BAB 8

Drama Completed 395

“Putra saya terpaksa pergi?” kata Eleanor . Dia mencari kelibat Zam dan
Zahid tetapi sudah tiada. Dia harus pulang dengan segera.

“Bolehkah kita berjumpa lagi?” Putra memaut lengan Eleanor .

“Tidak!” Eleanor terus berlari meninggalkan Putra. Kerana takdir, loket
pemberian ibunya tertanggal lalu jatuh. Dia ingin mengambilnya tetapi
orang-orang Putra sedang mengejarnya. Dia benar-benar rasa takut. Dia
terus berlari dan berlari.

Eleanor pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Apabila Eleanor sampai di
rumah, ibu tirinya sudah menanti. Pasti abang-abang tirinya sudah
menceritakan semuanya.

“Lambat balik? Dah puas menggatal dengan lelaki?” sindir Rabiah . Zam dan
Zahid berada di belakang Rabiah .

“Ibu...” Eleanor tidak berani mahu melihat wajah Rabiah . Dia hanya mampu
menundukkan wajahnya sahaja.

“Mulai hari ini, kau tak boleh keluar dari rumah. Faham!” arahan
daripada Rabiah . “Kau pergi kemas dapur yang berselerak tu, sekarang juga.”

Eleanor terus menuju ke dapur. Alangkah terkejutnya melihat dapur
tersebut bersepah. Dia benar-benar keletihan tetapi dia gagahi juga
untuk kemaskan semua itu. Tiba-tiba Eleanor pengsan.

Putra tidak senang duduk. Kerja yang dilakukan serba tidak kena. Loket
yang tercicir itu dilihatnya beberapa kali. Ish mana gadis ini?Dia
benar-benar ingin tahu.

“Saya nak awak cari perempuan tu tak kira bagaimana caranya.” Arah Putra
pada Salim. Dia benar-benar mahukan perempuan itu.

“Tapi tuan muda, wajah perempuan tu pun tidak tahu, bagaimana saya mahu
mencarinya.” Kata Salim.

“Itu masalah awak. Yang saya tahu, saya mahu awak cari perempuan tu.”
Putra memberitahu kata putus.

“Tapi tuan Muda....”

“Tak ada alasan!” Putra terus meninggalkan pembantu peribadinya.

Beberapa jam kemudian.

“Tuan muda, perempuan tu adik tiri kepada pekerja tuan yang bernama
Zahid. Ini alamat rumahnya.”

“Apa? bukankah ini alamat rumah perempuan yang kita langgar tempoh
hari?” soal Putra. Dia masih ingat perempuan yang berwajah lembut.

“Yalah tuan muda.”

“Kita ke rumahnya sekarang juga.”

Mereka berdua menuju ke rumah itu.

“Eh, bos!” terkejut Zam dan Zahid dengan kedatangan majikannya itu.

“Awak ada adik tiri kan?” soal Salim.

“Tak ada.” Zam menipu. Tanpa pengetahuan orang lain, Eleanor sudah
dihantar ke hospital dan tidak dibenarkan kembali semula ke rumah ini.
dia akan berada di villa ayahnya yang berada di pedalaman.

Salim terus meminta diri.

“Kenapa abang tipu? Kalau Eleanor kahwin dengan bos, kita juga senang.”
Kata Zahid.

“Ibu yang tak nak. Ibu kan tak suka perempuan tu sejak dulu lagi. Dia
tak kan bagi perempuan tu kesenangan.” Zam meninggalkan Zahid sendirian.

“Ada tak perempuan tu?” soal Putra pada pekerjanya.

“Tak ada tapi saya rasa dia cuba menipu.”

“Tipu? Baiklah! Saya nak awak siasat perkara ni dan segera laporkan pada
saya.” Arah Putra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience