Rate

Bab 1

True Story Series 1013

Seorang gadis masuk ke dalam sebuah pintu di suatu kaki lima. Dia melangkah masuk ke dalam sebuah bilik. Kelas barangkali. Sudah tujuh bulan gadis bernama Amnie itu ber-tuisyen di situ. Selama tujuh bulan itu, hanya perkara sama sahaja yang berlaku setiap kali kelas. Tiada benda yang menarik baginya.

Tetapi mungkin hari ini, akan ada sesuatu yang baru berlaku. Sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam hidupnya.

DUP!

Dia terlanggar sesuatu. Amnie menggosok dahi yang terasa sakit akibat terhantuk. Perlahan-lahan, dia mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang dilanggar. Terbeliak biji mata apabila gerangan yang dilanggar berjaya dikenalpasti.

"Sorry," pintanya sambil menunduk sedikit tanda maaf. Orang itu hanya diam tidak membalas mahupun bergerak walau seinci. Dengan itu, Amnie cuba mengambil kesempatan untuk melepaskan diri daripada renungan jejaka itu.

"Tumpang lalu.." pintaku perlahan seakan berbisik. Badan dibongkokkan sedikit tanda hormat. Apabila sudah mendapatkan kerjasama daripada pihak sana, dengan sepantas kilat aku masuk ke dalam kelas itu tanpa suara.

Ini merupakan kali pertama dia langgar orang. Tak pernah lagi berlaku sebelum ni. Macam terlanggar almari buku kat rumah. Ok. Aku memang cuai orangnya.

Dia ni sebenarnya pendiam kat luar tapi dengan insan-insan yang digelar 'family', dia akan cakap banyak. Entahlah dia ni introvert ke extrovert sebenarnya. Author pun pening.

Amnie melangkah ke tempat duduk kegemarannya. Tetapi.. sudah ada sebuah beg di situ. Melepas... Terpaksalah dia pergi satu-satunya tempat yang tinggal. Iaitu kerusi yang betul-betul berdekatan pintu.

Amnie mengeluarkan phone nya lalu membuka aplikasi yang dinamakan Instagram. Tengah duk scroll-scroll skrin tu, pintu yang berada di belakangku itu terbuka.

Oh ye. Fun facts sikit. Kelas ni tak besar pun. Hanya dalam 3 meter lebih je. So sebenarnya aku duk sebaris ngan dia. Dan jarak dalam lima kerusi macam tu kot.

"Oi. Depan sikitlah," ujar suara dari belakangku. Tanpa menoleh aku ke hadapankan kerusiku. Malu ye, guys. Jadi perhatian kot. Siapa je yang tak malu?

Dia masuk ke dalam tanpa suara lalu duduk di tempatnya iaitu tempat favourite aku. Kenapa favourite? Sbb.. aku suka dinding. Tak tau kenapa aku suka dinding tapi memang dari kecik aku suka dinding. Sama macam author!

Author: Shh... Diam ah. Jatuh maruah aku.

Amnie: Hehe.. sorry².

Author: Hm. Sorry naik lori, balik rumah makan kari.

Amnie hanya membisu sambil menahan malu. Inilah sebabnya dia benci duduk betul-betul dekat dengan pintu. Malu!

Tiba-tiba seorang wanita berbangsa india masuk ke dalam kelas itu. Maka dengan itu kelas subjek fizik mereka itupun bermula seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience