Rate

BAB 1

Drama Completed 610

"awak siapa?" tanyaku.
"ni abanglah sayang. sayang tak ingat pada abangkah?" ujarnya.
"ergh,,, abang? abang apa? setahu saya, saya cuma ada seorang je abang. encik ni siapa sebenarnya?" ujarku lagi.
"ya Allah.. sayang, ni suami sayang. anak ibu ni dah lupa dengan suami sendiri ke?" ujar ibuku.
"suami? bila Anggun kahwin, bu? kan Anggun masih belajar lagi?" ujarku kebingungan.
"tak pe lah, ibu. biar Anggun rehat dulu. dia kan baru sedar dari koma tu." kata lelaki yang dikatakan suamiku itu.
"betul tu ibunya. biarlah Anggun rehat dulu." kata ayahku pulak.
aku semakin bingung. apa kaitan lelaki ini dengan hidupku? adakah aku mengenalinya? kenapa semua orang mengatakan yang dia ni suami aku? puas aku memerah otakku untuk mengingati sama ada aku aku kenal atau tidak lelaki itu. tetapi hampa, tiada bayangan atau clue untukku.

"doktor, bagaimana keadaan isteri saya?" ujar syed Afiq .
"sabar encik. dari apa yang encik katakan pada saya tadi, kemungkinan besar isteri encik mengalami amnesia. tapi ini cuma andaian. kita hanya dapat mengetahuinya selepas keputusan ujian makmal keluar." ujar doktor itu.
"baiklah kalau begitu." syed Afiq kemudiaannya melangkah lesu meninggalkan doktor itu.
'kenapa semua ini harus terjadi? rasanya baru semalam aku dan Anggun bergelak ketawa. kenapa semua ini terjadi? kenapa ENGKAU mengambil kebahagiaan yang baru kami bina. astagfirullahalazim, kenapalah aku menyalahkan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya? ampunkah kekhilafan ku, ya Allah' ujar syed Afiq .

"apa kata doktor im?" tanya kedua mentua syed Afiq sebaik sahaja dia tiba.
"doktor kata kemungkinan besar Anggun mengalami amnesia. tapi semua tu belum tentu lagi." ujar syed Afiq .
"sabar ya nak." ujar ibu mentuaku
"ya ibu. tapi kenapa kami yang dipilih untuk mengalami semua ini? hubungan kami baru sahaja hendak mekar." ujar syed Afiq kesedihan.
"Afiq , tak baik menyalahkan tadir. pasti ada hikmahnya disebalik semua yang berlaku ini?" kata bapa mentua syed Afiq
"emm..." ujar syed Afiq .

hari ini aku dibenarkan keluar. yes.. akhirnya aku dapat keluar dari penjara putih yang amat membosankan itu. tapi, kenapa aku kena ikut lelaki ini? aishh,, tak suka lah bila kena paksa ikut mamat yang aku tak kenal ni.
"sayang tunggu sini kejap ye. abang nak ambil kereta. jangan pergi mana-mana pulak. sayang tu baru je pulih."
aku hanya menganggukkan kepalaku sebagai jawapan.
tidak lama selepas itu, lelaki yang bernama syed Afiq itu muncul bersama keretanya. fuyooo, smartnya keretanya. wuhuu, untung aku dapat laki macam ni? kereta punyalah smart tahap gaban. eh leez, waktu macam, mengaku pulak kau dia ni laki kau? ishhh ishhh ishhh..
"sayang, masuklah. abang nak letak beg sayangni dalam boot kereta" ujar syed Afiq .
lalu, aku pun masuk ke dalam kereta tanpa menjawab kata-katanya.

sebaik sahaja kami sampai dia rumahnya, sekali lagi aku tergamam sehingga rahangku bagai nak jatuh. fuhh, ni rumah ke istana. dia ni anak orang kaya ke?
"home sweet home, darling. inilah rumah kita" ujarnya.
"ini rumah kita? besarnya. siapa lagi yang tinggal dekat sini selain kita berdua?" tanyaku.
"emm,, bila mummy and daddy datang malaysia, mereka tinggal kat sini. tapi sayang jangan risau, mak timah pun ada" ujarnya.
"mummy? daddy? mak timah? siapa mereka semua? tanyaku kebinguangan.
"ooo.. abang lupa sayang ni hilang ingatan. mommy dan daddy tu orang tua abang. dan mak timah tu orang gaji kat rumah ni. tapi dia dah macam ahli keluarga kita jugak." ujarnya panjang lebar.
"ooooo..." balasku.
"marilah masuk. mak timah dah ada kat dalam. mommy dan daddy malam ni baru sampai malaysia." ujarnya lagi.
aku hanya mengangguk lalu mengikutinya masuk ke dalam rumah "kami".
"leez, selamat kembali ke rumah ni. mak timah rindu sangat kat leez. sunyi rumah ni bila Anggun tak ada" ujar wanita yang mengakui dirinya sebgai mak timah.
"hah? maaf. Anggun tak ingat kat mak cik." ujarku.
"tak pe. nanti perlahan-lahan, pasti ingatan Anggun akan pulih." ujar mak timah.
"dah habis borak.? mari abang tunjukkan bilik kita." ujar syed Afiq
aku hanya mengangguk.

kini aku sudahpun sampai di bilik yang dikatakan bilik kami tu. emm,,, boleh tahan. sedap mata memandang. luas jugak bilik ni. sempat pulak aku nak menilik bilik ni.
malamnya,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
"sayang, nilah mommy dan daddy." ujar suamiku.
"mommy, daddy." ujarku lantas bersalam dengan mereka.
"mommy rindu sangat pada leez. akhirnya Anggun kembali jua ke rumah ni." ujar mommy sebak.
"sabarlah yah. kan Anggun ni dah ada kat depan mata awak. tok sah la nak sedih-sedih lagi" ujar daddy pulak.

kini sudah 5 bulan aku duduk di rumah ini. Afiq pun sabar melayani kerenah ku. aku bersyukur sesangat dikurniakan sumai penyabar, penyayang dan romantik seperti Afiq .
"sayang, kenapa sayang termenung di sini?" ujarnya.
"tak de lah. Anggun just nak ambil angin je. abang dah makan?" tanya ku pulak.
"belum. abang nak makan masakan sayang."ujarnya.
"kalau gitu, abang tukarlah baju dulu sementara Anggun sediakan makanan untuk abang" ujarku.

"abang, kalau Anggun tanya abang satu soalan boleh tak?" ujarku.
"apa dia sayang? kalau sayang nak tanya abang seribu soalan pun aku akan jawab sekiranya abang tahu." ujarnya lantas memelukku.
"abang, boleh tak abang ceritakan bagaimana kita berkenalan sehinggalah kita boleh kahwin." kataku sambil membuat muka comel.
"ish, jangan sayang buat muka macam tu. abang tak tahanlah. " ujarnya sambil ketawa.
"abang ni. Anggun serius lah." ujarku.
"iye iye. macam ni. alkisah maka tersebutlah kisah, raja-raja seantero pelosok dunia..."
"abang!!!!!!!!!!!!!!" aku berteriak kegeraman.
"sorry sayang. oklah macam ni. dulu sayang ni setiausaha abang. abang jatuh cinta pandang pertama masa abang interview sayang. tapi sayng ni jual mahal sangat naik jenuh abang nak mengayat sayang. tak pernah tau mamat romeo macam abangni mengayat gadis. sayang lah orang pertama yang dapat membuatkan abang jadi macam tu. penat abang nak cari akal untuk menambat hati sayang yang keras tahap gigabyte tu. akhirnya abang dah jugak kahwin dengan sayang. itupun dengan bantuan ibu dan ayah" ujarnya.
"ooo. romantik gak suami Anggun ni ye."ujarku.
"mestilah. tengoklah suami siapa?"uajrnya.
"aishh, masuk lif tekan sendiri pulak orang tua ni" ujarku berpura-pura menyampah.
"apa sayang cakap? abang tua? sampai hati sayang cakap macam tu.. huhuhuhu."
"ala bucuk-bucuk. jangan la merajuk. Anggun takde gula-gula nak bagi ni." ujarku lantas ketawa.
"tak pe, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas" berpantun pulak suamiku ni.
"eh ubi dalam periuk la bang. baru tadi mak timah rebus." aku menyakatnya lagi sehingga dia kegeraman lantas mengejarku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience