu lagi aku akan bergelar seorang isteri. Hari ini adalah hari terakhir aku akan keluar dengan kedua sahabat baikku sebelum aku bergelar isteri pada Pak Cik Haziq pujaan hatiku. Selepas aku sah menjadi isteri Pak Cik Haziq,aku tidak tahu masih ada waktukah untuk aku keluar dengan kedua sahabat baikku ini. Kerana selepas keputusan SPM keluar Ardiana dan Darwisya pasti akan sambung berlajar untuk mengejar impian mereka. Sedangkan aku sudah mengambil keputusan untuk berkahwin ...