Rate

Jatuh Hati Pada Mr.Crush

Romance Series 1870

Pada pagi itu,aku mencuci mata melihat kehijauan alam sambil menghirup udara segar.Aku bersiap ke sekolah dengan kelam kabut sambil memerhatikan gelagat adik bongsuku.Terkadang aku ketawa melihatnya.Aku tersentak tatkala mendengar panggilan dari ibuku."Farah!Dah siap ke belum.Ibu nak hantar dah ni!"jeritnya dari depan sambil menghidupkan enjin kereta.Aku mengambil beg ku dan lantas masuk ke dalam kereta.Aku berbual-bual mengenai gelagat rakan sekelasku kepada ibuku.Dia hanya mengangguk dan tersenyum mengiyakan cerita ku.Setibanya di sekolah.aku mencium tangan ibuku dan mengucapkan selamat tinggal.Ibuku melambaikan tangan kepadaku.Sedang aku menuju ke kelas,dua orang rakan karibku menegurku.Alya dan Amiera memang periang orangnya.Terlebih dahulu mereka mengajak ku ke kantin.Aku ikutkan sajalah apa kehendak mereka.Sedang aku menuju ke kantin aku terlihat seorang murid lelaki tingkatan 2 yang tersenyum indah.Dia ialah murid sekelasku di darjah khas (sekolah agama).Aku merenung wajahnya yang pemalu.Hatiku berasa berdebar seakan mahu memberitahu ku sesuatu.Aku merasakan aku sudah jatuh hati padanya.Sejak itu,Arif,aku ingin mengenalnya kerana kami saling tidak mengenali.Saat ku memberitahu para sahabatku,mereka hanya mampu menilai rupanya sahaja.Bagiku,walau rupanya tidak sempurna dia telah berjaya mencuri hatiku dengan lirikan mata dan senyuman yang indah sahaja.Disitu bermulanya dia sebagai Mr.Crush yang ku katakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience